Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

14 June 2024

Senja, kadang kala.

Masa tu ada rombongan bawa budak2 PPR Lembah Subang keluar. Jadi destinasi yang diorang bawa ni dekat je sebenarnya dengan PPR tu. Aku sebagai pengiring tak amik port sangat pemilihan tempat. Yang aku tau, aku kena teman je lah kan bawa anak2 ni. 

Tempat ni tak jauh sangat dari PPR Lembah Subang, dia macam convention centre gitu. Pastu ada 1 event yang di hadiri oleh ramai lah budak2 dari pelbagai kawasan. Aku taktau apa yang kalut sangat, aku jadi yang terakhir masuk. Aku ingat kena register, semangat aku beratur belakang abang polis ni. Alih2 sampai dekat kakak kaunter, dia cakap takyah pendaftaran pun, masuk terus. 

"Pintu nak masuk yang mana ya?"
"Akak masuk je tepi ni, betul2 sebelah ni pintunya. Tapi kalau akak masuk pintu yang lagi satu, view dia lagi cantik kak" kata adik kaunter
"Seriuslah? Oklah, nak ikut pintu tu"
"Nanti kalau dah tengok, tolong2lah viralkan tempat ni. Tempat ni baru lagi" - kata sorang acik lagi yang turut berada di kaunter
"Boleh.." Dalam hati aku dah bersemangat, nanti weekend nak ajak kak Nora datang sini Kalau betul-betul cantik, why not kan?

Aku baru je nak melangkah keluar bila menyedari adik kaunter tu pun mengikuti aku. Sambil lead the way. Wah, baiknya adik ni.

Betul-betul keluar je dari bilik kaunter tu, adalah pintu masuk ke dewan. Besar nampak nya dewan tu, bertingkat-tingkat, persis auditorium kalau zaman universiti dulu. Adik tu meneruskan langkah ke bahagian sisi dewan tu. Aku membontoti. Melewati bucu luar dewan, aku nampak dah pintu sisi dewan. Tapi, tergamam seketika dek kerana view langit yang beransur senja di sebelah kanan aku. Subhanallah.


Aku tolong lukis kasi korang paham sikit

Adik tu tak berhenti disitu, dia meneruskan langkah ke bangunan sebelah yang masih dalam pembinaan dan menaiki tangga di situ. Aku macam biasa terus menuruti langkah adik tu. Sampai ke atas bangunan tu, memang lagi masyaAllah ya lukisan langit senja yang terbentang. Allahuakbar. Cantiknya! Warna langit masa tu purple pinkish macam tu. Memang ngamlah.

Dia lebih kurang view macam ni, cuma langit dia tu purple2 pink gitu

"Eh kakak tu baru buka pintu" suatu suara menyapa kuping telinga.

Baru aku perasan selain kami ada lagi beberapa budak perempuan yang lain. Kalau dari gaya diorang ni, aku rasa budak universiti. Mungkin dalam awal 20an. Umur yang memang tak takut apa-apa. Umur yang kalau boleh aku nak menakluk dunia. Diorang panjat menara kat sebelah bangunan yang kitorang naik. Kira nya illegal lah diorang naik tu. 

"Kalau tau tadi baik kita ikut je kakak tu" ujar satu lagi kawan diorang.

"Yang kat atas tu turun sekarang!" kedengaran suara abang guard minta budak2 ni turun. Aku pun ngeri tengok kedudukan diorang ni. Memang berani lain macam dorang ni. Demi apa? takkan demi bergambar kut.



Lebih kurang beginilah kedudukan budak2 atas menara tu.

Aku yang tadi baru nak enjoy view jadi tak syok lak. Seram tengok diorang ni. Lepas kena jerkah dengan abang guard tu, masing-masing kalutlah nak turun. Punya kalut panik2 tu, tiba2 budak yang atas menara no.2 tu, senget. Menara dia nak runtuh gais! Allahu! Takkan aku terpaksa menyaksikan kejadian ngeri ini. Tuhan tolong!.

Tak kukuh gila menara tu boleh tumbang macam tu je. Tapi ye la.. nama pun masih dalam construction kan. Tak sampai disitu je, menara tu tumbang ke arah menara no.1, menara no.1 pun tumbang! Dah kedua dua menara menyentuh bangunan yang kitorang tengah berdiri ni.

Kejadahnya, bangunan kitorang pun tumbang! Allahuakbar. (Bila difikir balik, logik la kan menara tumbang sebab dia halus, dah bangunan aku ni petak, pasak besar, asal boleh tumbang jugak eh? kontraktor tak berdaftar ke cemana ni)

Dalam hati aku time tu memang mengucap panjanglah, sambil berfikir dalam hati "Macam ni ke pengakhiran hidup aku?" Allahu. Aku pun tercampak sama, mengikut pukulan bangunan itu terhumban.

Sebelum sampai ke tanah, mataku terbuka. Astaghfirullahalazim. Jam di tangan 1.45 minit tengahari. Aku tertidur dari jam 12.30 tengahari. Sejam tidur pun mimpi sungguh real. Bingung aku sekejap tadi memikirkan mimpi yang sangat realistik itu. 


Pagi tadi aku ada dengar podcast kat spotify, Ustad tu cerita tentang keindahan dunia ni sementara, tak kekal dan nilaiannya terlalu rendah dibandingkan keindahan di akhirat kelak. Berkali-kali ustad mengingatkan untuk kita berhenti mencari keindahan di dunia. Jangan terlalu terikat dengan kenikmatan yang sementara. Adakah mimpi ini sambungan dari podcast yang aku dengar? Menginsafkan.

Sama-samalah kita mencari pelajaran dan pengajaran dari kisah ringkas mimpi tengahari aku ni. 

Allahuakbar. MasyaAllah. Subhanallah. Astaghfirullah.
Innalillah.

Sekian, pen-off

3.28 petang,
Seksyen 19, Petaling Jaya.

17 May 2024

Pretty fast


Times fly by pretty fast.

Macam baru semalam je bersemangat nak menakluk dunia. Eh malah dah layu dah hari ni. Rupa-rupanya semalam yang disangka da 15 tahun berlalu. Zaman-zaman habis universiti. Zaman yang rasa everything kita boleh control, kita boleh usahakan. Kederat ada time tu. Duit takde, kita cari. Kederat yang sikit di push ke sana kemari. Selagi boleh push, kita push. pagi program lain, tengahari program lain, malam sambung tempat lain.

Allahu. those days...

Tangan pun dah berkedut haaa..

Sekejap je semuanya. Pejam celik satgi dah 40 tahun. banyak amal yang dulu di tangguh-tangguh dengan alasan busy tu.. sampai kesudah ke ditangguh? 

Kalau tidak bermula hari ni.. sedar-sedarlah kawan, esok lusa je sebenarnya mati itu.

Sekian, tazkirah seminit.

17.5.2024, jam 11.15 pagi
Kg Gajah, Perak.

08 May 2024

Mindset.

Semalam aku ada dengar 2 video bagaimana nak change kita punya view tentang hidup (terutamanya untuk yang jenis2 tak bersemangat nak pergi kerja @ nak mulakan hari) 

Video 1: Dia bagi satu simulasi untuk kita hipnotiskan otak kita sendiri, kira macam kita trigger atau kita luruskan minda kita untuk berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Sebelum tidur baca 
'Esok adalah hari yang baru dan Allah akan beri keajaiban pada aku' (ulang 3x) 
Bangun tidur nanti set lagi sekali 
'Tuhan, aku tak sabar dengan keajaiban apa yang akan Kau berikan pada aku hari ni'

Video 2: Peringatan dari PU Amin untuk mengamalkan doa 
'Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair' Ya Allah permudahkan urusanku, jangan kau susahkan. Engkaulah yang Maha menyempurnakan segala kebaikan'

Kedua-dua video ni tentang mindset. Tentang sangkaan. Macam mana kita nak turn kita punya prasangka negatif atau langsung tiada expectation, kepada sankaan yang positif. Kita, apa yang kita fikirkan. 

Tapi semalam sebelum tidur tak sempat pun nak mindset tu. Biasalah, main game sampai jam 1. Habis game terus gone. Gituh. Pagi ni pun kalut-kalut tak dan pun nak buat semua tu.

Pagi ni dah lewat jugalah, nak kena drop Jiha dulu kat LRT Kerinchi, then masuk balik UM ikut pintu KL. Masa nak sampai ke pintu KL tu nampak dah jem kat jalan hala Fakulti Perubatan. Allahu! Naya pak karim. Masa tu baru teringat nak mindset! haha!

Lepas hantar Jiha, tengok trafik nak masuk UM dah panjang gila. Ah takleh jadi, aku himpit kiri ikut federal masuk pulak UM ikut pintu PJ. Parkinglah aku kat DTC. Jam dah 7.50 pagi. Fikir-fikir oklah ni, kalau jalan ke PPUM, sampai dalam jam 8.10 gitu kut. 

Sampai kat lif tingkat 2, orang dah ramai. Dah bising juga lif tak stop ambil. Tengok jam 8.05 dah. Takleh tunggu ni. Naik tangga. 12 tingkat mat. Allahu! Sampailah tadi jam 8.13 pagi. Tapi takleh cakap apa dah. Sampai-sampai terus duduk amik nafas. Lepas sejam baru boleh bertenang dan bercakap. LOL.

So apa keajaiban hari ini?
1. Free exercise. Tanpa sengaja terbersenam. Duk selama ni bertangguh tangguh nak brisk walk, nak hiking. Ha amik la dua-dua terus Allah bagi.
2. Parking tempat biasa tu tutup sebab ada jamuan raya peringkat UM hari ni. Tak salah lagi parking kat DTC.
3. Dari petang semalam duk rasa macam nak demam tak demam. Dah di bagi bersenam hari ni, hilang dah pelbagai perasaan.

Looking forward for more miracle today and forever😍  
Alhamdulillah.

03 May 2024

Rokiah eksiden

Mengantuk betul pagi ni, terpaksalah menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Hari ni sarapan awal betul. Sebelum 6.30 pagi dah sarapan. Menghabiskan lauk 'sederhana' semalam. Mungkin dia punya glucose tengah kick ke ni ek? tapi dah 3 jam lebih dari masa terakhir makan. HAHA.

Aku bersiaran dari Perodua Sentral PJ ni ha, teman si vijay pi buat check-up berkala. Vijay pun konsisten pergi check up, aku? tak tau lah bila. 

Jomlah aku ceritakan pengalaman Rokiah eksiden semalam. Ingat tak siapa Rokiah ni korang? Ha, dah ingat kan? Ok cerita dia macam ni.

Iklan: Sambil rancak aku menaip ni, datang abang perodua bagitau nak kena tukar brake pad. harga dia RM 300. Potong betul. Untuk mengelakkan pengaliran wang keluar yang bak air terjun sejak raya maka aku turn down la offer abang tu dulu. 

Semalam ada lunch dengan Nasyrah dan Awanis sempena semalam Nasyrah first day join company. Jadi Awanis bawa makan di Restoran Nasi Padang Sederhana dekat area office jugak. Aku dengan bersemangatnya ambil lauk ikan goreng belado. Ikan tu aku tak sure jugak ikan apa. Garume kut. Mula-mula ingatkan Nila. tapi bila makan2 balik takda rasa macam Nila. (tak abis ikannya, so aku tapau balik)

Lepas lunch aku pun baliklah rumah kan macam biasa. Sambil dengar live kak Liza kat tiktok, satu laptop tunggu job dari office sambil duk send out emel untuk meeting minggu depan. Masa tu jam dah sekitar 5 lebih ada, aku pun dah siap solat Asar. Tiba-tiba dapat call dari Kak Siti.

"Weyh akak eksiden"

Maka dari situlah cerita pun bermula. Kak Siti ajak teman dia buat report kat balai. Orang tu cakap dia nak buat report. Selaku pelanggar dalam kes ni, kak Siti pun akur. Walaupun 2 group sokongan dia campur 1 group sokongan aku semua tak bersetuju kes langgar tu sampai nak bawa report ke balai. Jap aku share gambar. Korang nilai lah sendiri. 

Camni je korang, pastu sensor dia terkeluar sikit

Waktu kejadian hujan tengah lebat, trafik jem. Memang takde maknalah nak speed. Katanya mula-mula brader yang dia langgar tu agree nak setel luar. Tapi tak lama lepas tu dia call cakap nak pegi balai pulak, isteri dia suruh buat report. 

Antara komen yang paling tiberr 😆

Maka, kena lah kak Siti bayar saman RM300. Tapi polis tu cakap, ada 3 bulan sebelum kes ni boleh naik ke mahkamah, jadi ada masa lagi nak kumpul duit. Habis setel dengan balai lebih kurang 9 lebih. Kak siti yang kelaparan pun ajak la gi kedai makan. 

Jadi dari cerita ini, kalau anda yang di langgar. Dan anda duduk di posisi abang tu. Apa yang anda akan lakukan? Setel luar atau tetap dengan kes polis supaya anda boleh claim insurans? Tinggalkan pandangna anda di ruangan komen. 

11.02 pagi,
Perodua Sentral Petaling Jaya.

30 April 2024

Kes Saman AES - mahkamah

29 April 2024

Jam 6.30 pagi aku bertolak ke destinasi yang telah lama aku bayangkan tentang hari ini. Ya, Mahkamah Slim River. Kes saman AES yang tak berbayar. Ha ambik kau sampai kena kes mahkamah. Dah pernah kes polis (eksiden) dah pernah kes mahkamah (saman AES), Memang tak clean dah lah aku punya rekod. Wkwkwk.

Kira-kira jam 7.50 pagi sampai lah aku ke mahkamah. Sebenarnya macam mana kes ni boleh terjadi adalah, kerana aku tak perasan pun tentang saman ni. Kalau ikut aku rajin jugak semak saman dekat MYEG tapi memang tak pernah notis pun pasal saman ni. Saman ni dia hantar ke rumah. (Of course rumah ayah di kampung) So akibat itulah aku terlepas pandang. 

Kisahnya. aku berjaya membayar saman yang sepatutnya di sebut pada pagi ni. Tapi aku masih curious sebab ada 1 lagi saman yang (pun) dah naik mahkamah tapi aku tak tahu menahu langsung, maka dah terlepaslah tarikh sebutan di mahkamah.


"Oh, kes ni dah lepas ni. Patut tak payah datang hari ni."
"Jadi kes saya yang ni macam mana?"
"Puan pergi ke JPJ KKB bayar saman ni kat sana"
"Boleh setel hari ni ke?" 
"Boleh. Terus pergi dan buat bayaran di sana"

Begitulah serba sedikit perbualan aku dengan pakcik polis depan mahkamah tu. Dia tolong semak saman semua orang dan advise untuk buat bayaran terus ke JPJ atau nak masuk sebutan. Ramai pilih untuk masuk sebab nak buat rayuan. 

Dari Slim River aku meneruskan perjalanan. Tapi perut dah lapar ni, maka singgah sat di Tanjung Malim untuk menikmati nasi lemak ayam dan segelas kopi panas. Hehe. Dah tak kena masuk mahkamah kan, kita tenang sikit, terus rasa lapar muncul. 

Nasi lemak dan kopi - RM8.00

Dari Tg Malim, aku menyusur jalan lama menuju ke Kuala Kubu Bharu. Masih pekat kawasan hutan di Hulu Selangor ni. Sekali imbas, mengimbau kenangan perjalanan dari Miri menuju ke Niah. Dipenuhi hutan kiri dan kanan. Sesekali juga kenangan2 di pergunungan datang mengetuk rindu. Allahu, berat rasanya.


Sekitar jam 9.30 pagi sampailah di JPJ KKB. Orang dia ramai lah juga tapi tak seramai di bandaraya seperti Petaling Jaya. Dan amazingly untuk kes saman ada 2 kes je. Tak salah cadangan pakcik polis minta ke JPJ KKB.

"Puan kena call nombor ni (JPJ Tapah) bagitau nak bayar saman. Nanti dia minta nombor plat kereta. Dalam 2-5 minit lepas tu datang sini balik untuk buat bayaran"

Tunggu 2 minit lepas call JPJ Tapah

Lancar. Aku call JPJ Tapah. dia angkat terus enable kes aku untuk proses pembayaran. 

Setel. 

Sambil menunggu di JPJ tu, dapat job kerja. Terus aku fikir, nak pi singgah kedai kopi satlah. Senang nak buka laptop (walhal ada je kerusi meja luar JPJ tu kalau nak terus buat kan. huhu)

Terpaling mantap, dari KKB aku lajak sikit ke Batangkali (sekitar 14 minit perjalanan), singgah Bask Bear kat sana untuk setup dan hantar calendar invitation meeting esoknya.

Baskbear Batangkali (Sandwich set RM9.90)

Dalam jam 11 pagi macam tu elok aku nak bergerak pulang, dapat call dari Aimi, rumah dia blackout in the middle of dia tengah work from home. Maka dia nak tumpang rumah. Shared office lah kami untuk 1 hari. Hehe

"Kite kat Batangkali ni, tapi by 12 akan sampai kalau ikut. Hang datang lah lepas jam 12"

Begitulah kisah tentang pembayaran saman AES aku semalam dan sedikit perjalanan solo yang agak fun. Me time yang agak costly (saman RM300 ya). ahaks! 

Till then..