Back to back rasanya dengar ceramah online. Oh btw, since semalam telah tertidur tanpa menyiapkan post baru, maka hari ni akan buat 2 post. (i want to end this challenge as my plan, 23 October.. heeee)
Jumaat (9 - 11 malam) - Qadarullah (ibrah kisah nabi Musa dan Khidir)
Sabtu (9 - 12 tengahari) - Smart single muslimah
Ahad (7.30 - 10.30 pagi) - Breaking Stereotype - Closed Session for Akhawat
Yang Ahad tu terkejut sikit, rupanya ikut time Australia! Masa register ingat 9 pagi, sekali 9 pagi diorang. Lol. A fruitful sessionlah kut. Walaupun aku je lah kut yang tak put a step lagi to be a better me. Eh, ye ke? Dengar ceramah tu pun dah kira step ar kan?
Sesi Sabtu dan Ahad tu sebenarnya adalah sesi untuk perempuan bujang atas 28 tahun. Saja lah aku join, sebab as we know, standard program selalunya akan bias kepada married women. Macam mana nak handle family, handle anak-anak etc. Kadang duduk dalam circle tu jadi macam ko menung je lah dengar, mengharapkan boleh di apply di masa depan (yang tak nampak akan terwujud) So most of the time aku dengar je lah kan. Bila diorang buat program macam ni, rasa macam. Wah! Masih ada sinar. Haha.
Tapi hari ni aku nak share pasal pengisian yang aku dengar pada Jumaat. Aku rasa menarik pula pengisiannya. Walhal dah banyak kali kan dengar dan tadabur surah Al Kahfi ni.
Kisah perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir (terdapat banyak pendapat tentang Khidir ni adalah nabi atau bukan, tapi take it as seorang yang telah Allah turunkan untuk menjadi pembelajaran kepada kita dan kepada Nabi Musa) telah di catatkan dalam Surah Al Kahfi ayat 66 hingga 82.
Nabi Musa nak ikut Nabi Khidir untuk belajar sesuatu. Sebab Nabi Khidir ni ada ilmu laduni. Syaratnya Nabi Musa perlu bersabar dan tak boleh bertanya dengan apa pun tindakan nabi Khidir.
1. Membocorkan perahu orang yang menumpangkan mereka
2. Membunuh anak bocil
3. Membantu membina tembok dimana, orang kampung tu tak beminat pun nak bantu mereka.
Tapi setiap tindakan tu di persoalkan oleh nabi Musa. Maka, perjalanan mereka bersama terhenti sehingga kejadian yang ketiga dan Nabi Khidir menjelaskan apakah hikmah disebalik setiap perbuatan beliau.
1. Perahu tu adalah milik orang-orang miskin, tak lama lagi raja akan datang dan merampas perahu-perahu yang elok. Jadi dengan membocorkan perahu itu, menyelamatkan perahu dari dirampas.
2. Anak kecil tu adalah anak orang soleh, tapi di masa besarnya akan berbuat kejahatan. Maka kematian nya akan menyelamatkan dia dari dosa kejahatan tersebut.
3. Di bawah tembok tu ada harta yang di tanam untuk anak yatim yang bapanya juga adalah orang soleh.
Penceramah mengaitkan dengan isu Palestin. Sikit punya lama diorang berjuang mempertahankan tanah Palestin tapi sampai sekarang tak menang-menang lagi, sedangkan kalau Allah nak, bila-bila masa je boleh Allah hancurkan Israel. Mesti ada qadarullah yang kita belum dapat fahami.
Jadi apa yang boleh kita simpulkan dari tajuk Qadarullah atau takdir Allah ini ialah. Takdir Allah itu misteri, ia bergerak dengan cara yang tak dapat kita fahami. Untuk kes ni, Allah hadirkan nabi Khidir untuk menjelaskan, tetapi dalam keadaan kita sehari-hari benda tu takde. Kita je yang perlu berdamai dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita dalam pada masa yang sama cuba untuk menggali hikmah yang telah Allah susun.
Allahu.
Tajuk Jumaat tu sendiri sebenarnya dah cover sekali dah untuk topik-topik yang di bangkit kan pada Sabtu dan Ahad.
Macam mana kita nak nampak hikmah Allah tu? tidak dapat tidak, kita perlu fokus untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Hanya dekat dengan Dia, kita akan di jernihkan pandangan untuk melihat apa yang terbaik untuk kita yang di hadiahkan oleh-Nya.
MasyaAllah, Alhamdulillah.
Astaghfirullah untuk segala khilaf kita dalam setiap sangkaan kita yang ga jelas selama ini.
#15dayswrittingchallenge
Pen off,
❤ Kg Gajah