Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 October 2023

Day 12/15 - Parasarah

Masa aku kecik dulu, bila balik kampung belah mak. Maka akan berkumpullah ramai-ramai dengan saudara mara. Yang jauh masa tu adalah keluarga mak dan keluarga paklang. Kalau dua ni balik, kitorang sepupu berkumpul (biasanya time cuti sekolah lah) lagi panjanglah akal dan langkahnya bermain. Kadang-kadang tengahari rembang pun tak pandai nak balik. 

Jadi masa tu, Ucu selaku maksu termuda dalam keluarga memainkan peranan untuk mengawal jarak kami dari rumah. Kami berkumpul di suatu tengahari mendengar cerita-cerita dari ucu. Antara cerita yang aku ingat masa tu adalah 'Hantu Kopek'. Hantu ni akan merayau rayau di waktu matahari rembang dan menculik budak yang masih bermain di luar waktu tengahari. Aku tak tau lah cerita ni betul ke atau sekadar nak mengekang aktiviti kami di tengahari.

Itulah kejadian ketika aku di sekolah rendah. Lepas masuk sekolah menengah dah tak de dah sesi cerita hantu ni, mungkin sebab time tu ucu pun dah kahwin, dan aku pun dah remaja, dah pandai segan kat abang2 saudara (kekok lak jadi lepas masuk skola perempuan). Dan ofkoslah, dah remaja kut takkan nak main sorok2 lagi kan. 

Bila dah besar2 ni, kadang kumpul ngan anak2 sepupu tak tau nak sembang apa, maka aku pun repeat je lah role ucu dulu. >.< Dari situlah tercetusnya #parasarah 

Sejak first session dulu, menagih depa ni nak citer hantu. HAHA. Aku pun dah habis story dah nak cerita kat diorang. 


2015
Sekarang yang paling kecik tu dah form 1, yang paling besar lak baru dapat result SPM. Dah 8 tahun rupanya. Laju betui ya.

2023

#15dayswrittingchallenge

Good nite,
❤ Kg Gajah 

No comments: