Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 December 2019

Biggest fan

Muadz dan super rayan
"Mak ngah, cuba mak ngah lukiskan naruto"

Naruto la pulak, dah la tak layan Naruto, melukis pun kelaut. Disuruh lak lukis. Aduhai la anak menakan. Thanks to technology! Google sikit, ok nice! Aku pun melukis seadanya saja. Tiru je dari google image tu.

Lepas siap aku bagi Muadz, then aku sambung balik tengok skrin. Tengah busy layan vagabond masa tu. Action drama kan kena lah fokus. 

Sebelum dia balik KL petang tu dia datang lagi, bagitau gambar tu dah hilang. Dia suruh aku lukis lagi. Aku suruh dia pergi minta maklong lukis, sebab obviously kak siti draw better than me. 

Tapi dia taknak dan tetap nak aku gak lukis. 

"Mak ngah lukis lah, mak ngah lukis cantik"
"Mak long lukis lagi cantik dari mak ngah muadz"
"Takpe makngah lukis lagi cantik"

Aku pun mengalah dan lukis lagi sekali. Kali ni bijak sikit, aku tekap terus atas phone tu. Lepas siap, dia lipat lukisan tu dan pegang je bawa kemana mana sampai kat dalam kereta pun dia pegang je macam azimat. Hahahaha!

Fuh, camtu rasanya ada fan? 😉

21 December 2019

Secebis kenangan - candat sotong

"Mirul, ini ke plankton?" Waktu tu malam dah terlalu larut. Pekatnya langsung tak dapat membezakan antara air laut atau pun langit. Hanya sahaja kadang ada lampu2 dari kelong2 yang sama turun mencandat. 

"Mana kak?" Balas Mirul yang duduk di hadapan aku. Tangannya bersama kail candat. Walaupun aku telah beberapa kali tidur bangun menanti sotong, tapi mata bila dah berjaga masih jelas, terang dan segar. Mirul aku rasa tak tidur sejak tadi.

Kelibat tompokan putih timbul di muka laut. Rasa macam sedikit kejayaan dapat melihat plankton di mata kasar. Selama ni tengok dalam buku Sains je. Lama Amirul memerhati untuk memastikan. Kerana ternyata kami berdua tidak pernah melihat plankton.

"Betul ke ni kak?" Amirul mulai ragu. Bersamaan dengan keraguan tersebut, kedengaran suara kak Risya di belakang kami. Nampaknya kesihatan kak Risya tidak setangguh kami. Lemah dia sejak  bot membawa kami ke laut lepas. Mual akibat alun laut yang dipukul ombak menambah lemas. Akhirnya kak Risya menyua kepala ke hujung kapal dan menghambur keluar segala yang bersisa di perut. 

Sejurus aku dan Mirul pun memandang sesama sendiri. Oh demn! Dan hanya ketawa yang tersisa disebalik pandangan tanpa perlu suara untuk menterjemah panjang isu plankton kami. 

Itulah secebis kenangan yang di petik dari episod candat sotong 2016. Kenangan sajalah yang terkadang singgah mengisi sisa2 usia pada waktu yang berjalan perlahan dan tidak lelah mengirim rindu demi rindu. 

Aduh, kangen.

20 December 2019

Suasana

Antara perkara yang di titik beratkan dalam menjaga iman adalah suasana (bi'ah) itu sendiri. Sejak kecil, aku memang terbiasa dengan suasana yang baik. Walau pun tak kaya, juga tak miskin. Neutral aku rasa. Bila sekolah menengah, masuk pulak sekolah agama. Masuk pengajian tinggi, Alhamdulillah masih dibesarkan bersama golongan yang baik-baik.

Sekarang pun masih baik ya lingkungannya. Tapi, suasananya makin lama, makin redup. Tidak lagi hangat seperti suatu pernah. Entah salah suasananya, atau aku sendiri. Tak mungkinlah suasananya kan? Aku rasa silapnya mesti dari aku sendiri.

