minggu lepas aku telah dibukakan hati dan dimudahkan jalan untuk menghadiri satu lagi program ilmiah yang menambah ilmu agama yang masih seciput di dalam diri ini. (T_T)
ia satu pengisian hujung minggu yang sangat menarik memandangkan ia memfokuskan kepada isu2 fiqh Ibadah. (cover bab taharah, solat jamaah, solat jamak Qasar dan solat jenazah) tambahan lagi, aku dapat tahu Ustazah Dr. Anisah akan jadi one of the speaker. memang eksaited. kenapa aku suka ustazah ni? sebab penyampaian dia santai.. tapi dalam santai2 tu siap keluar lagi pandangan2 mazhab lain tentang sesuatu isu tu.
ok, hari ni aku nak share skit la kan apa yang aku dapat dari slot hari tu iaitu solat jamak qasar.
Jamak dan qasar ni kita tahu ia memang sembahyang yang dilakukan bila kita dalam keadaan musafir. Tapi, tahukah kita, bila kita harus membuat solat qasar, solat jamak, dan solat jamak qasar?
Solat Jamak, bila boleh melakukan?
1. Ketika musafir - ok solat jamak yang boleh dilakukan oleh orang musafir ni adalah untuk tempoh 3hari tidak termasuk waktu bertolak dan waktu pulang. Cth macam ni, aku dari PJ nak balik kampung di Perak, jadi aku bertolak jam 5 petang hari isnin dan sampai di kampung jam 8 malam. 3 hari permusafiran akan dikira dari 8 malam ke 8 malam esoknya. Jadi aku boleh buat solat jamak ni sekiranya aku berada di Perak sehingga Khamis jam 8 malam. Tapi kalau memang dah niat nak balik selama 4 hari atau lebih, memang tak boleh nak buat jamak ye sebaik sahaja touch down di Perak tu. Melainkan asalnya memang niat nak balik 3 hari, tapi bila sampai kg tu, ada plak hal yang memaksa delay nak balik PJ, so lepas saja Khamis 8 malam tu, kena lah berniat mukim, dan solat seperti biasa.
2. Ketika hujan - jamak ketika hujan ni, applicable untuk orang yang sentiasa solat berjemaah di masjid.
Hadis dari Ibnu Abbas r.a.:
“Nabi s.a.w. pernah sembahyang Zohor bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak secara jamak dalam keadaan tanpa ketakutan dan tanpa musafir."
3. Ketika sakit - bila seseorang itu dalam keadaan sakit, yang dengan jamak boleh memberi lebih masa untuk dia berehat, dan tidak perlu ternanti-nanti waktu solat seterusnya.
"Dan diharuskan jamak antara yang tersebut itu kerana sakit yang akan ditimpa kesusahan jika ia meninggalkan jamak. Kerana Nabi s.a.w. pernah melakukan jamak ketika tidakdalam keadaan ketakutan dan tidak ketika hujan Dan di dalam satu riwayat lain "tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak dalam permusafiran". Ia diriwayatkan oelh Muslim dari Hadis Ibnu Abbas, tidak berkeuzuran selepas yang demikian itu kecuali sakit.” (Ibn Muflih, Al-Raudhul Murbi' : hal. 111)
4. Ketika dalam keadaan hajat dan kepayahan yang timbul - ini contohnya, kepada doktor yang kena buat pembedahan yg sangat lama (8jam mungkin?) jadi diharuskanlah untuk dia membuat solat jamak, kerana jika tidak dijamakkan solatnya, akan memberi kesulitan kepada pesakit.
Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana musafir dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (Hadis Riwayat Muslim).
Solat Qasar
Adapun solat Qasar hanya boleh dilakukan apabila kita dalam keadaan musafir. dan beberapa syarat musafir yang kita kena take note.
1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.
