Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 October 2023

Day 10/15 - Parking

Hari ni aku agak lambat ya, start enjin tadi pun dah 8.02 minit pagi. Mandi dah awal dah hari ni, sebelum Subuh dah mandi (jarang-jarang sekali ya, selalu lepas siap buat bekal baru mandi) semua gara-gara tiktok. Skrol macam tak ada esok. Sedar-sedar dah 6.15. Solat subuh dan baru nak mula mengemas, membasuh pinggan, simpan sayur, angkat kain, siapkan makan lunch, siapkan air panas. 

Niat nak iron tudung tadi pun aku kuburkan je, pakai je mana-mana tudung yang dah siap iron. Mana taknye, siap semua bungkus dalam bekas dah jam 7.50 pagi. Wahaha. Tersasar. Bajet sempat siap 7.30.

Sepanjang aku drive tadi, aku dah fikir dah nak cerita apa pagi ni, tapi tu lah. Sampai laptop, buka, lupa. 

Hari ni aku nak cerita pasal parking lah. Bila kerja kat hospital ni, memang kena terima hakikatlah sesungguhnya parking bukanlah perkara yang mudah ya. Tapi disebabkan hospital ni sebelah universiti, maka ada ruang la kat universiti untuk menumpang parking free. Tak gitu?

Selalu aku akan parking kereta di pinggir hospital, di Bangunan Peperiksaan (BP). Dari situ kena panjat tangga sikit, then jalan lah sampai ke pejabat. Perjalanan ni biasanya dalam 10-15 minit campur tunggu lif. Tapi aku rasa a good walk jugak, antara punca aku rasa pendakian Sri Bintang kali ke-2 tu lebih baik dari sebelumnya.

Nak dijadikan cerita, disebabkan terlewatnya keluar rumah pagi ni, aku sampai kat BP parking penuh. Penuh yang sesungguhnya ya. Memang tak de ruang nak selit2 dah. Jadi mahu tak mahu, aku pun pusing sekali lagi dan parking kat tepi Tasik/ depan DTC. Wahaha, belecak lah gais. Mujur lah masih pagi, matahari belum terik2 amat. Masa aku park tu dah 8.25 pagi. Dalam hati aku, masak lah ni, lambat lah aku masuk (clock in jam 9) Amazingly, aku sampai tadi jam 8.48 pagi tu dah termasuk tunggu lif dah tu. Kira-kira 20 minit gitulah perjalanan nya. 

Fuh, pretty promising ait? macam ok je ni kan nak park situ lagi. A good walk gais! Hehe. 

#15dayswrittingchallenge

xoxo,
UMKL

No comments: