Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 October 2023

Day 11/15 - Nikmat sihat

Semalam, baik pulak aku parking jauh, hujan turun selebatnya seawal jam 4 ya. Selalu sebelum ni sempat lah aku naik kereta baru nak lebat. Ini, aku belum clock out dah lebat. Sob2. Nak kena meranduk hujanlah nampaknya ni. Bila duk meredah hujan dengan air yang bertakung di sana sini ni baru lah depat merasai perasaan officemate yang comute kerja dengan public transport. Allahu. 

Walhal dulu, kita pun pernah dan biasa je keadaan begitu. Cumanya bila lama dah tak melaluinya jadi terlupa, jadi tak berapa nak cakna dengan kesusahan orang. Ni dah menghadap kembali barulah teringat, barulah merasa lagi. 

Ikutkan plan asal dengan Tokie, hari ni nak melawat Amar di hospital. Post-operation removing gall blader. Dari Isnin bawa ke Selasa bawa ke Rabu. Begitu dia punya penundaan sikit demi sikit tertunda tunda begitu. Sebelum balik tadi Tokie masih di Perak, ada interview di sana. Aku rasa, kalau kali ni pun Tokie tak boleh, aku kena pergi solo jugak ni. Macam teruk beno rasa, jiran tak berziarah. Lepas text Nina, dia maklumkan, dia akan ada kt hospital paling awal 5.30 petang. Maka aku pun balik dulu lah, dah basah lencun kan.

Sampai rumah, bincang lagi dengan Tokie, eh boleh join by lepas Maghrib. Maka, kami pun ke Hospital Columbia untuk melawat Amar, Nina, Dhuha.

Rupanya Amar dah ada simptom sejak berbulan lepas. Tanda dia macam bloated. Dari sesekali sehingga hujung2 nya. 2 kali sehari dia bloated. Decide untuk buat ultra sound dan akhirnya admitted untuk gallstone removal. Tapi bila tengok rupanya gall bladder pun dah rosak, thus gallblader pun remove jugak. 

Semalam pergi dah hari ke-3 post operation. Tiub untuk kamera pun dah dikeluarkan. Tengok Amar pun dah lively. Nampak macam Amar di hari hari normal. Bawa plak Tokie semalam, masih rancak bincang pasal Gema Pusat. Semoga terus sihat lah Amar dan keluarga. 


Bila dah 30 an ni memang isu-isu kesihatan ni dekat betul dengan kita. Kalau tak kawan-kawan kita atau kita sendiri, mak ayah kita. Ada ramai juga sebenarnya kawan-kawan kita ni mengalami sakit atau mak ayah sakit tapi kita je tak tau. Biasalah, bila cerita sedih ni tak ramai yang berani untuk open up. 

Walau kat mana pun kawan-kawan sekarang, dan apa juga keadaan korang dan keluarga, aku doakan korang sentiasa dalam lindungan Allah. Dikuatkan, dicukupkan, disihatkan, dilapangkan rezeki dan fikiran walau kusut macam mana pun.

I can be your ear kalau perlu. your shoulder to cry on perhaps. we can chat, we can spill over coffee sometimes? Life isnt just about rainbow and butterfly, there is thunderstorm too.

Untuk yang belum diuji dengan kesihatan, perbanyakkan syukur dan pembaikan iman. (Allahu sama sama lah ek, rasa tengah jauh gak ni) 

Alhamdulillah. Alhamdulillah ni bukan je sebab hari ni ada kawan belanja kita, atau boss inform tahun ni ada bonus. Tapi untuk setiap hari yang kita tiada rasa apa-apa. Yang kita tak tahu, sebenarnya berapa banyak kemalangan dan kesakitan yang Allah dah halang dari sampai kepada kita. Allahuakbar.


Jangan lupa doakan saudara kita di Palestin ya teman-teman, yang saban hari mengira waktu menunggu syahid. Menjadi versi iman yang lebih baik setiap hari juga adalah salah satu perjuangan kita untuk membantu Palestin. 

Selamat berpuasa juga untuk yang berpuasa sunat Khamis.

#15dayswrittingchallenge

Lunch break,
UMKL

No comments: