Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts sorted by relevance for query bateri. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query bateri. Sort by date Show all posts

17 October 2019

Tukar Bateri Kereta 2019

Macam biasa, tulisan ni demi memudahkan ingatan di masa depan. Sebab nanti lagi setahun dua mulalah menggagau bila last time tukar bateri. Camtu.

15/10/2019

Alkisahnya, malam tu aku pergi usrah. Masa tu minyak dah tinggal 2 bar. Jadi aku pun fikir2, ok nih balik satgi bolehlah singgah stesyen minyak, isi siap2, tak kalut sangat nak pergi kerja esok.

Usrah hari ni, alhamdullillah lancar. Around 10.30 tutup majlis dan bersurai. Ara, Su dan Balqis nak makan dulu di mamak sebabnya Ara tak dinner lagi, direct ke usrah dari ofis.

Aku tak join (pada asalnya) sebab ingat nak cepat balik, ada kerja design sikit nak kena siapkan. Aku pun masuk kereta. Start enjin. Ok takde bunyi. bertenang. start lagi. oh men. Dia buat dah. Aku pun fikir, ni salah bateri ke, salah minyak tak cukup. Hmm. Yang buat aku confuse sebab, usb boleh main lagi. Tapi aku pasang je lampu, terus mati. enjin memang tak leh pegi. Tak klik pun.

Maka aku pun tutup pintu kereta, kunci secara manual, dan melangkahlah ke mamak. Lega sebab diorang sambung makan dulu sebelum balik (Nampak tak, ada hikmahnya makan malam. Ahaha) Sebelum apa2, aku whatsapp jugak member yang husband nya mekanik, tapi nasib tak menyebelahi, laki dia ada job kat KL. Maka, Ara tolong callkan bateriku, Balqis tolong loankan duit dan Su tolong teman sampailah setel penukaran bateri.

Ok for info, bateriku ni bila dia mai, dia akan checkkan dulu, bateri tu memang dah perlu tukar atau belum, kalau belum then takde la dia tukar. Dan takde caj untuk check. Kalau dia tukar bateri tu, then confirmlah korang kena bayar kan.

Tapi! Kejadian aku ni dah lepas jam 11 malam. Perkhidmatan bateriku ni 7-11pm, lepas dari masa tu dorang masih terima call, cuma untuk mekanik/runner yang nak tukar bateri ni dia sub kan kepada agent. Untuk kes aku ni, agent yang datang dari MyAssist. Jadi, bila dia sub kepada ejen camni, adalah caj tambahan sekiranya datang untuk cek sahaja. Kalau betul memang kena tukar bateri takdelah caj tu, korang bayar je harga bateri seperti yang dipersetujui. Masa korang call nak minta khidmat mula-mula tadi, dia akan bagitau harga siap2, so korang boleh prepare awal2 dah harga tu.

Not badlah, brader MyAssist ni pun perform gak, knowledgeable. Banyaklah info2 yang dikongsikan. Dia cakap, isu dengan myvi lagi best memang selalunya kalau bateri nak mati, dashboard punya info akan lari2 sikit. Sempat jugaklah dia tengok2 kan saga Su lepas siap pasang bateri kereta aku. Bagus budaknya, meh nak rating sikit. Eh tak tau kat mana nak bagi 5 bintang. (Zaman sekarang kan, semua nak rating)

So, hari tu aku balik dalam 12.30 tengah malam. Sampai rumah, memang takde makna lah nak buka laptop lagi.

Kos hangus: RM231.00 (Bateri GP Gold)



Ok, till then.

08 March 2023

Tukar bateri kereta 2023

Sejak pulang ke pangkuan HQ ni, begitu bersantai pagi hariku. Elok pulak tu, tengah cuti sekolah! Double santai nampaknya disitu. Pagi ni, lepas Subuh masih berbaring di katil sampai skrol tiktok. Ralit skrol sehingga satu text wasap masuk jam 7.22 pagi.

"40 mnt sampai"

"Ok mandi jap"

Noh begitu bersantai tara tu ha.. Ok, maka aku pun siap2 semua lepas 20 minit proses, aku pun dah kat kereta. Hebatkan? 20 minit - mandi, siap, kemas beg, turun lif.

Sampai kat kereta. Ok tak leh hidup! Abis. Tapi jangan bimbang. Bateri kereta ni just one call away gituh. So aku call je la mana peniaga bateri kereta yang aku jumpa kat google. 

Brader tu datang, nama dia Faizal. Sembang punya sembang. Laaaa mak dia duk tingkat 7. Dia pun duduk sini dulu. Baru 2020 pindah keluar sebab dah kahwin. Ahaha.

Dia check bateri health kereta aku 1% je. Memang dah sampai ajalnya. Kalau ikut kat bateri asal tu ada tulis 11/3/2022. Aku syak time tu lah bateri di ganti. Faizal ada tanya gak, tahu tak bateri tu warranty berapa lama. Sebab kalau setahun masih dalam warranty. 

"Takpe la, tukar je lah. Nanti duk kisahkan warranty lambat pulak pergi kerja" simple minded bukan aku? Takpe untuk kali ni aku simpan leklok nombor faizal ni senang nak claim warranty esok lusa.

Begitu begini. Aku pun dah ganti bateri. Saja simpan sini nanti lupa. Ganti bateri pada 8 Mac 2023 dengan caj RM200 secara bank transfer. Ah gituh. Pasal harga ni aku pun tak tau murah ke mahal. Bagi aku as long dah pakai khidmat dia tu, bayar je lah. Rezeki dia lah tu. kan. 

So sekian, story2 dari PJ

*update

Rupanya, memang ada tulis dah masa tukar tayar 2022 last time. Tapi tu lah, dah tulis pun lupa! HAHA. Aku ingat yang masa 2019 je, sebab masa tu dramatik skit. 

8/3/2023
PJS. 

23 March 2022

Tukar tayar

Ok saja jot senang nak rujuk nanti. Jumaat lepas aku pi servis kereta. So dah tukar tayar dan bateri kereta. Aku pun tak ingat last time aku tukar tayar. Tapi bateri aku tukar 2019. 2 tahun lebih skit je lah kiranya dia bertahan. Aku syak mungkin boleh je lah lagi guna bateri tu, tapi malas lak aku tunggu sampai betul2 habis kan. Kang macam-macam plak nak setel. 

So, harga tayar RM170 x 4 bijik. Bateri tu harga seratus lebih kut. 

Selain dari both benda ni dan beberapa basic servis yang lain, orang tu ada juga bagitau aku punya enjin dan juga rangka bahagian bawah kereta tu dah kena tukar. Benda tu buat bila bawa kereta dia ada bunyi macam nak runtuh tu. Kalau boleh betul kan yang tu hopefully Vijay boleh kembali muda remaja. Hehe.

Tapi tu lah masalahnya dia cerita nak hantar emel anggaran kos tapi sampai sekarang tak dapat pun lagi. 

Sekian, itu aja lah sedikit update tentang tayar. 

13 June 2015

Telefon Bimbit

Ok topik hari ni random. tentang telefon bimbit dan aku. :D

Aku mula menggunakan telefon bimbit adalah pada umur 18 tahun bersamaan dengan masa masuk matrik. Alkisah masa aku baru masuk tu aku tak pakai henfon pun lah lagi, bertahan lah beberapa bulan. Aku pakai kadfon jer. Habis beli baru. Tapi makaih kemain jarangnya nak call rumah kan. Ada sekali bapak siap minta nombor roomate. Dia call roomate nak cakap ngan aku sebab lama sangat tak call. 

Hehe lupa.

Maka, ada sekali balik tu bapak bagitau, kita akan pi beli henfon hari ni. Bertempat di pasar karat (a.k.a memory land) kat Ipoh. Masa zaman tu memang tengak up up la henfon lipat ni.. flip fon kan. Biasa la drama korea sedang menyerang anak2 muda Malaysia. hehe.
My first phone - rasa kachak je angkat call kena buka flip :P

Maka, aku pilih henfon samsung second hand seperti gambar dengan harga RM200. (of course ayah yang bayarkanlah, aku kan student mana ada pendapatan :P) Tapi ayah cakap tak boleh terus bawa ke matrik, sebab aku kat Penang kan masa tu. Sebab ayah cakap kalau rosak nanti susah nak gi tukar balik kat kedai tu. Jadi, buat sementara waktu aku pakai henfon mak, dan mak try test henfon aku tu dulu. Samsung gak, comel.
(Aku suka gak fon ni comel, bila sms masuk aku tak baca, led dia akan keep blinking)

Bila dah dapat fon, bapa belikan sekali simkad celcom, memandangkan most of family members adalah celcom users. Tapi, ramai kawan2 time tu pakai maxis, including my KI, Aziati. Masa tu azi kat UIA PJ foundation kat sana, aku kat Penang. So, memang kenalah sms kan. sms celcom - maxis 20 sen kut per sms. Nak tanak aku pun beli satu lagi number maxis. Jadi ada satu hari dalam seminggu aku akan on maxis ni bila nak contact Azi. 
Sejenis organizer sebenarnya, ayah punya yang hitam putih tu

Bila aku masuk UM, masa tu aku perasan ada satu henfon lama ayah tak guna. Aku pun angkut sekali phone tu, untuk letak nombor maxis, sedang celcom masih maintain ngan fon lipat aku tu. Lama gak samsung tu bertahan. Aku rasa sampai tahun akhir gak lah, bila dia start meragam signal kadang2 hilang. Aku syak sbb kerap sangat jatuh kut. Dan henfon satu lagi, Palm PDA yang maxis tu tak sempat masuk second year pun da ranap. 


Nokia mahal tu dari ayah, aku letak nombor celcom. 3310 ni aku letak maxis.

Then, ayah beli npon baru lagi, so henpon lama dia aku la lenjan lagi :P Tak lama mana sangat la bertahannya henpon mahal tu. Bila bateri dia start bermasalah. 

2009, aku start kerja pertama. Hehe, bila da start kerja barulah ada duit nak beli henfon. kihkih. So, henfon yang aku beli untuk dua nombor aku adalah seperti berikut,


Sony wave masa tu. Semua orang nak ada sony. sbb sony walkman time tu. Sony best wo, sbb dia ada kecanggihan kamera sony yang diakui ramai, dan brand walkman yang memang meletup!

Then, 2011 start dah fasa smartphone. 
Samsung Tab - Lucky Draw Macromac Company Trip

Samsung Galaxy Core Duos : Ogos 2013 - Jun 2015

First smartphone aku adalah Samsung Tab yang hilang pada 2012, dan seterusnya aku beli fon baru pada Ogos 2013. Setelah menabung dan menghilangkan perit kehilangan hampir setahun lebih jugak la. 

Hari ni 12 Jun 2015. Nak citer nya, Samsung Core Duos yang aku beli 2013 dah padam. Aku tak tau apa masalah, tapi aku syak adalah bateri. Tempat caj dia rosak kut. T.T Tetiba petang semalam lepas kerja, dia padam dan takleh buka terus. 

*Nangis*

Ok, citer panjang-panjang sebenaunya nak kabo enpon rosak jer. For those yang nak reach me, still boleh contact thru FB, Twitter or Telegram. SMS/Call/Wassap leh gak ar, hantar kat no celcom k! Kalau takde nombor celcom aku, please PM kat FB okayyy? 

Thank you for your time :)

15 October 2023

Day 7/15 - Bukit Sri Bintang

Hari ni ke Bukit Sri Bintang untuk kali yang ke-2. Sempat terjadi drama juga lah pagi ni, macam biasa la aku kan. Disebabkan pagi ni jam 5.30 pagi hujan, dia punya mood tu longlai bersama hujan. Tapi tu lah, dah janji ngan along. Dah deal jugak dengan Fani. Allahu. berat rasa ini.

"macam tak dapat join Sarah, abg ngah akak ada datang rumah ni" - Kak Nora
"akak saya tak dapat join pagi ni, ada kerja ofis kena siapkan" - Tokie

Sekitar 6.15, aku text along tanya tempat dia hujan tak. kalau by 7 tak nampak hujan akan reda, kita batal long. tapi along balas, "kita gerak je lah Sarah, kalau masih hujan kita cari makan je la"

then, the rest is history.

Agak terlambat dari schedule memandangkan cuaca dan juga ya.. berperang dengan diri sendiri. Kami minta diorang gerak dulu, taknak lah hold orang sebab kita kan. 

The good side of hujan pagi, tak ramai sangat orang mendaki hari ni, plus dapatlah parking dekat dengan trailhead. Last time park dekat deret kedai.

Selain tu, rasa macam tak begitu memenatkan hiking hari ni compare the 1st trip. Mungkin sebab jadi sweeper untuk adik2 yang baru nak start hiking kut. Dia jadi macam, semakin slow lah ko dapat naik. HAHA. thank you adik2 uitm dan poly kalian punca, ku terasa lebih berstamina. 

Ada 2 adik ni tadi nampak macam tak larat sangat dah, siap cakap nak berhenti taknak naik dah. Diorang cakap nak tunggu kitorang kat 1st kawasan rehat tu je (kawasan ni ada kerusi) Lepas pujuk2 dorang setuju nak ke 1st puncak. 


"Korang naik lah sikit lagi, pergi kat puncak satu tu, then dari situ korang akan nampak puncak ke2. Nanti korang re-decide, kalau nak terus, boleh. Kalau tak nak, takpe la lepak puncak satu tu je" gitu pancingan! Ternyata mengena gais! Lepas sampai puncak 1, diorang dah nampak puncak 2 lagi menarik, terus semua taknak tinggal.. mantap anak muda!

Maka semua berjaya lah sampai ke puncak Bukit Sri Bintang Kepong. 

Idea asal aku nak buat Trans Sri Bintang - Bukit Kiara. Tapi baru tau ada ramai rupanya pendaki pemula, maka kita simpan dulu cita-cita mulia tersebut. Sian kang betul2 muntah plak depa ni.

Meski pun tak dan buat trans, sempat jugak lah ke buaian viral (kata pakcik cina tu), buaian tu letaknya dalam laluan menuju bukit kiara. Nampak dah pathway ke bukit kiara tu tadi, tapi tak pergi je lagi. 

Sabar.

Ada satu kisah sedih gais, aku rasa mp3 aku cicir lah 😢 walhal tak guna pun sepanjang pendakian sebab takde bateri. Sepanjang hike tu aku caj je dengan power bank. Masa aku dah sampai trailhead semula, aku cabut lah dia dari power bank sebab bateri dah full. Dan itulah kali terakhir dalam ingatan aku yang aku masih memegangnya. Huwarghhhh..

ok itu je coretan hari ni,

#15dayswrittingchallenge

till then gais,
Petaling Jaya.

28 August 2019

Jika dapat di putar masa..

8.06 pagi (blackout)

Elok je aku tulis tajuk, terus pejabat black out. Ok jom sambung.

8.45 pagi (sambung tulis)

Sebenarnya aku nak cerita tentang perjalanan pagi ni ke pejabat. Pagi ni aku purposely keluar awal dari selalu. Ada beberapa sebab iaitu satu partner MC (qilah cabut gigi), jadi kena lah datang awal untuk standby incase anything happen. sebab kedua pulak adalah, aku nak keluarkan duit kat UM (ni lah yang terdekat dan dalam laluan ke pejabat)

Jadinya, aku pun keluar dari rumah lagi beberapa minit nak masuk jam 7 pagi. Berusaha gak lah aku set kan minda sebab otak dah macam auto pilot nak masuk SPRINT hiway. Elok masuk jalan universiti, lancar. Tapi, terhenti dekat-dekat dengan Jaya One. Aku brake mengejut, kereta belakang double terkejut. Boleh aku dengar bunyi brake dia yang nyaring itu. Jalan tu memang biasa lancar kan, memang laju je orang bawa situ, lagi-lagi baru jam 7 kan.

Melintang dahan pokok tumbang kat tengah jalan. Dia tutup habis jalan, jalan tu 2 lane, dua dua sangkut. Masa aku sampai tu, aku kereta kedua dalam line. Jadi kitorang decide patah balik. Sayangnya, bila patah balik lagi sangkut, sebab kereta dah built up, pastu ada pulak bas kat situ, aduh duh. Bas tak nak move sebab harus bas tak bleh 3 point turn kan kat depan satgi.

Aku rasa 5 ke 10 minit jugak lah sangkut tak bergerak. Aku tengok hilux kat sebelah dah naik divider masuk jalan sebelah sana. Lepas idle sebegitu lama, aku keluar jugaklah tengok sangkut tara mana teruk sangat tu. Hmm, memang tak lepas ni kalau nak turn kat depan, sebab tempat turn tu dah di penuhi kereta.

Aku pun pusing sekali lagi, menuju ke pokok tumbang, berhampiran dengan pokok tumbang, ada devider yang rendah sikit. Jadi aku pun turn jugak lah kat situ.

Maka disebabkan vijay bertukar sat jadi hilux, lepaslah aku dari ketegangan jalan yang menyekat pergerakan trafik di Jalan Universiti. First time lanyak naik atas divider, harap2 lah vijay tak apa2. jangan ada leaking plak dah la.


Dapatlah sambung perjalanan, dan niat untuk mengeluarkan duit di bank berjaya! Alhamdulillah. Dan amazingly berjaya sampai pejabat pada jam 7.55 pagi. *tepuk untuk diri sendiri, u've done well Sarah. Aku pun check2 jap sistem, tengok semua ok. Then buka blog, baru taip tajuk. Oh no, black out!

Lama jugak blackout kali ni, sampai jam dekat 11 pagi jugak. Berapa jam tu kan? Oklah still, sebab tak lebih 4 jam so the server still survive. System still up and run. Baru je rasa nak bertenang-tenang setelah mendapat cahaya, dapat makluman pulak kiosk dekat tingkat 11 tak boleh on.

Aduh.

Turun sat tengok, ok memang tak boleh setel dengan cara hard reset. Maka, minta tolong orang angkut naik ke bilik IT. Banyak caralah try untuk start it up. Dan akhir sekali dapat lah solve, dengan cara? tukar bateri! Phew~ what a day..

Jika dapat di putar masa.


Minggu lepas masa join muktamar bersama para syuyukh dan syabab yang dihimpunkan dalam satu program, terkesan aku dengan taujihat yang menjentik jentik tangkai hati dari Ust Alias. Sungguh dipenuhi dengan keinsafan.

Fastabiqul Khairat (Maka bersegeralah membuat kebaikan)

Bila aku dah tenang-tenang sikit, aku pun terfikir. Sebenarnya ada je pilihan yang lain yang aku boleh buat pagi tadi. Maybe aku boleh park kereta kat tepi dan ajak seramai mungkin orang yang ada/ pemandu kereta untuk sama-sama alihkan pokok tu ketepi. Memang besar pokok tu, tapi aku rasa tak mustahil je kalau angkat ramai-ramai. Ada ruang untuk kita beramal sebenarnya, untuk memindahkan duri di jalanan, atau melepaskan diri kita sendiri dalam kesulitan itu.

Astaghfirullahalazim.

Moga Allah masih memberi peluang dan ruang untuk terus beramal di masa depan.

Pen off,
Kampung Baru.
(Counting times, 10 hours and 30 minutes left)

28 September 2019

Tahan 2.0 - [4] Kem Pangkin

Isnin, 1 September 2019 : Menuju Kem Pangkin

Pagi hari keempat dimulai dengan panggilan dari Q sekitar jam 4.30 pagi. Suruh bangun untuk packing makanan. Oh, dan aku sangatlah berasa berat untuk bangun. Tapi jangan bimbang, ramai yang perform dah bangun dan tolong bungkuskan lunch pack. Hehe.

Lepas Subuh, aku cari Tokie.

"Tokie, ada rasa nak membuang tak?"
"Ada gak ni kak, jom!"

Berbekalkan air sebotol, dan keazaman untuk membuang kami pun menuju ke toilet yang diceritakan. Sebenarnya taktahu kat mana. Tapi kebetulan Eric ngan Ammar pun nak membuang, jadi kitorang follow. Sampai kat kawasan tu, kitorang pun biar diorang membuang dulu. Sambil tunggu tu, layan lah hening Subuh kat puncak kan. View dia priceless. Time ni, ada group sampai untuk sunrise kat puncak, aku syak diorang camping kat Botak, sebab kat puncak ada group kami dan PTD je. Depa naik awal untuk sunrise. Langit hitam bertukar jingga keunguan. Eh lama betul eric ngan ammar ni. Aduh. Hari makin cerah ni. Orang dah bersorak menyaksikan pesona mentari yang memukau.



"Tokie, macam tak sempat je ni"
"Haah lah kak, takpelah kita ontrack je lah nanti"

Benci tak korang? kahkah! real kut, berak ni isu serius k dalam hutan, kena cerita gak dalam blog no matter what~ Disebabkan tak jadi berak, kami pun balik ke kem dan mengemaskan beg. Nak menuju ke kem tu, nampaklah, ya Allah subhanallah cantiknya sunrise.

Perjalanan hari ke-4 untuk aku bermula jam 7.30 pagi. Masih bersama orang yang sama seperti perjalanan ke Botak semalam. Dan masih di geng belakang. Maka bermulalah perjalanan solo kumpulan kami menuju Kuala Tahan. Geng lain semua patah balik ke Merapoh selepas sampai di Puncak Tahan.


View masih sama, 360! Wuuuu.. dah kat puncak ni rasa macam the hobbit! Sebab kita berjalan di permatang di antara gunung. MasyaAllah, Subhanallah!

Proses membahagi-bahagikan air
Subhanallah, the view
Hari ni seperti semalam, shooter dah siap2 tadahkan air dalam beg air company, then dia tinggalkan tepi water point. Maka, kami yang kat belakang ni, terus ambil air tu tuang masuk botol masing2. Jimat dah masa, tak perlu tadah lagi.



Kebanyakan masa kat puncak Tahan nak ke Gedung adalah turun naik sikit-sikit. Jaranglah nak naik mencanak macam semalam. Masalah bila track macam ni, jadi lama pulak terhenti henti sebab nak simpan kenangankan. View dia. Ya Allah. Dulu Saidah pernah bagitau dalam banyak-banyak gunung, Tahan dia sudi nak repeat. Sekarang aku dah tau kenapa.


"Kak Sarah kat gedung tu ada apa?"
"Ada apa? Ada camp site lah"
"Takde jual air ke? Air pepsi ke?"
"Teruk mental awak ni eric"
"Coca cola ke kak? 100 plus? Kata gedung"

Sebelum sampai ke kem gedung, ada satu kawasan yang turun sedikit menjunam dan kemudiannya naik semula. Kat situ ada sumber air. Dan amazingly kami jumpa team kat sana!

"Eh bang, dari mana ni? Kuala tahan - merapoh?"
Diorang gelak2 je.
"Ya Allah power sangat ni bang!"
"Dah diorang cakap gitu, kita iyakan jelah" sambung diorang. 

Trek Tahan ni kalau Kuala Tahan - Merapoh memang trek legend. Asal dulu trek untuk hiking memang dari sana. Tak lama lepas tu nampak 1 budak perempuan turun dengan 2 beg. 

Hari ni kalau ikut aku ngan tokie plan nak jalan ikut geng tengah. Nampaknya tersasar lagi lepas kawasan ni. Hehehe. Ada bisnes sikit kat sini.

Sembang dengan ahli group patah balik
Dan terjadilah geng ngan hafiz kembali. Sweeper. Jalan punya jalan jumpa lagi geng yang tadi. Ok barulah tahu, rupanya group diorang ni m2k jugak, masuk sehari sebelum kitorang. Nak dijadikan cerita, ada team diorang injured. Jadi kena patah balik. Aku macam, gulp! Kitorang dah hari ke-4, diorang mesti dah hari ke-5! Dan kena patah balik *nanges* Sejak tu aku terus berdoa agar takde siapa yang injured dan cuaca menyebelahi kami. Tak ada dalam bayangan untuk extend duduk dalam hutan.


Sebelum nak ke gedung ni ada kawasan kapal terbang terhempas. Kita bergambarlah sekeping dua kan. Nanti cerita pasal sejarah dia, lain tahun boleh cari. Hehe.

Macamnilah keadaan di Kem Gedung
12.10 petang kami tiba di Kem Gedung. Rehat dan lunch. Kat sini ada water point. Tapi jauh jugak sebenarnya. Jadi macam biasa, yang paling laju akan turun ambil air company. Yang lain, ambil dari air company masuk botol masing-masing. Lepas siap makan dan sebelum makan aku banyak duduk tepi batu tengok view orang pi ambil air. Macam tengok National Geography tu. Tak tau tv berapa inchi. Haha! Biasalah dalam hutan takdak hiburan, ini ja lah hiburan yang ada. Oh disebabkan kat atas ni pokok renek belaka, mana yang kasut tak sempat kering semalam, boleh terus jemur kat sini, dalam masa sejam setel, kering!

Perjalanan Izat & Q nak ambil air. Itu baru suku perjalanan.
 (Macam ni lah view rancangan National Geography tu)
Cukup rehat, kami pun menyambung perjalanan pada jam 1.30 tengahari. Selepas kem gedung, habislah view belanja. Sobs. Kita akan masuk ke hutan area Kuala Tahan, yang lebih tebal dan lain suasana dia berbanding hutan bahagian Merapoh.
Ni peta perjalanan dari Puncak Tahan ke Kuala Tahan, pandai-pandailah korang terbalik kan eh.
Lepas sikit je dari Gunung Gedung, maka bermulalah perjalanan yang lebih hebat dan menduga kewarasan pemikiran aku. Hutan kat sini bagi aku tebal lah dari hutan yang biasa aku pergi. Ye lah, hutan taman negara kan. Turun je dari Gedung, korang akan nampak satu view yang serius cantik (bagi akulah)

"Prakash, cantiknya kat sini"
"Mana? i tak nampak" sebab dia terlindung di sebalik pokok

Prakash pun bersetuju saat pertama kali nampak selepas pokok itu. Tapi aku tak da gambar lah pulak nak tunjukkan. Pemandangan tu cantik tapi bercampur seram jugak. huhu. Selepas nampak view tu, terus jumpa tangga yang tingi. Alhamdulillah, setakat ni takda lah lagi isu dengan tangga. Lagipun tangga ni bersandar kan. (Lagi gayat tangga G.Datuk dulu2. huhu) Siap kena marahlah dengan along, sebab aku turun dulu sebelum dia sampai bawah, tangga jadi goyang terlebih.


