Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 December 2019

Secebis kenangan - candat sotong

"Mirul, ini ke plankton?" Waktu tu malam dah terlalu larut. Pekatnya langsung tak dapat membezakan antara air laut atau pun langit. Hanya sahaja kadang ada lampu2 dari kelong2 yang sama turun mencandat. 

"Mana kak?" Balas Mirul yang duduk di hadapan aku. Tangannya bersama kail candat. Walaupun aku telah beberapa kali tidur bangun menanti sotong, tapi mata bila dah berjaga masih jelas, terang dan segar. Mirul aku rasa tak tidur sejak tadi.

Kelibat tompokan putih timbul di muka laut. Rasa macam sedikit kejayaan dapat melihat plankton di mata kasar. Selama ni tengok dalam buku Sains je. Lama Amirul memerhati untuk memastikan. Kerana ternyata kami berdua tidak pernah melihat plankton.

"Betul ke ni kak?" Amirul mulai ragu. Bersamaan dengan keraguan tersebut, kedengaran suara kak Risya di belakang kami. Nampaknya kesihatan kak Risya tidak setangguh kami. Lemah dia sejak  bot membawa kami ke laut lepas. Mual akibat alun laut yang dipukul ombak menambah lemas. Akhirnya kak Risya menyua kepala ke hujung kapal dan menghambur keluar segala yang bersisa di perut. 

Sejurus aku dan Mirul pun memandang sesama sendiri. Oh demn! Dan hanya ketawa yang tersisa disebalik pandangan tanpa perlu suara untuk menterjemah panjang isu plankton kami. 

Itulah secebis kenangan yang di petik dari episod candat sotong 2016. Kenangan sajalah yang terkadang singgah mengisi sisa2 usia pada waktu yang berjalan perlahan dan tidak lelah mengirim rindu demi rindu. 

Aduh, kangen.

No comments: