Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 October 2012

Pejabat.






keadaan di pejabat sehari selepas cuti.. zombie-zombie je yang datang kerja hari ni. eheh~

Looking forward for a better tomorrow then!

25 October 2012

25/10 and Happy Eid Adha

Pada tahun ini 25 oktober jatuh pada hari wuquf di Arafah. Jadi feel semangat haji tu tiba2 menjelma dalam diri sendiri. Kita tak dapat pergi jadi celebrate dengan berpuasa sajalah kan ;) dan doa banyak2 hari ni supaya tahun depan Allah pilih kita pulak ^____^

satu tradisi (yang klik cipta sendiri rasanya) di ofis ni adalah, birthday girl/boy kena belanja lunch. Sebenarnya memang da berniat, tapi baru perasan jatuh pada hari Arafah tahun ni. Semalam da explain to them. Alhamdulillah memahami ;)

Ada satu vocab yang aku belajar masa AFP hari tu, iaitu delighted.

Dan hari ni terasa sangat delighted. Pagi-pagi seawal Subuh dapat sms wish birthday dari mak. bukak FB, adik beradik dan rakan terdekat semua da post wish. Sampai kat ofis seorang demi seorang wish, siap versi bahasa jepun dan korea. Oh xda seorang yang wish dalam cinese. he he. Rakan-rakan di tingkat bawah pun intercom untuk wish. (Kak Rozie pun siap nyanyi2 lagi, terbaik!) Ok, terharu.

Tapi hari ni sangat mengantuk. maybe lama sangat tak puasa.. so letih dia tu lain macam sikit lah. Bayangkan lah kan macam mana orang kat Baitullah sana.. mesti lagi super-duper letih. Letih sikit sikit ni apa lah sangat kan.

Oklah, sebagai penutup aku doakan semoga kalian semua yang sedang membaca ni mendapat redha Allah dalam kehidupan kita didunia ni. Makin bertambah umur ni, makin rasa dekat pulak dengan kematian.


Astaghfirullahalazim. Semoga berkat Hari raya AidilAdha tahun ni, dapatlah kita sama-sama mendefinasikan erti pengorbanan dalam hidup kita. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan terus mengasihani dan membantu kita untuk berubah.

sekian,
Jln Klang Lama, PJ.

23 October 2012

An-Nahar

Pernahkah anda mendengar atau alert tentang sebuah surah di dalam Al-Quran bernama An-Nahar? mesti tak pernah kan? kalau ada yang pernah pun mesti segelintir sahaja..

Assalamualaikum,

ok.. mari saya kongsikan tazkirah yang didengar semalam.

Surah An-Nahar ni adalah bersamaan dengan surah paling pendek dalam Al-Quran, atau pun nama rasminya Surah Al-Kautsar. Bersempena korban ni, mari kita lihat ayat ke-2 dari 3 ayat surah Al-Kautsar,

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah Qurban"
Mengenai ayat ini, para imam Mazhab berbeza pandangan mengenai hukum melaksanakan Qurban.

Maliki - Imam Qurtubi yang bermazhab Maliki berpendapat ayat dirikanlah solat diatas merujuk kepada solat fardhu, maka solat fardhu hukumnya wajib dilaksanakan, dan disebabkan Qurban diletakkan sebaris dengan perintah perlaksanaan solat fardhu, maka hukum qurban jatuh wajib bagi yang mampu.

Shafi'e - Berbeza dengan imam Qurtubi, imam shafie berpendapat, solat dalam ayat ini merujuk kepada solat sunat. Ini kerana ayat ini telah turun pada 2 tempat iaitu, sebelum hijrah dan selepas hijrah. Dan memandangkan Al-Kausar turun selepas hijrah (ayat madaniyah) maka perintah solat disitu merujuk kepada solat sunat aidiladha yang sangat dituntut. Maka, qurban pun jatuh hukumnya sunat muakad.

Hanbali - Manakala imam Ahmad b Muhammad b Hanbali mengatakan solat di dalam ayat merujuk kepada solat subuh.

Antara persoalan yang bermain di minda.

Boleh tak nak bagi daging qurban pada non-muslim?
Jawapannya, tak boleh kerana ia bersangkutan dengan ibadah. Jika ikut pandangan imam shafie, kalau lah terberi secara tak sengaja daging kurban yang dah dilapah kepada non-muslim sebab tak tau tu rumah non-muslim. Maka, kena pergi beli daging baru dengan kemudian bagi kepada fakir miskin lain dengan niat sedekah.

Boleh tak kita share duit beli 1 bahagian daging. Sebab patut kan lembu 7 bahagian, tak ke jatuhnya da 8 bahagian pulak?
Jawapannya boleh, sebab nabi juga pernah kurbankan 1 ekor kambing sahaja kemudian diniatkan kurban itu untuknya dan seluruh ahli keluarga. Yang penting niat kita untuk berkorban tu.

Macam mana pulak dengan qurban luar negara. Kita tak nampak qurban kita tu disembelih.
Ini tiada masalah, sebab pada satu tahun Rasulullah tak buat haji. Maka baginda mewakilkan seorang sahabat untuk buat qurban baginda.

Orang yang mampu berqurban tapi tidak berqurban, hukumnya makruh. Sabda Nabi SAW:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

“Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berqurban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat shalat kami.” 
(HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Al Hakim, dari Abu Hurairah RA. Menurut Imam Al Hakim, hadits ini shahih. Lihat Subulus Salam IV/91)

Nota kaki: Silalah melaksanakan qurban bagi yang mampu, kerana Rasulullah ketika hayatnya tak pernah tak buat qurban. Compare to Him, agak-agak kita ni mampu dak eh?

Sumber: Kuliah Maghrib, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer

* Disebabkan datang melenggang, maka ini sahajalah yang dapat dikongsikan. lately, ingatan sangat terhad.

22 October 2012

Seminar Fesbuk Power

Bismilahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Sejak dari Jumaat lepas sehinggalah semalam iaitu hari Ahad, aku telah mengahadirkan diri ke program Advanced Fesbuk Power. (apa-apa je lah program yang aku pergi ni kan.. hakhak) Program dia, oklah. hehe. cakap ok macam tak ok je kan? kehkeh. Banyak info baru yang diterima untuk optimize-kan penggunaan FB dalam bidang perniagaan. Ada diantaranya, kita/aku dah tau pon cuma tak begitu aware tentangnya.. atau orang selalu cakap take-for-granted.. Tak kata semualah kan sebab tak semua gunakan FB untuk meniaga kan?

Berikut aku kongsikan beberapa ilmu tentang FB Fanpage ni.

1. Bila kita mula meniaga dalam FB, jangan sekali-sekali hard-sellingHard-selling ni maksudnya, kita nampak macam push orang untuk beli produk kita. contoh biasa dalam FB, kita tag orang dalam gambar produk kita. Orang boleh menyampah dan automatik dislike page kita. Kalau dislike je ok dah, buatnye die report FB cakap page kita offensive. ahahaha~ habislah..

2. Keep update FB fanpage korang dan share di FB profile so orang akan notice, eh page apa lak ni? tengok jap. Kalau dorang tengok best dorang pun like. Kalau korang nak paksa dorang like pun boleh jugak, tapi pastikan kawan-kawan yang kita kenallah. Paksa yang baru semalam kenal, silap hari bulan korang pun dia unfriend nanti

3. Built engagement. Bina relation yang kuat dengan fan korang. Jangan setiap kali update fanpage tu korang cerita pasal produk, sapa tak bosan kan? Update la dengan status/imej/video yang lucu atau menarik  minat orang nak baca. Sebab biasanya orang akan beli dengan kita bukan sebab barang/harga sangat, tapi sebab relation kita dengan dia. Tak gitu? Kalau produk korang memang tiptop lagi bagus, tak semena-mena orang akan dengan baik hati akan tolong share kan pasal fanpage/barang anda. Seronoknya!!

Aku share kan 3 je lah, nak lebih-lebih korang pergi lah sendiri eh. haha! takpun meh datang jumpa aku, kita open table. :) (Sebenarnya, aku pun malas nak taip panjang-panjang ni)

Tapi yang aku nak highlight kan.. korang punya revenue nanti, tinggi mana pun jangan lupa zakat dan sedekah k! Dunia nan sebentar ni, mudah sangat dunia nak beraja dalam hati kita. Jadi hati-hati menjaga hati. Selamat menjadi seperti Usman b Affan dan Abd Rahman b Auf. Menang dalam harta, menang dalam iman.

Good luck!

Satu yang aku paling pelik dari aku kecik aku banyak kali di sogokkan dengan program-program berunsurkan keusahawanan ni, tapi sampai sekarang pun tak start meniaga lagi.. :(

* untuk sahabat yang bergiat dalam dakwah, anda juga peniaga dan produk anda pastilah dakwah itu sendiri. jom fikirkan, macam mana nak jadikan produk dakwah ni lebih orang nak dari produk-produk di pasaran semasa. ;)

** Don't play-play with Facebook wo!. Sekarang dah rasa FB semakin bahaya. Insecure!

07 October 2012

Seminar Baitul Muslim

Alhamdulillah, perancangan yang telah di buat sejak sekian lama akhirnya telah pun terlaksana. Eheh, macam besar dan hebat sangat je perancangan, walhal merancang nak pergi program je kan..

Tapi, bukan nak cakap apalah kan.. tak dapat dinafikan bila kita nak buat benda-benda baik ni memang kita akan diuji. Antara contohnya, last minit mulalah ada perasaan-perasaan yang macam, aku tak sihatlah, xdapat pergi. Atau, banyak kerjalah xdapat lah. Tapi syukur sebab One Heart Solution buat program ni berbayar, atleast adalah jugak penguat untuk datang kan.. (Sila ikhlaskan hati datang program ye kawan-kawan)

Pagi-pagi lagi surely kita akan berperang dengan perasaan malas. Dah seminggu kerja keras dan sakit kepala melayan kerenah bos dan client. Haruslah selaku manusia normal biasanya kita akan rasa, hei! aku perlu waktu break, aku nak tidur dan rest sepanjang hari!! Dan, alhamdulillah dapat jugak melawan perasaan tersebut. terima kasih untuk Awanis sebab datang awal pagi dan melenyapkan terus syaitan-syaitan yang dari tadi duk cucuk supaya rilek2. hehe.

Maka, dapatlah hari ni aku habiskan program BM ni dari 9 pagi - 10.30 malam. Meskipun termasuk kali ni dah berkali-kali aku menghadiri program BM. Tapi aku rasa setiap satunya ada ruh yang berbeza. Almaklumlah, penceramah pun bertukar ganti kan. Tentulah sharing pun lain. Tapi InsyaAllah misi akhir dan objektif nya tetap sama, supaya para peserta yang nak berkahwin, jelas dengan niat sebenarnya mengapa nak kahwin.

Yang aku nampak, pasca-program Awanis nampak berkobar-kobar untuk mula melipatgandakan usaha dan strategi. Mula fokus untuk set time frame (?) :) hehe.. Wahai readers Bioinfo yang membaca sila doakan beliau semoga dipermudahkan jalan ^___^ ehem2 jangan lupa dengan the rest of us yang belum bernikah jemput sisipkan nama kami-kami skali dlm doa (termasuk penulis k!tq.)

Disebabkan risau penangguhan penulisan entri ini sehingga hari esok akan menghilangkan separuh dari ruhnya, maka aku tulis kan hari ni jugak. Point form je lah kan.. Sila bersedia kerana point akan menjadi panjang (saya ada masalah merumus masa sekolah menengah, so rumusan pun tetap akan panjang)

Slot 1: Pengurusan Hati (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

1. Semua manusia itu tidur, dan hanya terjaga bila mati - Saidina Ali
2. Jika lelaki melihat perempuan sebagai sekadar simbol sex, maka samalah mereka dengan binatang - AlFarabi
3. Manfaatkan persamaan dan uruskanlah perbezaan
4. Setiap anggota kita dijadikan berpasangan kecuali hati, kenapa? sebab pasangan kepada hati kita terletak pada pasangan kita.
5. Jgn cari kebahagian dalam rumah tangga tetapi bawalah kebahagiaan itu kedalam rumah tangga
6. Hati manusia ni Allah yang pegang, jadi kalau nak seal kan antara dua hati perlulah baik hubungan dengan Allah, maka dia jugalah yang akan seal hati kita dengan pasangan
7. The first step of love is to hear
8. Kita jadi jahat bukan sebab kebetulan tapi dek kejahatan yang berulang-ulang.
9. When you judge people you have no time to love them.
10. Setiap orang ada self talk tersendiri, dan jika 90% self talk nya adalah negative (cth aku tak boleh buat, ni mesti tak boleh siap hari ni.. etc) maka dia adalah manusia yang mempunyai self-esteem yang rendah. Dan lama-kelamaan akan menjadi toxic people yang suka menghasut orang untuk menjadi sepertinya juga
11. Cintailah Allah dan Rasul sebelum mencintai pasangan.
12. Lama kelamaan orang yang baik akan kelihatan cantik bukan kerana dia berubah menjadi cantik, tapi mata orang yang melihatnya yang telah menukar definasi cantik itu sendiri
13. Muda saat terbaik dekati Allah, dan persiapan kahwin yang terbaik adalah dengan mendekati Allah
14. Bila kita ada Allah, kita ada segalanya. Bila kita hilang Allah, kita hilang segalanya.

wah, satu slot pun dah ambil masa dari tengah malam -> tertidur -> bangun tidur. @_@ tapi rasanya satu slot ni pun memang terbaik dah.. (Tambah slot-slot lain memang lagi terbaik lagi) InsyaAllah semoga perkongsian ni memberi manfaat.

Jika berkelapangan aku usahakan untuk share other slot. Klu tak sempat, atau takda post baru lagi tentang seminar BM ni, tandanya aku nak galakkan kalian pergi sendiri program ni.. ada lagi Feb next year.

Terima kasih sudi baca. ^__^

01 October 2012

Terkenangkan..

Rasa macam nak bercuti, tapi poket kempis kan. So, tepek gambar jelah barang sekeping kan?..

aku dan peta. 

10 September 2012

Jamuan Raya dan pelbagai berita

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni macam cramp sebab banyak sangat event. Pagi-pagi masuk office, baru dapat emel ada meeting jam 2 petang. ok, struggle untuk siapkan sikit kerja yang akhirnya tak siap pun sehingga masa meeting tersebut.
-,-. Kalut-kalut nak siapkan kerja, Joseph ajak take a break, dia nak belanja lunch. Walaupun dalam hati memang sebenarnya taknak pegi dan siapkan kerja, tapi disebabkan beliau telah kawtim dengan boss kami, maka tak kanlah nak sesiakan usaha murni beliau kan? Maka, kami rakan-rakan se-ofis pun pergi lah makan di Nando's.

Rush nak balik, boleh plak terlanggar kereta abang negro ni kat simpang nak keluar dari bangunan Nando's dekat OUG sana tu. Bincang-bincang abg negro cincai kira, lepas lah.. lagi pun tak teruk pun dari pemerhatian aku lah. tapi calar lah kereta audi A4 brother tu kan. Mungkin dia pun tak sampai hati nak marah bila tengok muka Joseph kut?

Sampai ofis, meeting dengan laju sekali, kemudian baru solat zohor. Then naik atas, buat kerja sikit. pukul 5 turun balik. Jamuan raya!! Oh men, ayam tadi pun tak habis hadam lagi nih.

Alhamdulillah, rezeki hari ni :) setahun sekali kan..

Oh tentang beberapa berita.

Walaupun sedikit cemburu, tapi sebenarnya tak patut kan? bahagian kita di dunia ni Allah kasi masing-masing berbeza.

Ada dua kawan dari UM yang dulu sama degree akan berkonvo master pada 2 dan 3 Oktober ni :) Tahniah Aiminaim dan Awanis!! You did it!! dan yang lebih seronok pada 3 Oktober tu Aimi akan terus ke Jepun sambung PHD. Subhanallah! orang kata carilah rezeki dengan bernikah atau belajar :)

Seronoknya!!

Dan satu berita lagi, seorang rakan di ofis akan mendaftar perkahwinannya esok. Buat kecil-kecilan sahaja, tiada makan mewah di hotel bagai seperti kebanyakan rakan sebangsa yang lain.. Meski demikian, tahniah juga saya ucapkan!! Kami rakan-rakan yang lain semua dah berdebar dia nak kahwin, dia masih steady. Katanya banyak kerja tak sempat nak kancong! ahaha~

Wah~ hidup memang penuh cerita. Bila aku nak macam orang lain ni? *ahem*

sekian, wassalam.

09 September 2012

Belajar dari kehidupan

Alhamdulillah, semalam berjaya menggerakkan diri ke Majlis Rumah Terbuka Pejabat YB Haniza Talhah, DUN Taman Medan. Tengok keadaan masyarakat, kut satu hari jadi YB? haha!

Dari kehidupan kita selalu belajar sesuatu kan?

Rumah Terbuka DUN Taman Medan, Malaysia.

Situasi 1
Ada seorang lelaki, bolehlah kita kategorikan sebagai abang/pakcik (mengikut pandangan saya lah), beliau memakan aiskrim sambil tangan sebelah lagi memegang pinggan yang telah dipenuhi hidangan lain. Mungkin beliau sudah kenyang atau mahu bersegera pulang, jadi dia hanya memakan aiskrim nye sahaja dan tidak menghabis kan kon dibawahnya. Lalu kon tersebut dibaling sahaja ke atas jalan.

Saya memandang rakan dan rakan memandang saya. Soalan pelik dan aneh berlangsung diantara kami tanpa suara. Hurm.

Situasi 2
Saya lihat dari kejauhan seorang makcik yang agak tua bersusah payah dengan tongkatnya datang ke rumah terbuka. Lambat-lambat, akhirnya sampai jua. Setelah menyapa dan bersalaman, saya biarkan dia masuk. Tetapi tidak lama kemudian, dia keluar semula. Terkejut saya, jauh2 dia berjalan tapi satu makanan pun tak dijamahnya. Rupa-rupanya dia datang nak ambil sumbangan, tapi tak ada kupon. Bila dengar balik penjelasan pihak penyumbang, makcik tu memang dah selalu sangat dapat sumbangan, jadi kali ini sumbangan hanya untuk yang tak pernah dapat.

Sesuatu yang tak betul saya rasa. tapi hanya perasaan yang disimpan dalam hati.

Di suatu tempat, Syria

Situasi 3
(saya tak ke Syria, saya hanya jumpa ini di Facebook ^___^)
"In Syria, a young five year old girl has been memorizing the Qur'ān at an incredibly fast rate. So, her teacher asked her, 'Why are you memorizing the Qur'ān so quickly?'
The young girl replied, 'Because I don't know when I'm going to be martyred!'"
– [Sh. Nabīl al-`Awadī]
Dari ketiga-tiga situasi ini, silakan anda yang membaca dapatkan pengajaran dari nya.

06 September 2012

Pagi yang celaru

Ada sesuatu yang tidak normal, yang salah dan yang tidak betul. Ia berada di dalam diriku sendiri. Tapi ia  tak sepatutnya begini. :( Kawan-kawan yang baik yang pernah aku kenal satu masa dulu. Ayohla kita kembali saling ingat-mengingatkan. Semakin lama berlayar di lautan dunia ini. entah rasanya makin aneh. Adakah benar dunia telah menjadi kecintaanku? adakah benar ia telah bertahta dihati?

Astaghfirullahal'azim...

"Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?”

Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”"

[Hadith Riwayat Muslim]


02 September 2012

13 tahun

Macam tak percaya dah 13 tahun. Sejak 2000 sehingga tahun ni, dah 13 tahun.. Semalam pergi rumah Aimi, nampak adik dia yang perempuan. Masa aku kenal Aimi tingkatan satu dulu, dia duk kendong adik dia tiap kali family dia datang. La ni da form 1 dah.

Meskipun sebenarnya adik aku sendiri pun dah form one, haruslah anak orang kita lagi notis kan, sebab tak nampak pembesarannya kankan?

Masa dulu kita yang 13 tahun, sekarang dah zaman diorang pula :) Berputaran. tapi tak pernah berpatah balik. Tahan sebak, syahdu. Itu baru tengok adik2. Kalau tengok mak abah kita, wah! lagi sebak. Kita semua semakin berusia.

Selamat Berbahagia menjadi puan kepada Ketua Kumpulan Al-Waqiah, Orentasi 2000. 
Habsah bt Kamaruddin.

dan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada rakan meja 1R, 2000.
Raja Zubaidah bt Raja Sabaraddin.

Aku juga nak ucapkan selamat bernikah dan semoga kalian berbahagia untuk semua undangan perkahwinan yang tak dapat aku penuhi. (Maaf ye sebab badan saya bleh hadir satu tempat saje dlm satu masa, belum belajar ilmu gerak sejurus dari Goku.:P)
Pishu, Junior SERATA
Dalila, SERATA
Kak Hezrin, Senior SERATA
Izyati, pen. praktikum KMPP.
Suhaylah, anak usrah :)
Kak Amal, Ikram PJ
Kak Farhani, Sukarelawan Ikram PJ.
Kak Feza, JIM IPT Selangor

Pintu syurga telah terbentang luas untuk kalian masuki, berusahalah untuk masuk dan kekal didalamnya. Bukan senang nak dapat pahala berpanjangan. :)

24 August 2012

Tim dah kawen.

Alhamdulillah, selamat sudah pernikahan sahabat saya ni, Wan Fatimah bt Wan Zulkifli. kenal dulu ketika berumur 19 tahun, kecil-kecil baru nak kenal dunia. Yang paling ingat, setiap tahun Tim tak pernah lupa nak sms wish birthday (walaupun saya tak pernah ingat birthday beliau. Maafkan saya Tim!)

Kali terakhir berkolaborasi dengan Tim adalah ketika pembentukan Karisma Selangor sekitar setahun yang lalu dan setelah itu, beliau pulang ke kampung halamannya dan saya masih tersadai di PJ, tempat kami berkenalan dulu.

Gambar Ihsan FB adik beliau: Comel sangat pasangan ini!

Selamat Pengantin Baru Tim! Berbahagialah hingga ke syurgaNya. Meski jauh di pandangan mata, saya yakin Allah sentiasa menjaga kamu dengan baik.

19 August 2012

Happy Eid

Assalamualaikum dan selamat pagi..

1 Syawal akhirnya tiba, dan  bulan yang kita tunggu, sayang dan rindu akhirnya pergi jua. tsk.
*pohon kejab-kejab, moga amalan kita sepanjang Ramadhan Allah terima*

Sempena Syawal yang telah tiba, aku memohon maaflah bebanyak kepada kalian semua, jika ada tersalah kata dan bahasa sepanjang berhidup di bumi Allah ni.

Lately, bahasa semakin kusut.

Sekian harap maklum. Haih, apa la nak buat ucapan raya pun tak bersemangat kan? Nanti aku kasi meriah sket lepas family photo sempena raya diambil.

Selamat Hari Raya semua ^_____^. 

ps: duit raya da ready masuk sampul belum?


09 August 2012

Intuition

Gerak hati adalh perkara yang sering kita gunakan bila kita tak dapat menyelesaikan masalah. Kadang-kadang meski ada ilmu sekalipun kita tend untuk gunakan gerak hati sebelum ilmu. Kofkof, agak bahaya disitu..

Bila mengatakan soal gerak hati ni akan ada masalah bila, hati kita ada problem. Mean cam sakit ke atau hati mati.. Kejadian macam ni akan lead kepada kesalahan gerak hati. sebab hati dah rosak, tapi kita still follow. Peh, kalau kereta.. mau eksiden atau tersedai tepi jalan. Dah rosakkan, what to expect? Kan?

Oh ok, masuk ke perenggan seterusnya akan lebih fokus kepada jalan-jalan di Petaling Jaya lebih spesifik menghala ke Petaling Jaya Selatan dan sekitar. Jadi sila sediakan peta di tab bersebelahan. (Ok, over sangat lak)

Pagi ni, aku pergi kerja, macam biasa slow yet steady. Ahha, meskipun demikian sering kali saja membuat pecutan pada separuh masa kedua di Jalan Gasing (selepas lampu isyarat berhampiran La Salle). Baru sahaja aku nak memecut, aku terhenti dek lampu merah tanda brek dari kereta yang sangat banyak. Tanpa berlengah lagi, teruslah aku potong ikut simpang berhampiran restoran Lotus, Jln Anak Gasing. Malang sekali apabila Jalan Templer berhadapan Masjid Jamek Sultan Abd Aziz juga dah mula jam.

Aiyark!

Dengan tabah hati dan berdebar aku teruskan juga perjalanan, lebih slow dari biasa. Sesampai je di Bulatan Templer,

WHATT??!

(keadaan traffic via Waze. Kalau korang ada smartphone sila download this apps, beguna bila sesak. Can chat some more)

paip pecah beb, di Jln Templer menghala Jln Klang Lama. Deng! Haiya, GPS dalam otak aku ni kalau nak recalculate secara on the spot memang problem besar. Antara nak masuk NPE dari Pantai Dalam, atau nak naik Federal Highway, potong sikit LDP masuk ke Kg Lindungan?

Ok, selepas timbang tara ikut gerak hati aku yang kelabu ni.. aku pilih option ke-2. Susur ikut Kg Lindungan sehinggalah sampai ke simpang Jln Klang Lama. Kat situ ada cabang Y. Antara nak terus masuk Jln Klang Lama, atau bleh susur kanan dan ikut jalan dalam berhampiran Desa Mentari sana.

Yeah, masa nilah kemuncak kesedaran aku tentang gerak hati yang kelabu ni.. Aku pilih terus ke Jln Klang Lama, dan disitulah kemuncak jam of the day. hoyeah!!

Apa yang aku nak sampaikan, kalau nak gerak hati bagi pilihan yang tepat silalah cuci hati selalu. Baca Quran dan Solat malam. InsyaAllah berkesan! ^____^

Hari yang menginsafkan.

Ayuh sama-sama membersihkan hati dalam Madrasah Ramadhan yang masih berbaki 10 hari ini.

nota kaki: hari ni masuk ofis jam 9.50, lewat 1 jam 20 minit. T_T

05 August 2012

Ya Ramadhan

An-Naml

62. Bukankah Dia yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabika dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.
63. Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di darat dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah disampingNya ada tuhan (yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka sekutukan.
Ramadhan telah melepasi separuh dari usianya untuk tahun ini. Maka tiba masanya untuk kita menyemak semula check list perubahan yang kita mahukan di awal Ramadhan dahulu. Sejauh mana jahiliyah yang menghitam dan ketat berada dalam hati adakah sudah bisa di tanggalkan? Adakah Allah telah menjadi The ultimate love for us?

Astaghfirullahalazim..
(untuk segala maksiat dan kealpaan yang masih kita lakukan sepanjang Ramadhan ini)

Bismillahirahmanirrahim..
(terus kejapkan langkah, cabaran untuk mengharungi separuh masa kedua ini pasti lebih hebat. Semoga kita tak kalah lagi tahun ini)



04 August 2012

Bahasa Subuh yang indah.


Saban tahun aku menekuni,
dan melingkari pelbagai ragam manusia yang punya hati berbeza-beza.
antara bilah-bilah tersebut,
manakah yang bisa ku semai cinta?
meski seharusnya semua..
tapi entah kenapa hingga hari ini tak seorang pun mampu ku beri cinta.

Apakah karat jahiliyah yang masih menebal,
atau cinta Tuhan yang belum kuat menyatu dalam dada.

Maafkan aku.

Untuk segala rasa yang mungkin terkurang atau langsung tak terpamer.
Aku harap kalian mengerti, sesungguhnya kalian adalah kesayanganku ^^,

The Prophet (saw) said;
“Whoever possesses the following three qualities will have the sweetness of faith: Allah and His Apostle (saw) are for him dearer than anything else; he loves a person only for Allah’s sake, he hates to revert to disbelief just as he hates to be thrown into the fire”
Saheeh Bukhari

Uhibbukum fillah ya sahabati.

#Random.

25 July 2012

Cuti Raya

Hari ni dapat emel dari boss,
Dear all,
HI, Please submit me the application form for Raya Cuti before 6th August 2012.
-boss baru-
Wah, da setahun berlalu.. walaupun secara masihinya belum genap lagi setahun aku bekerja di tempat baru. Tapi secara Hijri nya absolutely dah setahun.

Tahun lepas, aku dapat tawaran untuk masuk bekerja seminggu sebelum 1 Ogos. Masa tu Joseph call suruh datang kerja 1 Ogos, mula-mula sebab tergamam plus terharu aku iya kan sajalah kan. Orang menganggur dapat kerja what should you expect? bagai bulan jatuh keriba la bak kata pepatah melayu lama.

Pastu berita gembira terus dikabarkan pada kak Siti, pastu dia cakap eh tanak puasa kat rumah ke? Lupa lak puasa start 1 Ogos kan.. Boleh pulak aku call balik Joseph dan bagitau nak masuk 2 Ogos, sebab nak puasa hari pertama tu kat Perak. :P Yeah, nasib beliau steady~.

Tahun lepas, dekat department IT tu, aku sengsorang je la berpuasa. masa lunch time orang rehat aku pun barulah bernafas (almaklumlah budak baru masuk kenalah bersopan santun dan tak menunjukkan warna sebenar.hehehe) Time tu orang lain dah sibuk-sibuk apply cuti raya aku masih lagi berkira-kira, boleh ke tak nak amik cuti ni. tsk.

punyalah innocent aku dulu-dulu. Banyak lain dah dengan aku sekarang. Apa yang masih aku ingat kata-kata Joseph masa aku hantar borang cuti.

"Sebenarnya you belum entitle untuk cuti sebab belum confirm. Tapi sebab ni cuti raya, kita boleh consider"
-Joseph-

Sebabkan boleh consider, aku amik seminggu terus. Ahaha~ amik kau.

Itulah serba sedikit episod mengimbau memori lampau kan. Sebenarnya boleh kira, tengah counting time nak balik je ni. Hari ni tak berapa sihat, jadi tak berapa boleh fokus nak buat kerja. Tengah tunggu pukul 5 je nak gi klinik. T_T.

Oklah, selamat berpuasa ya!Terawih kat mana malam ni? >_____<

24 July 2012

Ramadhan 1434H

Maafkan aku,

Untuk kata-kata yang terlantun kasar tanpa plan,
Untuk hati yang sering bersangka tak tertapis,
Untuk mata yang mungkin tersinis memandang,
Untuk perbuatan yang terkadang melukakan.

kerna aku sekadar manusia yang sering berbuat salah.

Moga Ramadhan, platform terbaik untuk kita berubah.

Oh ya, buah tangan ini untuk kalian

Welcome Ramadan
Walk humbly
Talk politely
Dress neatly
Treat kindly
Pray attentively
Donate generously
May ALLAH bless & protect you!


Salam Ramadhan Sahabat. 
(p/s: telah berlalu 3 Ramadhan, ayuh bersungguh menghadapi yang berbaki)

06 July 2012

Edisi Khas Jun

Akhirnya aku dah sedar yang aku dah tua untuk mem-fancy-kan blog nih =,=. Maka telah sekian lamalah tuan blog membiarkan blognye bersawang termasuk tak baca blog orang lain jugak T_T disebabkan link yang telah menghilangkan dirinya sendiri =P

So, untuk edisi khas Jun dah lambat banyak hari kan, since dah bulan Julai pun sekarang. Ok, bulan Jun menyaksikan pernikahan Kak Mashirah!! yiiha.. kawin sudah kakak sorang tu. Dan diatas usaha sama ejas sana-sini berjayalah aku, kak Siti dan Sofwah menjejakkan kaki ke bumi Terengganu. Cantik sangat!!

Trimass a zillion goes to Kak Zulfa se-familia atas warm welcome yang bersangatan. Tak lupa untuk steady Baheeja baby besar yang comelness. :) Diharapkan Kak Zulfa sekeluarga terus dilimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Kak Shira juga, semoga cepat-cepat mendapat cahaya mata, penyambung perjuangan dakwah InsyaAllah.

Balik dari Terengganu, singgah di Jengka, kenduri kahwin Kak Nodo (housemate). Punyalah lambat sampai.. sampai je kendurinya, pengantin pun dah salin baju. hihihi.

Ya, dan tentu sekali klimaks kepada pengembaraan kami adalah apabila berlakunya perlanggaran sandwich antara kereta depan dan aku, juga aku dan kereta belakang. Pheww.. berat mata membaca, berat lagi kami yang melaluinya. Peh~ cakap perlanggaran sandwich tu macam teruk sangat je kan. Actually xdelah teruk sangat pun, alhamdulillah hanya effect bahagian rangka-rangka sahaja.

Meskipun demikian, disebabkan kereta belakang yang langgar harus bertanggungjawab, maka terpaksalah Saudara Vijay Kumar kita dikuarantinkan selama hampir sebulan ye di Bengkel Produa Cheras =,=. Sepanjang masa tu memang back to basiclah aku ke kerja. Dan aktiviti malam pun mana yang wajib je aku utamakan, almaklumlah nak kejar bas punya pasal =P

Now MyVijay is back!! Ahaha..

So, last week kami pun balik ke kampung halaman. Perjalanan jauh pertama selepas beliau keluar dari bengkel. Last week adalah ulang tahun kelahiran mak dan ayah. Mak pada 30hb manakala ayah 27hb. Jadi, kami hadiahkan cheese cake sahaja. ok tak? ehehe..

Di ofis sangat hectic dengan project donation aku yang tak siap-siap lagi nih. =,=


Ramadhan dah tak lama kan? Antara tahun lepas dan tahun ni, aku harap banyak penambah baikan yang aku dapat capai. 

04 July 2012

Cerita Resit

Ada satu masa, ketika aku membeli di sebuah toko buku terkemuka di PJ ni.. aku memperoleh satu resit. Resit yang panjang lebar. Agak pelik.. kerana buku yang dibeli hanya satu.. Setelah dibelek-belek, rupanya ada poem di bahagian atas resit tersebut.

Menariknya idea ni!! Get inspired everybody!! Sungguh bersemangat nak membeli untuk dapatkan poem menarik. Boleh? hehe..

Poem menarik dan tertarik itu adalah seperti berikut..

I wish I could take a look into your heart..
..just to see who owns it

I wish I'd have a chance explore your mind..
..just to see who fills it

I wish I could take a peek into your soul..
..just to see who colours it

I wish I could take a stroll into your dreams..
..just to see who holds your hand through it.

*Dedicated to all who can relate to it ☺*

Credit: http://www.receiptstories.my

Jadi rakan-rakan yang berkaliber danberbakat dalam penulisan sekalian. Apa lagi, jom asah bakat! Bleh hantar karya sendiri disana, syaratnya.. below 100words :)

29 June 2012

belajar dari bola

Di Subuh yang kedinginan ini, tiba-tiba aku terkenangkan zaman sekolah rendah. Masa dulu, yang tidak dilengkapi dengan kecanggihan teknologi, kita belajar dengan semua yang ada disekeliling kita. Semuanya menjadi penyebab ataupun 'learning tool' Semua boleh jadi bahan pengajaran. kan?

Randomly aku teringat tentang seorang guru Sains bersamaan guru kelas tambahan aku masa darjah enam. Cikgu ni bukan sekolah aku melainkan dia dengan sukarela bersekongkol dengan beberapa orang guru untuk bagi kelas tambahan pada kami. Sedihnya aku tak dapat nak recall nama dia. Mungkin boleh lah nak tau, jika pergi tanya balik Cikgu Zam a.k.a penyelaras untuk kelas tambahan tersebut. (Ah, semua yang hadir kelas tambahan tu pasti sudah menjadi somebody hari ni ^____^ Betapa jauhnya masa lalu!)

Berbalik kepada Cikgu Sains,

petang yang damai tu beliau ingin terangkan tentang fasa-fasa bulan. Jadi dia nak lah tunjukkan contoh so kita boleh ada clear image macam mana fasa bulan ni terjadi. Pada sudut macam mana, bulan akan jadi bentuk bulan sabit, separa dan penuh.

"Siapa ada contoh untuk kita buat simulasi?"

Maka beliau keluarkan syiling 50sen. kemudian menyambung. "50sen ni pun boleh jadi contoh, tapi nanti tak berapa tepat, sebab syiling ni bulat tapi bukan sfera macam bulan"

Entah macam mana cikgu ternampak satu bola kecil dalam bekas pensil aku. "Ha, pinjamkan cikgu yang tu"

Maka aku serahkan, bola lutcahaya berwarna putih itu. "apa ni?"

"saya keluarkan bola dari deodorant cikgu" ^____^

hehe. Maka kami pun belajar fasa-fasa bulan dengan alat bantu mengajar iaitu bola deodorant tu. dan tak salah lagi, semenjak dari hari itu aku mendapat pemahaman yang jelas tentang fasa bulan.

Terima Kasih Cikgu!

*post ini bersempena dengan hari guru yang telah lama berlalu. Selamat Hari Guru cikgu-cikgu semua!

17 June 2012

Tergendala.

Setelah aku dengan separa hati konon nak naik tarafkan keindahan blog, tapi tergendala..

Maka, segala link pun telah hilang tak terselamatkan.

Memandang template yang buruk ni benar-benar memenatkan dan melemahkan perasaan untuk menulis.

Boleh??

Till then, Happy Weekend all!!

06 June 2012

Berputaran

Dulu aku menjadi pemandu dan kau menjadi penumpang, 
Hari ini kau pula menjadi pemandu sementara aku menumpang belas.

Benarlah hidup ini berputaran..
Semoga terus tabah menjalani hidup sehari-hari..
Simpan tangismu dan kongsikanlah senyum yang paling indah untuk dunia. 

^____^


"Apa yang ada disisimu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. 
Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar 
dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan
(16 An -Nahl: 19)

01 June 2012

Smart Phone Hilang?

Ok Assalamualaikum semua! Salam Jumaat.

hihi. tiba aku nak tulis pasal benda ni kan. entah rasa nak share + nak jot something untuk ingatan di masa depan. Ok, masih berkitaran mengenai kehilangan Si Samsul. Kalau aku ceritakan kronologi kehilangan mesti korang semua macam tak percaya  plus tergetus dalam hati


"hai la, kau ni memang nak sedekahkan kat orang gamaknya tab tu"


Muahaha! aku tak kesah la nak kata apa pun kan. Aku redha je memang salah sendiri pun +,+ .
(Aku ada ceritakan kat kawan se-ofis dan setelah beliau mendengar kisah tragis ini, boleh tak beliau gelakkan saja sambil mengatakan dia akan continue gelak dalam sebulan ni bila teringatkan kes ni)

So setelah ditimbal balik aku rasa tak yah la nak citer :P Cukup la hangpa tau Samsul telah hilang kan?

Ok apa yang aku nak rumuskan post-kejadian menyayat hati itu adalah... everything happened, dont panic! dan jangan juga dihanyutkan oleh emosi, kerana anda kena paham. yang anda deal sekarang bukan calang-calang phone. Ia bukan telefon kebanyakan melainkan adalah smartphone. Nama pun dah mengancam kan? smart tu.. bijak. Sayangla kalau phone da bijak tapi tuan tak berapa nak bijak kan? Ahha~ (dush kena batang hidung sendiri)

Pertama-tamanya, untuk anda yang belum hilang phone/smartphone. Bolehlah taipkan *#06# di telefon masing2 dan dapatkan IMEI number telefon anda. Jot down dan simpankan di tempat paling selamat yang anda terfikirkan. Kerana nombor ni merupakan cap jari untuk phone. Jadinya sekiranya dihari depan phone hilang, you can just go to phone service centre dan laporkan kehilangan phone. So service provider akan blok kan telefon anda, dan pengguna tak dapat lagi nak menggunakan phone anda (even mereka tukar sim sekalipun) Dan jika bernasib baik, phone bijak anda mungkin boleh dijejaki menggunakan sistem GPS. (al-maklumlah telefon bijak kan.. mesti ada khidmat GPS)
err, tapi sedih sekali kerana saya tak pernah jot down IMEI number saya  T_T

Cara kedua, macam mana pulak kalau kita tak pernah pun simpan IMEI number ni kan? dan sekarang phone pulak da hilang. Jangan cepat bimbang! Ingat tak, dalam android phone, ada market kan? yang sekarang namanya adalah Google Play Store. korang perasan tak, sebenarnya bila nak download sesuatu apps baru di Google Play, mereka akan minta permission dari gmail korang? perasan tak? ahha. So sebenarnya korang punya gmail ada link dengan Google Play.

Ada beberapa apps di google play yang mungkin boleh membantu kalian. Seperti Wheres My Droid dan Android Lost. Tapi macam aku kata, pastikan anda semua tidak panik ketika kejadian. Dan lakukan aktiviti trace-men-trace ini pada kadar segera (mungkin dalam lingkungan sehari/2hari dari tarikh hilang) Sebab apa, eventhough kita boleh installkan apps dari laptop kita, tapi.. untuk communicate dengan phone. Ia adalah menggunakan platform SMS. Jadi kalau da lepas seminggu baru korang nak trace.. dan phone pun orang da amik dan change SIM. susah la.

Current problem with mine, da lepas seminggu dan baru notis cara ni. Dan my android also already have new owner. =,= Aiyark!!


Sekian dulu perkongsian dari aku tentang telefon bijak ni. Kalau korang ada cadangan untuk kes aku nih, boleh utarakan okeyh?! Oh, ya disebabkan kehilangan si Samsul. Maka, automatically my Maxis number is unavailable. Tunggulah bila rajin aku ke Maxis dan ambil balik nombor tu. ^____^.

Harap post ini dapat membantu..

31 May 2012

Edisi Khas Mei

Ahha, menakjubkan bukan menggunakan tajuk edisi khas? Sebenarnya ini langkah awal untuk mendisplinkan diri untuk menulis post di blog yang makin terpinggir ni. Edisi khas aku nak muatkan summary perkara penting satu-satu bulan. Paling tidak, adalah satu post sebulan kan? ;P

Ok, apa yang terjadi bulan Mei? Alamak konon nak recall tapi tahap kemampuan otak aku pun da makin terhad. =,=

Antara yang masih aku ingatlah. Kat office ni, server kena hack. ya maka seminggulah kehidupan aku tunggang langgang. Selama aku kerja kat sini first time gaklah balik jam 10.30malam. ahha~ meskipun sebenarnya previously aku kerap gak balik lebih lewat dari tu, tapi kat kawasan PJS ni aku memang tak berani dan tak berkeyakinan lah nak balik lewat dari jam 7. seram! hehe.

Ok, lepas seminggu sibuk2 dengan hal server, ya itu lah masanya iaitu bersamaan dengan Selasa lepas, aku dah kehilangan Samsung Tab (known as Samsul Maarof) Masa first cicir tu memang sasau. Macam orang hilang anak. Beberapa hari aku termenung, makan tak lalu, mandi tak basah, buat kerja pun takleh fokus (aha, over plak kan penyenaraian kat situ) Meskipun sedikit frust, tapi banyak hikmah yang aku dapat InsyaAllah. :) He knows best isn it? Now, dah seminggu lebih, recover already. kehkeh.

Dalam aku berkabung kehilangan si Samsul, aku dapat sms dari Cikgu Azmi, yang salah seorang ahli Ikram PJ yang bergiat aktif dalam JK Belia ditimpa musibah, rumahnya dimasuki pencuri dan kerugian sehingga sekitar RM10k. T_T Ya akhi dan ukhti ujian untuk kalian nampaknya berlipat ganda lebih besar, betapa Allah menyayangi kalian. Semoga bertabahlah antum dengan ujian ini. InsyaAllah.

Lain-lain? oh ya paksu ku sudah menamatkan zaman bujang beliau, dan kenduri pihaknya adalah minggu lepas bersamaan tarikhnya dengan kenduri Kamariah Ahmat :) Oh ya, Naza juga mengakhiri zaman bujang di bulan ni.

Oklah, itu je kut. Up and down in life. Esok dah 1 Jun 2012. Dah dekat da nak Ramadhan kan? tahun lepas pada tarikh dan hari yang sama, aku dapat retrench letter dari Aiti Solution :) Ah, da setahun..

29 May 2012

Infaq Syria

Semalam ada berlangsung ceramah Syria The Inside Story di Masjid negeri Shah Alam. Sebenarnya memang teringin sangat nak tahu updated version tentang isu ni, (eventhough da banyak kali dengar kan).

Walaubagaimanapun, disebabkan kesalahan sendiri juga, aku dah terlambat bersiap dan melambatkan makcik dan ustad sekali (=,= ribuan mahap, asif jiddan kepada kedua makcik dan ustad) untuk ke Masjid Negeri yang terletak di Shah Alam.

Jadinya sesampai sahaja kami di masjid, masa tu sudah kedengaran ayat-ayat akhir pak syekh yang memberi ceramah dan juga Ustad Muhaimin yang menjadi tukang alih bahasa. Dan slot terakhir sekali adalah rayuan dan seruan dari Pak Syekh nak dapatkan derma untuk membantu saudara kita di Syria. Bukan calang-calang ni, profit tak kan dapat kat dunia melainkan menambah harta di akhirat. Subhanallah.

Memang salute untuk semua yang menderma semalam =,=! Semoga kalian semua mendapat jannahNya InsyaAllah. Paling aku terkesima mendengarkan seorang anak muda ni bangun dan menyampaikan hasrat maknya yang mau mendermakan RM50ribu. Wohaaa! Jatuh rahang dan menangis teresak-esak keharuan. Betapa suci murni cita-citamu duhai Auntie. Semoga syurga menjadi destinasi Auntie di akhirat kelak. T_T


Aku juga mahu menjadi seperti mereka, umat akhir zaman yang sedayanya meneladani Abdul Rahman b Auf dan para solafus soleh lainnya. Ah, rindu!

p/s: kehilangan En. Samsul yang free itu juga hampir ditangisi.. bagaimana agaknya mahu mengikhlaskan hati menginfak ribuan RM. Ya Allah betapa tebalnya karat jahiliyah di dada hati. Ampunkan khilaf hambaMu ini.

24 May 2012

Pinjaman.

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirahim.

Ok, terlalu banyak yang terjadi sehingga aku pun tak tahu mana satu nak mula. tarik nafas, hembus sambil beristighfar. Moga Allah ampunkan dosa-dosaku yang telah lalu. Mungkin kafarah dosa.

Astaghfirullah..

Pada satu masa dahulu, (yang tak berapa dahulu) ada sepasang kawan baik. Mereka membesar bersama pensel kayu. sehinggalah satu hari Si A ni ada pensel mekanik/pensel tekan. Si A meminjamkan pensel dia pada Si B. Maka B pun tersangat-over-eksaited lah kan. Di zaman orang semua pakai pensel kayu, kita dapat guna pensel tekan. Best kan tu? kan kan.. (ok kalau tak dapat bayangkan pun takpa. mungkin korang tak se-zaman dengan aku, tahap pembesarannya) Pakai punya pakai sampai terlupa lak itu pensel pinjam. Rasa macam sendiri punya pulak kan :P hihi..

Satu hari, disaat Si B da terlupa yang itu pensel A, A datang dan mengambil balik pensel tekannya. Agak-agak apa yang akan B rasa?
- ralat? mesti sebab da rasa macam sendiri punya kan.
- geram? <- logik tak nak geram kat owner, tak patut (geleng kepala)
- sedih? confirm nih, sebab da sayang kan.
- nangis? - oh men came on! bukan budak 4 tahun kut! orang nak amik balik brg dia, bg je lah tak gitu?
- redha? - Alhamdulillah. (dah harta dia kan)

So, macam tulah analogi yang boleh dibuat dalam kehidupan kita sehari-hari. Hakikatnya, semua yang kita ada kat dunia ni adalah pinjaman, yang dipinjamkan oleh Allah. Hatta nafas juga adalah pinjaman. Sampai masa dan ketikanya juga perlu dipulangkan.

Dan banyak lagi lah perkara-perkara yang kita boleh kaitkan. InsyaAllah, dengan akal dan segala pancaindera sihat ni kita pasti mampu kaitkan.

Untuk Samsul Maarof (hanya pembaca tegar akan kenal) yang entah kemana, aku harap beliau berada pada tangan yang baik-baik. jika masih berjodoh, harap engkau akan segera pulang. T_T Perit, tapi InsyaAllah ada hikmahnya. Tarik nafas dalam-dalam sambil menyematkan dalam hati.

"Ya Allah, segala yang telah kau tentukan pasti berhikmah, Engkau tunjukkanlah yang terbaik."

Esok itu adalah qadha' Allah. pena sudah kering, segalanya telah pun tertulis. Jangan biasakan berkalau. Ah, galau!

Sekian, wassalam.

11 May 2012

Pisau

Seperti pisau
yang boleh memudahkan kerja-kerja memasak kita didapur,
Tak dinafikan ada juga yang menggunakan pisau yang sama untuk membunuh.

Meski apapun, pisau hanyalah sekadar alat.
Yang menentukan apa yang akan di buat dengan pisau itu adalah kita.
Yang punya akal dan punya kuasa untuk membuat pilihan terbaik.

Seperti pisau
lihat jualah aplikasinya kepada perkara lain di dunia ini,
termasuklah tanggapan kita terhadap seseorang yang membencikan dalam hidup kita.

Setiap sesuatu punya banyak sisinya.
Jangan terlalu memandang yang buruk,
kelak cantiknya langsung akan terhijab dari pandangan kita.

Contoh yang pernah terjadi kepada aku, diberhentikan kerja. Nampak sangat mengecewakan, buruk dan seperti dunia mahu berakhir. Tapi sebenarnya diberhentikan kerja adalah langkah terbaik untuk aku moving forward dan menjadi aku yang hari ini :).

Jadi rakan-rakan semua, ingat ya! Cuba pandanglah yang baik dalam sesuatu perkara, ajar otak untuk bersangka yang baik-baik dahulu sebelum berfikiran yang buruk, kerana sungguh Allah bersama sangkaan hambaNya :)

Optimis dan Positif untuk maju!

08 May 2012

stunt

Dekat separuh hari aku menggodek, tapi tak mau gak berfungsi..

(Dapat keluar salah pulak tu! haiyark)

hurm, rehat jap untuk Asar, mintak Allah ampunkan dosa dan permudahkan urusan.

06 May 2012

Mencari Diri

Tempat terbaik untuk mencari diri adalah dengan ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi sendirian dan berkenalan dan bergaullah dengan mereka.

Siapa kau ketika itu, barulah kau akan kenali. ^^,

mengikuti program ESQ dan outbound di Kem Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru 5 dan 6 Mei ini merupakan pengalaman baru yang mengimbau pelbagai kenangan lalu. Spending precious time with Kak Mas (orang yang aku kenal masa awal-awal aku berjinak-jinak dengan D&T di PJ, tahun 2006) Sharing past moment dan koreksi current moment. Dia nampak bahagia sekarang ^___^ luarbiasa kesan pernikahan. hehe.

Oh ya tentang program tadi kan..

Apa yang aku dapat dari program ESQ kelmarin? Otak kanan sangat-sangat penting untuk sering digunakan. Ia menjadikan kamu, orang yang luar biasa hebat! Subhanallah. Dan ya, slot ini betul-betul menjadi satu titik tolak yang memaksa aku untuk berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah, aku mahu berusaha ke arah itu.

Hari ni pula adalah outdoor punya part. Diuruskan oleh tuan kem. Main rakit T__T eheh~ ah, sakit jugak la tangan main rakit nih. (sangat-sangat lebih baik main kayak T.T) sebelum boleh nak main, kena buat rakit sndiri plak tu.

part yang aku rasa paling menyentuh adalah.. Adalah sorang budak ni, dia memang sangat belagak-lah mentang-mentang pernah buat benda ni sebab dia 2nd time datang. Memang yakin diri akan menang ni. Alih-alih tak menang. Senyum dia da nampak kelat. Tapi ada satu grup ni dia menang 2 hamper, so dia bagi satu hamper pada group budak eksyen ni tadi. Barulah senyum dia nampak ikhlas .. ahaha!

Comel betul ending dia!

So, apa yang penting dalam kes ini adalah, bukan kemenangan yang kita perlu banggakan. Tapi nilai persaudaraan yang perlu kita utamakan. Kankan?

Aku rasa tempat ni mungkin akan menjadi tempat yang akan dikenang di masa depan. Surau klasik!

Terima kasih kak Mas dan Fauhan menjadi peneman dalam kembara ini ^____^ Syukur ada sahabat seperti kalian. (dan semua yang hadir menghiasi perjalanan kembara dihujung minggu ini)

Ayoh berubah! Kita mampu lakukan, InsyaAllah.

03 May 2012

Indah.

Diantara celahan lampu-lampu neon dan saki baki sinaran mentari.


*.p.r.i.c.e.l.e.s.s.*

Inilah antara sebab kalau xda aktiviti malam, aku suka pulang lewat dari pejabat. ^____^ perasaannya tak tergambar. Jalan-jalan di Jalan Gasing dan Jalan Universiti juga. Lagi-lagi bila warna langit berlanggar dengan sinaran lampu neon.

Subhanallah!

p/s: stress kerja bukan sebab untuk kita tidak bersyukur kn?


27 April 2012

Kerja

Tak dapat dinafikan, zaman sekarang ni memang susah nak cari kerja.

Bukan sebab kerja takde. orang cakap graduan malas la, high-demand la. yang ni aku malas nak komplen la kan. sebab mana lah graduan tu nak tau hrga yang diorang request tu tak sepadan. Ahha~

yang lebih sedih lagi, bila da dapat kerja, pekerjaan tu pulak yang aneh2. Da dapat kerja, alih2 kena tipu lak ngan owner. titipu dan rasa ditipu.

Alhamdulillah, sepanjang aku mencari kerja. Belumlah aku jumpa keadaan yang sukar macam tu. Tapi taktaulah masa akan datang macam mana kan. Orang cakap hidup ni macam roda, takkan selamanya kita di atas kan? yela kerja swasta ni bukanlah stabil sangat. Apapun, as long as ada iman, InsyaAllah.. bawa2lah rasionalkan apa pun yang terjadi. Percaya kepada rezeki itu Allah jua lah yang memberinya.

^___^ Jangan berputus asa, dan teruslah berdoa dan berusaha.

Tough betul hidup akhir zaman ni.

26 April 2012

Tekanan

Ada yang mati dengan tekanan, 
Ada yang putus asa kerana tekanan,
Ada yang mengalah terhadap tekanan,

Tapi,
Aku hanya mahu menjadi 
Manusia yang lebih hebat dek tekanan.

Dear good friend, 
^______^ Be positive! Keep moving on~

Ikhlas and positive, without both.. we will easily losing track.


Semoga terus dalam redha-Nya, InsyaAllah!

Set up your goal, and go for it! Never look back >.<

Good Luck

25 April 2012

FB Fan Page call for help

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian ^________^ teehee!

Ahha, skil nak mintak bantuan mestila berikan senyuman manis untuk langkah pertamanya kankan? Yes. Saya (juga, kata ganti diri haruslah ditukar memandangkan perlulah bersopan dan merendah diri) nak mintak tolong bantuan kawan-kawan semua yang budiman untuk men'yuka'i (like) halaman peminat (fan page) ofis saya seperti disebelah kanan atas blog saya ni.

Nampak tak? Nampak tak? Nampak kan? (Baru 19 orang like. Target Isnin depan ada 100 like. tsk.)



Saya nak mintak tolong kalian yang cantik-budiman-dan-terpuji-lagi-kacak-bergaya ni, untuk like fanpage (dengan izin) tertera. Bukan apa, kami dalam langkah membuat satu eksperimen kecil untuk melihat sejauh mana promosi-paksa-rela-kawan-atas-kawan ini berkesan dalam menaikkan rating facebook fan page.


Terima kasih daun keladi untuk anda-anda yang tolong. Semoga Allah balas budi baik kalian yang budiman lagi baik hati ini dengan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.

Nota kaki:
1. Jika anda-anda nak mintak bantuan like fan page macam ni kabar-kabar kan lah ya, InsyaAllah jika tiada perkara-perkara kearah kemaksiatan akan saya balas budi kalian ini.
2. Sejak akhir-akhir ni, blog ni memang dah jadi separa testing port untuk projek pejabat =,= phew~

Terfikir Tentang Mati

Tengah-tengah malam gini, layan lak menulis post blog ditemani lagu2 dari Nasyeedfm. Memang sejati dan meresap ke jiwa, tadi aku mendengar luahan perasaan seorang adik ni yang belajar di kolej swasta. Peh, dahsyat2 remaja zaman sekarang. Pening kepala para guru-an dan anggota mansyarakat.

