Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 October 2023

Day 10/15 - Parking

Hari ni aku agak lambat ya, start enjin tadi pun dah 8.02 minit pagi. Mandi dah awal dah hari ni, sebelum Subuh dah mandi (jarang-jarang sekali ya, selalu lepas siap buat bekal baru mandi) semua gara-gara tiktok. Skrol macam tak ada esok. Sedar-sedar dah 6.15. Solat subuh dan baru nak mula mengemas, membasuh pinggan, simpan sayur, angkat kain, siapkan makan lunch, siapkan air panas. 

Niat nak iron tudung tadi pun aku kuburkan je, pakai je mana-mana tudung yang dah siap iron. Mana taknye, siap semua bungkus dalam bekas dah jam 7.50 pagi. Wahaha. Tersasar. Bajet sempat siap 7.30.

Sepanjang aku drive tadi, aku dah fikir dah nak cerita apa pagi ni, tapi tu lah. Sampai laptop, buka, lupa. 

Hari ni aku nak cerita pasal parking lah. Bila kerja kat hospital ni, memang kena terima hakikatlah sesungguhnya parking bukanlah perkara yang mudah ya. Tapi disebabkan hospital ni sebelah universiti, maka ada ruang la kat universiti untuk menumpang parking free. Tak gitu?

Selalu aku akan parking kereta di pinggir hospital, di Bangunan Peperiksaan (BP). Dari situ kena panjat tangga sikit, then jalan lah sampai ke pejabat. Perjalanan ni biasanya dalam 10-15 minit campur tunggu lif. Tapi aku rasa a good walk jugak, antara punca aku rasa pendakian Sri Bintang kali ke-2 tu lebih baik dari sebelumnya.

Nak dijadikan cerita, disebabkan terlewatnya keluar rumah pagi ni, aku sampai kat BP parking penuh. Penuh yang sesungguhnya ya. Memang tak de ruang nak selit2 dah. Jadi mahu tak mahu, aku pun pusing sekali lagi dan parking kat tepi Tasik/ depan DTC. Wahaha, belecak lah gais. Mujur lah masih pagi, matahari belum terik2 amat. Masa aku park tu dah 8.25 pagi. Dalam hati aku, masak lah ni, lambat lah aku masuk (clock in jam 9) Amazingly, aku sampai tadi jam 8.48 pagi tu dah termasuk tunggu lif dah tu. Kira-kira 20 minit gitulah perjalanan nya. 

Fuh, pretty promising ait? macam ok je ni kan nak park situ lagi. A good walk gais! Hehe. 

#15dayswrittingchallenge

xoxo,
UMKL

17 October 2023

Day 9/15 - Hospital

Untuk yang tertanya-tanya, sekarang ni aku bekerja di hospital. Totally not my jobscope lah. Saja nak melarikan diri sebentar. Nak mencuba-cuba kelainan gitu. 

Setiap hari memang akan nampaklah manusia-manusia yang kurang sempurna dari kita. Setiap hari bila masuk lif. Ada muka-muka yang sama, ada muka yang baru. Alhamdulillah tak duduk kat mortuary punya department. Tak sanggup plak nak setiap hari berhadapan dengan kematian demi kematian. Allahu.

Pagi ni aku masuk lif dalam lif tu ada pakcik (pesakit) dan ada juga doktor. Doktor ni berborak dengan rakan sekerja tentang berapa lagi patient yang dia kena dapatkan untuk kes sekian-sekian. Sekilas aku tengok pakcik tu, wajahnya tak beriak. Aku rasa dia pun tak ambil endah perbualan doktor tu. Mungkin tak faham juga apa yang sedang dibualkan.

Seketika aku pun terfikir, macam kejam tapi kesakitan kita ni kadang-kadang kesuksesan untuk orang lain. Hmm.. Sob sob.

hmm.

So itu je lah yang aku terpikir. Kadang-kadang rasa macam kejam, tapi ye lah. Kalau diorang tak belajar, macam mana nak produce doktor yang akan membantu manusia di masa depan kan. 

Cuma tu la, just terfikir je lah. tu je.

#15dayswrittingchallenge

just a random thought,
UM, KL

16 October 2023

Day 8/15 - Rumah Sewa

Cerita pasal rumah sewa, aku duduk rumah sewa ni sejak tahun 2009. Masa aku mula buat latihan industri kat Ampang. Masa universiti, memang 100 persen duduk kampus, dari tahun 1 sampailah tahun 3. Bila dah kerja baru masuk rumah sewa. 

2009 - Rumah sewa kat Ampang. Duduk 2 bulan kat sana sebab latihan industri. Dalam pertengahan tahun macam tu. Sebab dalam 2009 juga aku graduate dari universiti. 

2009-2011 - Ara Damansara. Habis internship, aku dan 5 rakan satu course dapat kerja di tempat yang sama. Jadi kami menyewalah 1 rumah. Rumah ni plak dekat dengan ofis. Jalan kaki 5-10 minit boleh sampai. Sebabkan kawan 1 universiti, jadi semuanya memang kenal lah. Takde isu sangat masa kat sini. Tapi through time sorang-sorang berkahwin/pindah kerja, jadi makin kuruslah isi rumah. Nak hujung-hujung tu, tinggal berdua je sewa satu rumah.

2012 - sekarang - Seksyen 19, PJ. Nak hujung 2011 tu kawan eksiden, jadi susah nak survive kat rumah sewa sebelum ni sebab tandas cangkung. Dia tak boleh cangkung lama sejak eksiden. Jadi cari rumah sewa tandas duduk. Oh dan juga, rumah sebelum ni lif selalu rosak, masaklah dia nak menapak 13 tingkat. Jadi pindah ke rumah sekarang, di tingkat 5. Ahli asal pun semua dah menikah kecuali aku ngan kak CT. Dalam senggang masa 11 tahun ni ramai jugaklah keluar masuk rumah, tapi tak lama. Sekarang kitorang sewa berdua je, easy.

Terfikir gak nak pindah rumah baru, tapi kena plan betul2 lah kut. Dah selesa sungguh dengan rumah sekarang ni, cumanya.. itulah rumah dah lama, dah macam-macam jugaklah problem. Kalau rumah kita senang nak baiki, bukan rumah kita ni, bagus pindah je lah. kan? Namapun sewa. itulah function dia. Hehe.

Asal tiba-tiba cerita rumah sewa plak kan? Haha, clear draf gais. Apsal ada draf pasal rumah sewa kat dalam blog ni pun aku taktau. Lol.

#15dayswrittingchallenge

15 October 2023

Day 7/15 - Bukit Sri Bintang

Hari ni ke Bukit Sri Bintang untuk kali yang ke-2. Sempat terjadi drama juga lah pagi ni, macam biasa la aku kan. Disebabkan pagi ni jam 5.30 pagi hujan, dia punya mood tu longlai bersama hujan. Tapi tu lah, dah janji ngan along. Dah deal jugak dengan Fani. Allahu. berat rasa ini.

"macam tak dapat join Sarah, abg ngah akak ada datang rumah ni" - Kak Nora
"akak saya tak dapat join pagi ni, ada kerja ofis kena siapkan" - Tokie

Sekitar 6.15, aku text along tanya tempat dia hujan tak. kalau by 7 tak nampak hujan akan reda, kita batal long. tapi along balas, "kita gerak je lah Sarah, kalau masih hujan kita cari makan je la"

then, the rest is history.

Agak terlambat dari schedule memandangkan cuaca dan juga ya.. berperang dengan diri sendiri. Kami minta diorang gerak dulu, taknak lah hold orang sebab kita kan. 

The good side of hujan pagi, tak ramai sangat orang mendaki hari ni, plus dapatlah parking dekat dengan trailhead. Last time park dekat deret kedai.

Selain tu, rasa macam tak begitu memenatkan hiking hari ni compare the 1st trip. Mungkin sebab jadi sweeper untuk adik2 yang baru nak start hiking kut. Dia jadi macam, semakin slow lah ko dapat naik. HAHA. thank you adik2 uitm dan poly kalian punca, ku terasa lebih berstamina. 

Ada 2 adik ni tadi nampak macam tak larat sangat dah, siap cakap nak berhenti taknak naik dah. Diorang cakap nak tunggu kitorang kat 1st kawasan rehat tu je (kawasan ni ada kerusi) Lepas pujuk2 dorang setuju nak ke 1st puncak. 


"Korang naik lah sikit lagi, pergi kat puncak satu tu, then dari situ korang akan nampak puncak ke2. Nanti korang re-decide, kalau nak terus, boleh. Kalau tak nak, takpe la lepak puncak satu tu je" gitu pancingan! Ternyata mengena gais! Lepas sampai puncak 1, diorang dah nampak puncak 2 lagi menarik, terus semua taknak tinggal.. mantap anak muda!

Maka semua berjaya lah sampai ke puncak Bukit Sri Bintang Kepong. 

Idea asal aku nak buat Trans Sri Bintang - Bukit Kiara. Tapi baru tau ada ramai rupanya pendaki pemula, maka kita simpan dulu cita-cita mulia tersebut. Sian kang betul2 muntah plak depa ni.

Meski pun tak dan buat trans, sempat jugak lah ke buaian viral (kata pakcik cina tu), buaian tu letaknya dalam laluan menuju bukit kiara. Nampak dah pathway ke bukit kiara tu tadi, tapi tak pergi je lagi. 

Sabar.

Ada satu kisah sedih gais, aku rasa mp3 aku cicir lah 😢 walhal tak guna pun sepanjang pendakian sebab takde bateri. Sepanjang hike tu aku caj je dengan power bank. Masa aku dah sampai trailhead semula, aku cabut lah dia dari power bank sebab bateri dah full. Dan itulah kali terakhir dalam ingatan aku yang aku masih memegangnya. Huwarghhhh..

ok itu je coretan hari ni,

#15dayswrittingchallenge

till then gais,
Petaling Jaya.

14 October 2023

Day 6/15 - Boring person in the making

Sejak beberapa tahun sebelum covid, aku dah start ada rasa-rasa boring lah dengan kehidupan sendiri. Sebab keep on doing benda yang sama kan. Tapi perasaan ni tak kuat sangat. Macam angin gitu, kadang-kadang bila takde buat apa tu terpikir, bila sibuk tu takde la diingatkan.

Tapi lepas covid hari tu, nak nak pula lama kena kurung PKP kan, jadi perasaan tu semakin menebal, nak nak kurang kesibukan kan time tu. Banyak disibukkan dengan pemikiran2 yang tak pasti je.

Elok pula lepas setahun dua habis covid, decide nak berhenti without any further plan.

Semakin teruk aku punya keyakinan diri nak berminggle dengan orang. Nowadays, aku lagi prefer menghabiskan masa di rumah. HEHE. Percayalah aku memang born introvert, hanya keadaan kadang2 menyebabkan aku nampak macam ambivert.

It takes courage jugak kalau tiba-tiba ada yang ajak keluar. Unless its proper plan, then ok. Kalau korang tiba-tiba nak ajak keluar. Agak lama jugak lah aku kena fikir dan nak memutuskan. 

So hari ni Sabtu, korang pergi mana je tu?

#15dayswrittingchallenge

Till then,

xoxo,
Petaling Jaya.