Namun yang demikian, selalukan dengar orang cakap, bersahabatlah dengan orang-orang baik. Sebab apa, teguran nya atau pujiannya, semua di lakukan demi mendekatkan kepada Allah.


Ternyata walau seberapa bahagia atau terpesonanya kita dengan dunia, akan tetap ada sahabat yang sering menarik kita untuk kembali lagi kepada kesedaran. Dan dengan itu, kita akan kembali membetulkan niat dan tidak tersasar jauh.

Iya, sahabat yang baik adalah suatu nikmat terindah. Moga aku juga boleh menjadi sahabat sebaik itu. Bukan malah menolak lagi rakan2 ke arah kehancuran. Nauzubillahiminzalik.

Jadi teman-teman, jika aku kelihatannya kesasar, sadarkan aku ya! Terima kasih, masih sudi menemani langkahku sejauh ini. Ahaha!

14 December 2019

South Trip 4 - HB Najihah

Eh eh, dah the end kan semalam? Ni apa benda plak? Haha.

8 Disember, Ahad

Pagi Ahad yang tenang, sepatutnya hari ni mak, ayah dan Amin akan terus pulang ke Kg Gajah, tapi lepas di sembang-sembang kamipun bersetuju untuk ke UiTM Puncak Perdana melawat si bongsu, Najihah. 2 kereta pun bergerak menuju Puncak Perdana. Oh sambil test drive la kereta kita yang dah mounting enjin Khamis lepas. Wow, smooth dah takde getaran bila start enjin.

Puncak Perdana, Selangor

Sampai di Puncak Perdana, tunggu di depan asrama Jiha. 30 minit menunggu, text tak balas, call tak angkat. Ah sudah. Jadi aku dan kak Siti pun menapak naik ke bilik dia. Ketuk pintu, nasib baik ada kawan dia buka pintu, minta dia kejutkan Jiha. Dari pintu tu aku nampak dia baru bangun lepas kawan dia kejut, siap berselimut lagi ya tidur siang. Fuh fuh.

Lepas penyerahan segala barang-barang makanan dan so called hadiah, kami pun ajak Jihah keluar ke rumah ucu di Bukit Jelutong. Saja lah bawa mak melawat adik bongsu dia jugak. Hehe. Lepas berborak santai kami pun berpecah. (Oh to note, kat rumah ucu makan pulut kuning dan kari daging, sedap gils 😋) Mak, ayah dan Amin menyambung perjalanan ke Perak, dan kami bawa Najihah ke Tesco Extra Shah Alam, nak beli hadiah untuk secret santa katanya. Ish2 apa ke kejutan budaya adik aku ni. Gituh. Bunyi nak trendy kan budak2 ni, kabo je la tukar2 hadiah je kan senang, takdelah isu kalau duk kabo ke orang nanti kan.

Masuk kedai hadiah dengan Mr Diy. Bukan Jihah je yang mencari hadiah, kitorang pun terlebih excited. Haha. Lepas membeli, kita beli lah kek untuk birthday girl. Kek Kings je. itu je ada kat tesco extra ni, tapi air Tealive.. so okay lah tu. Habis sesi minum petang, hantar budak tu balik asrama, maka kami pun pulang ke PJ.



Tamatlah perjalanan hujung minggu lepas bersama keluarga! wuhuu..

13 December 2019

South Trip 3 - Muar

7 Disember, Sabtu

Hari ini hari kedua berada di Johor. Pagi ni ayah ajak berjalan di sekitar Johor Bharu, memandangkan aku belum mandi dan telah dirasuki hantu Friends semenjak di Melaka, maka aku tak ikut serta. Hanya kak Siti yang ikut. Amin masih tidur kerana balik lewat jam 2 pagi semalam. Semalam masa melawat Shidah, Amin tak ikut, lepas kami balik baru dia keluar di ambil sepupu. Ikut majlis berinai agaknya?


Aku sambil menggosok baju, sambil tengok netflix dan menghabiskan makanan2 yang ada. Mak dan ayah di bawa makan kacang ful oleh Kak Siti. Takkan lah datang JB tak makan kacang ful kan. Lepas makan, tapau nasi untuk aku dan Amin. (Makan lagi? waduh2)

Dalam lebih kurang 11 pagi, Andak dan keluarga pun tiba. Sambil tu kami pun mengemas barang berdikit-dikit. Pukul 12 nak checkout dah ni. Kemas-kemas semua, dan kami pun mencari destinasi seterusnya untuk bersidai. Almaklumlah aturcaranya keluarga pengantin lelaki berarak jam 2. Nak lepak kat homestay pengantin, macam super penuh pulak. Jadi antara Tesco atau masjid? Ahaha, dimenangi oleh Tesco. Sampai Tesco, dah Zohor dah pun, jadi masuk-masuk terus solat. Lepas tu tak kemana dah, oh ada beli karpet. Jauh2 tau gi beli karpet sampai ke Pasir Gudang.

Jam 2 petang kami tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan. Kena tunggu lagi 30 minit sebab pasukan kompang tak tiba lagi. Oklah, sambung bersidai. Lebih kurang 2.40, perarakan masuk. Ya Johor kan, so kena lah tol. Lepas tol, ada silat. Lepas tu masuk lagi, sebelum sampai pelamin ada tol lagi, ada pantun lagi. Then dapat lah duduk dan makan lepas bacaan doa. Habis makan, belum habis lagi. Tapi oklah bergambar. Lepas bergambar ada sesi potong pulut kuning, dan lepas tu sambung lagi sesi temuramah dengan kedua pengantin. So bayangkan jam berapa nak bertolak balik ke PJ?





Aku pun tak ingat jam berapa kami bertolak balik, tapi kak Siti memandu keluar sampai ke PLUS, then ayah pulak drive. Semalam ada kak Siti cakap, antara tempat yang mak nak pergi adalah Muar. Satunya sebab nak makan mi bandung, keduanya aku rasa dia pernah datang tempat ni dulu, ada saudara dia yang disini. Jadi, kami pun membelok masuk ke Muar. Oh as you know, Muar ni dekat dengan Melaka dah, tapi sebab kedudukan dia berhampiran dengan laut, maka jauhhhhlah dari hiway. Despite of mak mengomel akan lewat sampai PJ, kami tetap juga menuju ke Muar.

Muar, Johor

Kami tiba di Muar ketika azan Maghrib bergema di ruang angkasa Tanjung Emas. Muar juga turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Selain itu, pelabuhan Muar yang juga terletak di Tanjuk Emas merupakan jalan laut untuk memasuki Bengkalis dan Dumai, Indonesia.

Oh, Maghrib itu kami menunaikan solat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar. Senibinanya klasik dan menarik. Yang tak menarik, masa kami sampai tu most of toilet under construction, makanya terpaksalah sambung cari toilet di Dataran Tanjung Emas yang tak jauh dari masjid. Lepas semuanya menunaikan hajat, perjalanan di teruskan mencari mi bandung di Muar. Agak-agak kalau pergi Bandung, jumpa tak mi bandung ni eh. Hmm.

Dengan bantuan google, yang terdekat untuk menikmati Mi Bandung adalah di Kadir Mi Bandung yang terletak berhampiran stesyen bas Hentian Maharani. Walaupun rupanya salah kedai (kitorang masuk kedai lain, dah balik baru nampak kedai Kadir tu) tapi oklah, mi dia kaya dengan udang geragau. Tapi tetap prefer yang di KL, sebab kuah dia tak pekat sangat. 😆


Habis makan, maka perjalanan yang panjang diteruskan. Ada singgah satu lagi RnR untuk topup touch n go dan juga dapatkan kopi panas. Eh, tapi ada daily fresh lagi kat sini! Ok choco deluxe dekat sini adalah yang selalu aku bayangkan tentang Daily Fresh! Crunchy diluar dan lembut di dalam. Nyum.

Kami tiba di Petaling Jaya sekitar 11.30 malam. Alhamdulillah, perjalanan yang panjang.

the end.