Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

27 March 2020

#mco #day10 - poster

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 10

Poster

Manusia adalah makhluk sosial yang sifatnya secara umum adalah memerlukan social interaction. Oleh sebab itu, social distancing adalah sebuah cabaran yang besar bagi sesetengah manusia yang bersifat umum ini. (Perlu highlight sebab ada jugak kes-kes terpencil manusia yang memang tak suka interact dengan orang - untuk kes ini MCO ni adalah satu blessing in disguise jugaklah aku kira)

Akhirnya pada jam 10 malam semalam berjaya lah aku hantarkan tugasan poster aku ke cikgu yang tidak asing lagi, cikgu azmi. Selalunya lagi teruk lemau lambat nya lah aku nak hantar tugasan design ni. Ni kira laju lah 2 hari. Dalam pada duduk rumah saja tu pun 2 hari jugak nak siap poster, korang bayangkan lah kalau hari-hari kerja. Nampak tak betapa teruknya aku punya tahap fokus?

Stranded

Ada yang stranded dekat airport, disebabkan airport lock down di serantau Asia Tenggara di sebabkan Covid-19. Orang ni Russian dah 7 tahun kat Thailand, buat volunteering kat Malaysia. Bila nak patah balik Thailand, tak lepas. Sebab boarder sealed. Tak bleh nak masuk Thailand, nak pergi Russia, tak cukup duit nak beli tiket. Aduh sedihnya. Jadi dah 3 malam tido kat airport dengan anak dia. 

"I dont know how safe it is, all we have left is just to hope and pray" Azure

Degraded Internet Speed

Kalau korang perasan, internet agak teruk jugak lately. Perasan jugak aku, sebab bila download drama kat iflix tu, slow dari biasa. Sebab 4G Celcom biasa laju jugak. Tapi yang lebih obvious adalah twitter. Biasanya kalau slow kat fon tu paham lah, sebab kadang apps problem atau fon sendiri. Bila bukak kat chrome laptop, pun slow gak twitter, lain macam!

Sebenarnya, memang bandwith tinggi sebab semua dah work from home kan. Jadi penggunaan internet sekarang memang dahsyat sekali.

10.28 malam,
Seksyen 19, PJ.

26 March 2020

#mco #day9 - kerja

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 9

Kerja

Semalam atas bantuan Jihah, akhirnya aku pun berjaya meng-organize-kan barang-barang yang telah 8 hari terlonggok di tepi katil. Kenapa jadi begitu? sebab aku mempunyai satu pemikiran yang agak complicated bila nak mengemas. Aku cuba sort barang-barang yang aku longgokkan dalam fikiran dulu. Bila dah dapat bayangkan susunan macam mana, barulah aku akan move kan diri sendiri untuk kemas. Hehe. Tapi kegagalan aku men-sort-kan dalam fikiran menyebabkan dia kekal terlonggok sehingga hari ke 8.

Petang semalam Jihah datang, buat-buat nak tengok harta-harta yang ada berhampiran ruang bilik aku. (Sebenarnya dia pun dah lemas tengok longgokan barang tepi katil aku) Secara tanpa sedar, sambil aku show off barang-barang simpanan aku tu, aku dah terkemas sekali longgokan yang sedia ada. Bijak jiha, bijak!

Lepas lantai kemas, barulah mood nak kerja sampai! Ahaha. So gais, lets work harder then. 

Ada kerja apa yang tak perlu keluar rumah nak bagi kat aku? Roger ya! 

p/s: Seindah 7 warna pelangi dah episod 6! Boleh dah reccee next drama nak tengok mende kan. Membaca? Haha. hope ada progress.. hopefully..

p/ss: Harap-harap dapat up citer gunung dalam masa terdekat. takut basi ditelan zaman.

10.55 pagi,
Seksyen 19, PJ.

25 March 2020

#mco #day8 - extend

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 8
Extend

Apa agaknya yang nak tulis untuk jurnal mco hari ke-8 ni eh. Ok nampaknya cita-cita nak kemas rumah mahupun habiskan baca buku-buku yang dah hampir jadi library kat rumah ni macam hampir terkubur je ni. Malah habis ber netflix ngan iflix je lebih. Haha.

Setakat ni dah khatam Kingdom ngan Prison Playbook kat Netflix dan currently layan drama Seindah 7 Warna Pelangi kat iflix. Biasanya jaranglah layan drama melayu ni. Tapi, tiba terpersona plak dengan senyuman Hun Haqiem yang lalu dekat ig explore kan. Bila duk usha-usha, eh ada ariel zafrel plak. eh lagu OST plak ada Khai Bahar! Ok, ON! ha gitu ya cara pemilihan untuk menonton drama melayu.

