Cerita pasal rumah sewa, aku duduk rumah sewa ni sejak tahun 2009. Masa aku mula buat latihan industri kat Ampang. Masa universiti, memang 100 persen duduk kampus, dari tahun 1 sampailah tahun 3. Bila dah kerja baru masuk rumah sewa.
2009 - Rumah sewa kat Ampang. Duduk 2 bulan kat sana sebab latihan industri. Dalam pertengahan tahun macam tu. Sebab dalam 2009 juga aku graduate dari universiti.
2009-2011 - Ara Damansara. Habis internship, aku dan 5 rakan satu course dapat kerja di tempat yang sama. Jadi kami menyewalah 1 rumah. Rumah ni plak dekat dengan ofis. Jalan kaki 5-10 minit boleh sampai. Sebabkan kawan 1 universiti, jadi semuanya memang kenal lah. Takde isu sangat masa kat sini. Tapi through time sorang-sorang berkahwin/pindah kerja, jadi makin kuruslah isi rumah. Nak hujung-hujung tu, tinggal berdua je sewa satu rumah.
2012 - sekarang - Seksyen 19, PJ. Nak hujung 2011 tu kawan eksiden, jadi susah nak survive kat rumah sewa sebelum ni sebab tandas cangkung. Dia tak boleh cangkung lama sejak eksiden. Jadi cari rumah sewa tandas duduk. Oh dan juga, rumah sebelum ni lif selalu rosak, masaklah dia nak menapak 13 tingkat. Jadi pindah ke rumah sekarang, di tingkat 5. Ahli asal pun semua dah menikah kecuali aku ngan kak CT. Dalam senggang masa 11 tahun ni ramai jugaklah keluar masuk rumah, tapi tak lama. Sekarang kitorang sewa berdua je, easy.
Terfikir gak nak pindah rumah baru, tapi kena plan betul2 lah kut. Dah selesa sungguh dengan rumah sekarang ni, cumanya.. itulah rumah dah lama, dah macam-macam jugaklah problem. Kalau rumah kita senang nak baiki, bukan rumah kita ni, bagus pindah je lah. kan? Namapun sewa. itulah function dia. Hehe.
Asal tiba-tiba cerita rumah sewa plak kan? Haha, clear draf gais. Apsal ada draf pasal rumah sewa kat dalam blog ni pun aku taktau. Lol.
#15dayswrittingchallenge
1 comment:
Tak pernah gi rumah ss19 😁
Post a Comment