Lepas tangga tu, ada banyak lagi tangga2 yang korang akan temui. Kalau bukan tangga, adalah tali! Masa awal-awal ni aku okey. Sebab aku rasa lah, aku lebih ok untuk turun berbanding naik. Jadi, layan je lah kan tangga dan tali itu.


Gunung Resskit
Kami tiba di Gunung Resskit lebih kurang jam 3 petang. Masa ni aku dah mula membuat percubaan mengekori Mid dan Kak Nora. Tak mampu dah nak lepak dengan Tokie dan Hafiz kat belakang. Berhenti kat sini sekejap je. Kemudian menyambung perjalanan. Perjalanan seterusnya melalui tebing-tebing tinggi yang menggayatkan. Ok, kat sini nampak ketara sangat Razreen gayat. Aku boleh pulak terlanggar beg dia masa turun.

"Akak jangan macam ni kak, jangan buat saya macam ni" dengan muka kegayatannya. Aduh! sorry Reen, turun tu tak dapat nak imbang. Belakang aku Prakash lepas tu ada Mid dan Kak Nora.

Sekarang baru lepas Resskit, dalam kepala aku dah mula merasa mental sebab terbayangkan lepas ni kena ke Gunung Tangga 15. Okay, akhirnya mental tumpas di hari ke-4.

Turun ni, memang menguji lutut
Antara view sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tangga 15
Perjalanan nak ke G.Tangga ni memang betul-betul menguji. Lagi-lagi untuk yang kaki pendek ni kan, memang betul-betul menguji kehebatan strategi minda. Masa turun ok lagi ada tangga. Masa naik yang tak ada tangga? Sobs.


Ok nampak tak tangga belakang along tu? lepas korang turun, pastu korang kena naik pulak balik kat tangga belakang tu, dan dari tempat tangkap gambar ni, korang sebenarnya dah boleh nampak orang kat puncak depan tu, dengan ketinggian 2x ganda lagi dari kedudukan korang. Faham kan kenapa mental aku makin terganggu? Eh ni kan caption, asal panjang sangat ni.
Masa sampai kat depan tangga ni, suara-suara halus mula muncul.

"Arghh, kenapa kena ada gunung tangga 15 ni? tak boleh ke buat je jalan pintas ikut tepi bawah ni, skip terus ke pangkin?" Ha begitulah yang terluah masa tu. Masa mental! haha


Akhirnya sampailah ke puncak Gunung Tangga 15 ni pada jam 5 petang. Kami pun berhenti solat disini. Aku ingatkan akulah yang paling mental kat sini, rupanya ada jugak yang mengalami perasaan yang sama. Mid, i feel u! ahaha. Pada jam 5.30 petang perjalanan diteruskan. Masa ni memang dah dengan Mid ngan Kak Nora je. Golongan pertengahan. Keadaan semakin susah, sebab hari dah makin gelap, dan headlamp pulak dah minta tukar bateri. Sobs. Berbekalkan semangat berbaki, kami pun tiba di Kem Pangkin pada jam 7.30 malam. Sampai je, Aiman tengah azan Maghrib. Walaupun lepas azan, Aiman panggil solat, tapi aku tetap numb di sisi fly.

Menghampiri jam 8 malam, Fani masih tak berputus asa mengajak Kak Nora pergi ke waterpoint.

"Kak Nora, jomlah teman pergi waterpoint"
"Cuba Fatin ajak Mid, kalau dia nak pergi baru kita boleh pergi. Atleast kena ada 3 orang kan"

Aku memang dah rejek sejak tadi. Tapi lama-lama, selain annoying dengan ajakan Fani yang berulang-ulang (sebab kedudukan aku masa tu antara Kak Nora dan Fani) aku kesianlah pulak, nanti macam mana pulak dia nak solat, istinjak tak setel. Kan? Jadi, marilah mengalah.

"Jomlah kak Nora, Mid nak gi air tak?"
"Korang yang nak pergi air jangan lama sangat. Jangan lebih pukul 10" aku tengok jam. Takkanlah sampai pukul 10 kut, pergi toilet dan ambil air je kan.

Maka, berempatlah kami ke gigi air berbekalkan petunjuk yang diberikan oleh Salha. Jauh jugak tempat nih. Sampai je waterpoint teruslah aku isikan botol2 aku, botol air company. Oh, dan antara sebab lain aku nak pegi waterpoint adalah air aku pun dah habis, jadi bagus refill siap2 sementara ada peluang. Tanpa di duga, rupanya 9.30 malam jugak kitorang sampai balik kemsait malam tu! haha.

Antara kesan khas pewai ni kepada aku adalah, selain mudah marah, aku juga gagal nak proses benda/ bertindak dengan cepat. Maka malam tu, aku mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa. Aku tengok je dari tepi fly, mid, kam dan tokie memasak sarapan dan lunch sambil mendengar suara fani, kak nora dan izat menguruskan ration.

Dan malam ke-4 juga berakhir, dengan aku tidur di pintu fly, yang kadang-kadang kaki pun terkeluar dari fly (tak, bukan kisah mistik, hanya kedudukan muka bumi yang condong, asyik menggelongsor je)

Day 4, checked ✔ yeay, tinggal 3 hari lagi!

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

08 January 2011

.persaudaraan.

hurm.

alhamdulillah, hari ni rasa macam ada satu energi baru.. (oh dlm masa yang sama perasaan semakin tua pun ada sket²)

bila tengok muka adik² UM dengan pimpinan pelapisnya..


bila berjumpa balik dengan adik² UIAPJ yang kini dah ke Kuantan .. (asma, aisyah, ainul, shahira, husna, aliya!-oh yg ni memang tak sangka anda belum habis mengaji lagi..)

juga adik² yang da ke Gombak..

jumpa sahabat² yang dulu seperjuangan.. sekarang ni pun dah ramai muka² baru.

adik² IPBM yang susah nak dibawa keluar dari maktab mereka, alhamdulillah dipermudahkan urusan kali ni.. ^^,


and the most..

Alhamdulillah.

syukran.

terima kasih Allah!

.

.

.

.

jumpa penggerak² UM semula! Kak As dan Kak Shira, yang skarang dah jauh di Utara tanah air. Alhamdulillah terlerai sudah rindu nak menyakat both of them. hihihi. Oh tak lupa Asiyah, tapi Asiyah tadi tak duduk sama, jadi tak banyak sembangnya. *Kak Shira bila nak tukar Xperia ni?

bergambar dengan Myvi Kak As

jangan dilupakan Honda City Kak Shira ^__^

eh gambar Asiyah tak bersama kereta? InsyaAllah, kita doakan sama² eh!

dan balik dari program berkesempatan pulak lajak sikit ke Putrajaya, guess what? yeah true!! jumpa Kak Sal! my first ever naqibah lepas sampai di UM. sekarang dah mengandung anak ke-2. Tapi tak sempat lak tangkap gambar Kak Sal. duk main klik² ngan anak die, habis lak bateri. huhu~

Batrisya.
sangat mudah bergaul dengan orang, xyah agah la pendek kata, dia datang sendiri duk atas riba..

kalo ikut tadi nak ajak kak kamila gather sekali. tapi mak dia datang putrajaya .. tak dapat la bersama-sama kami. mungkin lain kali InsyaAllah.

(sebenarnya da lama sangat berkira-kira untuk melawat Kak Sal. Alhamdulillah Allah permudahkan.. )

Fasa kebangkitan Islam ini, aku harap tidak akan keciciran dari menjadi mata rantai perjuangan. Walau apapun nama, dan jenama. InsyaAllah jika misi kita jelas, semua itu tidak menjadi masalah.

Kak Shira, nanti2 kita jumpa lagi k.

rumah KJ.

04 November 2014

Tukar Tayar (3tahun)

(Ok peringatan post ni untuk aku nyer rekod jer. ingatan dah tak bape nak power sekarang)

Last year bulan sebelas aku servis kereta, dan abang sebis tu kabo, dah sampai masa aku tukar tayar. Akhirnya setelah setahun bertangguh, hari ni barulah Vijay menggunakan tayar baru. ahaha~ terimakasih tak terhingga buat saudari siti hajar (owner blog tempat lain) yang begitu bermurah hati untuk membantu aku dalam operasi menggantikan tayar ni. Dia gi sorang je k tukar tayar selepas survey kt internet kedai tayar pilihan ramai. ensem giler kakak aku sorang ni (dahlah pandai memasak, pandai baiki paip, pandai tukar bateri kete, solehah plak tu.. perfect ar! haha)

Nama Kedai : Tek Ming Auto Service (Sunway)

Sampai kedai dia call aku tanya nak silverstone ka continental. Good Year kehabisan stok kat kedai tu. Silverstone dia boleh kasi RM119 (harga lepas aku trade in tayar good year aku yang lama), Continental up sikit dekat RM200 begitu. Walaupun kalau amik continental sebenarnya within budget, tapi macam biasalah aku, sentiasa nak yang lebih murah. ha ha.

Ok, jadi untuk pengalaman pertama mengganti tayar kereta. Aku pilih Silverstone Powerblitz 1800. 175/65R14.

So total lost untuk hari ni seperti berikut:

Tayar . RM179 x 4 = RM716.00
Trade in . RM60 x 4 = -(RM240.00)
Tutup tiub . RM5 x 4 = RM20.00
Alignment = RM30.00
Balancing = free
Labour cost = free

Total with tax = RM527.80

Kawan aku tanya, kenapa aku pilih silverstone. Sebenarnya aku pun tak tau. Dengan nada joking around aku cakap kat dia, ada 2 sebab.. satu sebab selalu nampak kedai tayar Silverstone, kedua sebab bunyi dia ala-ala Silverster Stallone. Ahahaha~ ok motip sangat. 

Lepas da tukar baru baca, banyak lak bad review pasal silverstone. Ada juga yang review bagus. What to say? da tukar kan. Nanti aku review plak on behalf of my own experience k.. 

Apa pun satu citer kereta setel! Ada beberapa list lagi yang perlu di uruskan toward end of the year ni.
- major servis (Nov 2014)
- insurans & roadtax (Nov 2014)
- lampu brek
- bumper depan
- repaint bumper (?? :P )

kereta oh kereta. engkaulah pelaburan wang gaji aku kan? 

p/s: review Good Year? aku rasa bagus ar tu.. kereta aku Nov 2011.. tahun ni Nov 2014 baru first time ganti.. nikmat dah kira nya tu boleh tahan tiga tahun. kan? kan? Alhamdulillah ^_^ 

sekian, terima kasih.

31 December 2014

Sebuah kesimpulan. 2014.

macam aktiviti wajib lak, nak nak ujung tahun mulalah aku review balik catatan suka duka, tahun tahun yang lepas. sadly, takde kesimpulan untuk 2013. T.T hectic sangatkah disember last year? ah couldnt recall. lupakan jelah, here come summary untuk dis year. ah, bau cinta~

2014.

macam-macam. *sigh*
ombak betul2 kuat tahun ni.

negara menyaksikan pelbagai ekstrim situation .. aviation industry memang di pukul ribut tahun ni. Dahsyat penangannya. kemarau, banjir, puting beliung. named it. T.T

Untuk aku in person?
~Alhamdulillah first time dapat rasa camping dalam hutan + atas gunung. wow, seronok!
~Alhamdulillah first time fly out from Malaysia. weehee. jakun sikit.
~Alhamdulillah first time menjejak tanah haram. Subhanallah!

the bad still there by the way..
~ penangan sakit gigi yang maha hazab.
~ kehilangan rakan sekerja one by one.
~ perasaan lost (secara tiba2) di dalam jalan perjuangan yang panjang.
~ pakngah lumpuh sebelah badan T.T sedihnya lahaii..

lain-lain
~tahun ni da start la fasa untuk mula menukar part part kereta. da 3 tahun umo dia. da tukar tayar dan bateri baru.
~dapat anak sedara comel ;)

every bad things, Allah akan gantikan dengan more better way of a good things. insyaAllah.
terima kasih Allah,

untuk 2014.
untuk segala perasaan yang bercampur ini.
I'm glad Allah beri nafas lagi yang dapat ku hirup sehingga penghujung tahun ini.

2015.

ahlan wasahlan.
cant wait for more suprises.
Aku optimis, Allah akan sentiasa berikan yang terbaik :) buruk macam mana pun.


selamat datang tahun baru, insyaAllah bersamanya akan ada sesuatu yang lebih baik.

13 May 2015

Telefon dan Teknologi

Tetiba di Subuh yang hening, aku terkenangkan zaman-zaman telefon belum menjadi suatu kewajipan untuk rakyat Malaysia. Dan ketika telefon rumah masih lagi mainstream di kalangan anggota masyarakat.

Rindu pulak zaman tu.

Teringat masa habis SPM dan cuti sekolah, mesti nak gayut dengan Azi lama-lama. Aku pun tak pasti apa sangatlah yang dibincangkan telefon hampir setiap hari masa cuti sekolah. Dan apa yang best nya kat Azi sampai rela ku derhaka kan diri dengan menaikkan bil telefon. Dan menaikkan tahap kemarahan ayah. :P

(Tahap kederhakaan zaman sekolah, naikkan bil telefon rumah dan bersilat dengan ayah untuk mampu terus chatting sampai jam 4 pagi >.< Dasyat gak kalau dikenang-kenangkan)

Nasib baik cuti sekolah tu adalah dua bulan je dalam setahun kan. Kalau aku memang sekolah harian, pasti menangislah ibu dan ayah ku dek kerenah anaknya yang sorang ni.

Masa zaman matrik, penggunaan telefon bimbit dah jadi sesuatu yang biasa. Semua orang ada telefon. Kalau tak ada telefon tu susah betullah nak sampaikan maklumat kelas cancel dan sebagainya. So, aku pun ada la telefon pertama aku masa tu. Samsung lipat masa tu. Tengah in-trend. (Selain Samsung, paling trending haruslah Nokia kan) Masa tu aku start hairan dah, macam mana la kitorang masa kat sekolah dulu, boleh je maklumat sampai walaupun tak ada telefon kat setiap orang.

Bila da habis universiti, zaman smartphone. Aha, ini paling lejen setakat ni. Semua orang dah macam tak boleh lepas dah .. kalo dulu setakat sms dan call, sekarang dah macam wajib pulak untuk ada data plan. Sepanjang waktu 'online'. Celik mata cek fon, kadang tengah drive pun nak cek fon. T.T

Rasanya, sejak kewujudan smartphone boleh kata sebahagian besar masa kita kita spend untuk alat ini. T.T

Produktiviti manusia berkurangan, dan masa kita dengan Allah.. camner leh? #sentap

Sobs.

Nak citernya, semalam Samsung aku kehabisan bateri (still using samsung but smartphone :P) dan charger tertinggal di pejabat. Menjadikan flat terus lah untuk satu malam. Suprisingly, pagi bila bangun tido aku tak kisah dah la nak cek fon sebab dah sedia maklum dengan handphone yang akan pasti telah flat di pagi hari.

dan..

yang paling best, banyak benda aku boleh setelkan sebelum bergerak ke pejabat. Cuci pinggan, sapu sampah, kemas ruang tamu, sarapan dan buang sampah. :)

Benarlah produktiviti kita sedang dibunuh oleh teknologi. Maka, berhati-hatilah dalam menggunakannya.

Sekian nota tengahari untuk cinta hati sekalian ^.^