Ok, sedang aku menikmati hari yang leisure di tengahari yang damai, tiba dapat berita. perintah mco bersambung lagi 14 hari, menjadikan perintah berkurung hanya akan berakhir pada 14 April.

Nampaknya, boleh lagi ni nak menjayakan cita-cita membaca. 

Oh ya, hari ni baru dapat mesej dari ofis tentang kerja. Dan kelam kabut jugaklah mahkamah minta list macam-macam, since nak extend ni kan. Jadi kenalah jurubahasa tangguhkan lagi all the listed hearing/mention sepanjang 1-14 April tu. Selain tu, ada jugak lah job nak kena buat poster ni. Huih, lama dah tak buka photoshop. Ok, jomlah siapkan!

"Sukarnya untuk ku menduga
Apakah erti airmata
Jiwa makin lelah dilanda gelora yang membela
Biarkan perasaan merintih rayu
Melihat kau terbaring layu"
Khai Bahar - Ratuku

9.00 malam,
Seksyen 19, PJ.

24 March 2020

#mco #day7 - harapan

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 7

Harapan



Setiap hari mesti nampak muka pakcik ni, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Sejak Dr Dzul ex Menteri Kesihatan turun takhta, Dr Noor Hisham lah yang sering muncul buat announcement sebarang perkabaran terkini tentang Covid-19 di Malaysia.


Teringat plak zaman-zaman MH370 dulu, setiap hari muka Dato Seri Hishamuddin dengan sorang lagi pakcik, Encik Ahmad Jauhari Yahya, CEO MAS masa tu. Setiap muncul berita je muka diorang. Tapi tak pulak menyampah, macam tertunggu-tunggu je nak dengar update terkini. Harapan dan doa terus menerus setiap kali nampak muka depa. Harapan lah yang membuatkan manusia terus hidup. Tanpa harapan musnahlah segala peluang dan keazaman kedepannya.

(Hari demi hari muka diorang, rasa macam aduh letihnya jadi depa. Bersama garis-garis tua yang makin rancak menggaris di wajah, di himpun pula dengan ujian dan bebanan yang berat di bahu. Allahuakbar. Moga sebaik-baik balasan untuk setiap kita yang komited dalam menggalas amanah.)

Seperti pengumuman terakhir Dr Dzul sebelum meninggalkan kementerian, aku harap Dr Noor Hisham juga akhirnya akan membuat pengumuman yang sama malah lebih baik.

'Tiada lagi pertambahan kes baru sejak seminggu yang lalu, tiada kematian dicatatkan sejak 3 hari. Seorang pesakit masih di rawat di hospital'

Amin ya rabbal alamin. Semoga segera sampai pengumuman itu.

8.23 pagi,
Seksyen 19, PJ.

23 March 2020

#mco #day6 - supply

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 6

Shortage of Supply

Hari ni hari ke-6 mco. Tak taulah bila nak jadi produktif bila duduk rumah ni. Sungguhlah katil, makan, katil balik. tengok fon dari pagi sampai malam. Baca Quran, baca buku, kemas rumah, setel the pending long listing semua kelaut.

Ok, pagi ni ceritanya kami macam biasa 3 beradik yang terkandas kat PJ ni duk membincangkan situasi semasa sambil sarapan. Pagi tadi sarapan apa eh, oh nasi goreng! Kalau keadaan lockdown ni berterusan, apa akan jadi kepada kita semua. Sebabnya, sekarang ni memanglah kedai buka kan. Tapi dengan takde orang berkerja/ kurang nya individu yang duduk kat bahagian production. Mesti akan sampai satu zaman, demand akan lebih banyak dari supply. 

Tak mustahil kan?

Fikir gitu jelah. Takut gak nak fikir lebih jauh. Lagi-lagi petang tadi, PM kabo ada kemungkinan #mco ni extend lagi 2 minggu. Berat nak terima tapi kalau itu untuk kebaikan, pishang pun pishanglah kan. Apa-apa pun keputusan extend atau tak ni akan buat pada hujang Mac nanti, bila first phase mco ni tamat. Aku doakan time tu, keadaan dah terkawal sikit lah. Dan, ada keputusan yang lebih baik Allah siapkan untuk kita,

Oh untuk saat ni PJ adalah kawasan tertinggi kes Covid-19 di Malaysia. Tak taulah sampai masa akan kena total lock down ke camne. sobs. Hari ni jumlah kematian di sebabkan covid dah 14 orang. Yang sangkut kat ICU pun dah 50++ 

Aduh. Astaghfirullahalazim. Allahuakbar.

Moga esok ada kabar yang lebih baik untuk Malaysia.

10.25 pm
Seksyen 19, PJ.