2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala ( 56 batu/ 91 kilometer)
3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram
4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat ( Zohor, Asar, dan Isyak )
5. Berkekalan musafir ( masih daalam musafir ) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.
6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam ( sembahyang yang sempurna empat rakaat )
7. Tempoh perjalananya selama 3 hari tidak termasuk perjalanan datang dan pulang
Solat Jamak dan Qasar pula boleh dilakukan sepanjang bermusafir tersebut.
ok, beberapa nota yang aku ingat boleh tambah pencerahan kepada pembaca yang budiman;
1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat ( dalam musafir ) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.
2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari ) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.
3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.
4. Jika ia berhenti di satu tempat ( dalam musafir ) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.
5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.
6. Seseorang sedang sembahyang qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam ( penuh empat rakaat ).
7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.
8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjaakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.
*perkongsian ni aku dapat dari program hari tu, di tambah dengan sikit2 citation dari sumber lain (almaklumlah salinan keras dan lembut takde lak dalam laptop ni, tapi InsyaAllah apa yang aku tulis ni berdasarkan pemahaman aku dari apa yang aku dapat hari tu. Sebarang bantahan boleh maklumkan, nanti aku semak balik.)
Sumber internet, boleh semak: [Ummu Abas], [Soal Jawab], [Maszlee Malik]
Perbezaan mukim, musafir dan mastautin boleh cek sini [hady83]
Solat Jamak dan Qasar rukhsah dari Allah dengan tujuan untuk tidak memberatkan hambanya untuk menunaikan solat dalam keadaan tertentu.. tetapi, janganlah kerana rukhsah ini, kita meringan-ringankan solat kita.
Ok semua, jangan tinggal solat tau!
Sekian perkongsian hari ini... semoga bermanfaat.
3 comments:
tima kasih atas pengisian..
nk tnya..btl x apa aku phm ni..
kalu mcm kita niat nk blk kg dlm tempoh 3 hr..so sepanjang kat kg tu kita bleh jamakkn solat..tp kalu kita dh niat nk blk kg lebih dr 4 hr..so kita mmg x bleh jamakkan solat eh??
nk tnya lg satu..kalu kita blk kg 3 hr tu..kita boleh solat jamak qasar ke solat jamak shj??
1. betul dah tu pemahamannya..
2. boleh buat qasar, selagi kita tidak pulang ke tmpt mastautin kita (mcm kes hg rumah puchong la)..
HAPPY TAHUN BARU SELAMAT TAHUN BARU SELAMAT TAHUN BARU
DARI-rossastanleyloancompany
Apakah Anda membutuhkan kredit yang mendesak?
* Transfer Sangat Cepat dan Instan ke rekening bank Anda
Bayar kembali bulan setelah Anda mendapatkan pinjaman di bank Anda
akun bank
* Suku bunga rendah 2%
* Pengembalian jangka panjang (1-30) Panjang
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48 jam setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
Dari para kru Di perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang menyediakan fasilitas pinjaman yang mudah, tulus, serius, korporasi, hukum dan publik dengan bunga 2%. Kami memiliki akses ke koleksi uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil atau besar, kami memiliki uang tunai. Yakinlah bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda.
Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan rekam jejak layanan yang memberikan kebebasan finansial kepada Perserikatan Bangsa-Bangsa.
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang diminta untuk mengatur bisnis Anda, beli rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami melalui,
E-mail resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
Instagram resmi: Rossamikefavor
Twitter Resmi: Rossastanlyloan
Facebook resmi: rossa stanley mendukung
CSN: +12133153118
untuk respon cepat dan cepat.
Silakan mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
DATA PEMOHON
1) Nama Lengkap:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jenis Kelamin:
5) Status Perkawinan:
6) Pekerjaan:
7) Nomor Telepon:
8) posisi di tempat kerja:
9) Penghasilan Bulanan:
10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
11) Jangka Waktu Pinjaman:
12) nama facebook:
13) Nomor Whatsapp:
14) Agama:
15) Tanggal lahir:
SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com
Post a Comment