Sedikit updates;
1. Al Jazeera Mesir telah diarahkan ditutup oleh kerajaan Mesir (baca: Hosni Mubarak) namun siarannya masih dapat diikuti dari Jordan dan Doha kerana wartawan Al Jazeera masih bertugas dan mereka membantah sekeras-kerasnya penutupan ini.
2. Polis telah langsung tidak kelihatan di mana-mana semenjak beberapa hari lepas kerana HM mahu meminimakan keganasan dan angka kematian yang disebabkan keganasan polis. Sekarang tentera yang mengambil alih mengawal keadaan. Polis boleh berehat.
3. Banduan-banduan seramai lebih 8 ribu orang telah dibebaskan (atau sebenarnya memecahkan penjara dan melarikan diri) dari penjara kerana polis sudah tidak bertugas. Tahanan dari Palestin telah pulang ke Gaza dan Tebing Barat semenjak beberapa hari lepas. Begitu juga tahanan politik seperti anggota Ikhwan Muslimin. Namun yang menjadi masalah ialah banduan dari kalangan perompak, penyamun dan pengganas. Mereka inilah sekarang yang melakukan kekacauan dan huru hara dengan memecah kedai, merompak bank, (ada juga dilaporkan kes rogol namun tidak disahkan kemudiannya) dan menyamun menyebabkan separuh dari penunjuk perasaan pulang ke kampung/kediaman masing-masing untuk mmenjaga keselamatan tempat tinggal.
4. Semalam di kaca tv ditunjukkan penduduk Mesir di kawasan Asyir (District 10, El Nasr City) menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menjaga keselamatan penduduk setempat. Walaupun terdapat tentera berkawal tetapi hanya di pusat bandar, sempadan daerah yang mengawal penduduk lalu lalang. Tentera tidak boleh menangkap penjenayah. Tentera juga tidak mengawal kawasan kediaman.
5. Ramai sahabat2 Mesir di sini berpendapat HM tidak akan lari meninggalkan Mesir. Haram 'alaih :)). HM telah melantik sahabat baiknya Omar Suleiman dan Ahmad Shafiq sebagai PM dan TPM yang mana kesemua mereka berlatarbelakangkan tentera. Adalah menjadi falsafah tentera untuk terus mempertahankan rakyat dan negaranya walau apa terjadi. (baca: mempertahankan ideologinya juga). HM mungkin tetap akan bertahan sebagai Presiden dan akan teruskan usaha reformasi mengikut perancangannya. Dijangkakan rakyat tetap tidak akan berganjak dengan tuntutan mereka supaya HM turun. HM menjangkakan rakyat akan diletihkan dengan tunjuk perasaan yang lama, mungkin berbulan-bulan; tanpa makanan dan tiada keselamatan dan akhirnya rakyat akan mengalah. Kita lihat siapa yang menang samada HM atau rakyat.
6. Semua anggota keluarga Hosni Mubarak telah meninggalkan Kaherah menuju London melainkan Hosni Mubarak sendiri dan anaknya Gamal Mubarak.
7. Pihak tentera telah memindahkan pusat operasinya ke Sharm El Sheikh iaitu pusat peranginan termasyhur di Mesir. Di sana juga Hosni Mubarak sering tinggal selain istana rasminya di Heliopolis.
8. Ikhwan Muslimin telah bersetuju menyokong Mohamed El Baradei sebagai calon Presiden. Mereka bersedia berbincang dengan parti pihak pembangkang yang lain untuk menubuhkan kerajaan baru. Dijangkakan IM, MEB dan pihak pembangkang yang menentang HM tidak akan membiarkan HM menang kerana HM tidak akan membiarkan mereka hidup kalau HM menang. Memang betul2 Firaun HM ni. Tidak mustahil dia akan memb***h penentangnya. Maybe he want to die in office.
Wassalam,
Azlina