Sedang blog-hoping sambil layan radio online ni, alih-alih lagu ni plak keluar..


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick


hurm, terus aku terhenti seketika, tentang dunia, tentang hidup, tentang amalan. Melihat kepada kematian yang silih berganti disekeliling kita semua. Sungguh, benar2 pelajaran dan pengajaran berharga.

dan tak mustahil kematian kita suatu hari nanti juga akan menjadi pengajaran dan peringatan untuk orang lain pula. Pada orang lain adalah kes lain, tapi apa yang lebih utama, macam mana kita nak face Allah dan segala persoalan dari Munkar dan Nakir nanti >.<. oh seram!

dunia sebentar, akhirat itu yang kekal. tapi rata-rata kita begitu bekejar kan dunia lebih dari menyediakan bekal ke akhirat.


Bayangkan,
kita punya ibadah solat yang 5, yang kadang-kadang tu 'ter'hujung waktu dek khusyuk sangat bekerja (tapi InsyaALlah cukup) oklah, ambil kira sekali sembahyang sunat yang kadang2 buat tu,

tambah puasa di bulan Ramadhan yang tak pernah cukup, dan diganti beberapa hari nak masuk Ramadhan seterusnya..

bayar zakat yang tertangguh-tangguh.. dan Haji yang sempat atau tak dilaksanakan..

ok, tambah sikit la.. baca Quran, berzikir, berbuat baik kepada ibubapa, suami, anak, oh ya sedekah kat masjid, dan tak curi tulang masa kerja.

Agak-agaklah kan.. mampukah kita nak redeem syurga yang super-best-tak-terhingga tu dengan amalan yang diatas?

hurm.. hurm..

Itu dulu persoalan yang aku mau cungkilkan hari ni, untuk kalian dan terutamanya a.k.u supaya dapat sama-sama kita membaiki diri, melihat ibubapa yang makin tua, kita juga sebenarnya menuju mereka. Jom bersiap.

Now, nasyeedfm sedang perdengarkan sakaratul maut (yang biasa kita dengar zaman sekolah dulu tu)..

Okla, baca doa tidur dan mengucap sebelum tidur, doa supaya Allah bagi lagi kita hari untuk menjadi lebih baik. Assalamualaikum...

22 April 2012

Naim telah Konvo!


Ada orang belajarnya 3 tahun, 
ada yang 4 dan ada yang lebih dari itu.. 

Cepat atau lambat, on time atau extend.
Apa yang penting ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh itu.
Sama ada berguna atau tidak setelah ternokhtahnya masa-masa indah di zaman persekolahan ^____^
(Oh, how i miss those precious time)

Mohd Naim. 
untuk 4 tahun setengah di USM,
dan graduasi tanggal 21.04.12.

T.A.H.N.I.A.H!

Untuk semua yang bakal dan sudah berkonvokesyen, 
Selamat bergraduasi!

19 April 2012

Random Thought~


Wah.. blogger sudah update baru punya la.. first time guna jakun sikit. Hehe..

Oh by the way,
Pagi ni aku bersembang dengan seorang klik di pejabat, dia bagitau esok dia cuti buat minor operation. Aku rasa mungkin lump je kut. Sebelum ni pun sehari selepas abang long meninggal, aku ada sembang dengan seorang lagi kawan. Pun pernah ada lump, dan da buang 11 tahun yang lepas. Both ada keturunan yang menghidap kanser payudara.

Hurm, ada sesiapa nak menafikan kanser adalah penyakit keturunan? Siapa pun tak tau tentang ni kan? err.. para doktor sekalian mungkin boleh bagi penerangan atau korang tolong researchkan untuk aku, then comment kat bawah ni ok?

Apapun, kanser memang merupakan penyakit terburuk dan paling meluas dewasa ini. Mungkin inilah yang biasa kita dengar, pada akhir zaman akan tersebarnya penyakit yang tiada ubatnya?

For over two decades now, MAKNA has not faltered in its fight against cancer, which is estimated to put one in seven Malaysian males and one in six Malaysian females at risk of developing in their lifetime.* (source:http://www.makna.org.my)

Ok itu sahaja info mengenai kanser. Oh ada lagi satu, sebelum berakhir, lump for breast cancer, pd peringkat awal dia mudah bergerak mengikut aliran darah. So, ada kemungkinan hari ini ada kat bahagian tertentu, esok hilang. Jadi jangan cepat menarik nafas lega, cuba cari dibahagian lain. Jika ada, segeralah berjumpa doktor.. mungkin pembedahan kecil akan dilangsungkan.. Better late than never. Isnit?

Itu cerita kanser, kedua aku nak cerita tentang satu slot yang aku dengar di Ikim masa balik kerja semalam. (malangnya aku tak tangkap lak nama penyampainya) Fokusnya, beliau nak menceritakan tentang satu program terbaru bertajuk "Kana Mislina" <-- ni perkataan arab yang membawa maksud ikutlah seperti kami. Itu merupakan slogan yang dipegang oleh para sahabat. Pergi mana-mana, akan promot this kind of motto. Sekarang nampaklah kan, macam mana Islam tu boleh tersebar sehingga ke 2/3 dunia. Sebabnya motto ni la, rasa Izzah dengan Islam, dan siap promot lagi tu! Pergh~

Basically program ni, dia mengupas kisah hidup para sahabat, supaya boleh kita jadikan contoh kehidupan sehari-hari. Ada satu contoh yang penyampai ni ulas mengenai seorang sahabat bernama Tariq bin Ziyad.

"Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam." - (sumber: http://latiptalib.blogspot.com/2005/09/novel-tariq-bin-ziyad.html)

Memang tertarik dan terpukul juga bila nak bandingkan dengan keadaan Islam kita dizaman kini. kan?

Ok, sekian dulu tulisan aku kali ni, akhir-akhir ni gemar sangat menulis secara random. Aku orang nya tak gemar mempengaruh, korang baca dan cari maksud tersirat k! (Ala-ala cikgu BM gitu)

Sekian, assalamualaikum.

11 April 2012

Seperti mimpi

"sedang kita berseronok dan gembira hari ini, sebenarnya ramai lagi yang sedang berduka dan bergelut dengan kematian di tempat lain."
Ayat ni nampak klise kan? dan rasa biasa sangat dah baca. Aku pun rasa yang sama. Aku selalu jugak kaitkan dengan kehidupan aku sehari-hari yang kadang-kadang begitu bergembira dengan apa yang aku ada pinjam sekarang. Keluarga, kesihatan, harta dan rakan-rakan. Tu tak kira lagikan dengan nafas percuma tiap-tiap hari ni.. Bila aku kenang-kenangkan semua ni, aku cuba kaitkan dengan keadaan saudara Muslim di negara-negara lain seperti Palestin dan beberapa tanah Arab yang masih dilanda krisis, memang menginsafkan.

Tapi kali ni, aku dah mengalami dan menghadap sendiri maksud dari kata-kata tersebut. Melihatkan saudara sendiri yang mengalami perubahan keadaan diri (semakin lama semakin teruk) Dari kacak hensem bergaya, kemudian sakit-sakit. berulang kemoterapi, hospital rumah kedua, beberapa kali di tahan wad, dan pada saat-saat akhirnya mengalami kesukaran bernafas kerana keadaan paru-paru yang lemah (hanya 1 per 4 masih berfungsi dengan baik) serta kesakitan pada seluruh tubuh disebabkan sel kanser telah menjangkiti bahagian badan secara menyeluruh.

Bila pada satu sisi, manusia sedang sibuk bertanyakan apa keputusan terbaru Arsenal vs. M.city, dan pada satu sisi lain pula orang ternanti-nanti siapa bintang paling popular tahun ni, pada masa yang sama abang long sebenarnya sedang bertarung dengan saat-saat terakhir dalam hidup beliau. Petang itu aku melihat dia sedang tidur, dan rasa tenang kerana tidak kedengaran bunyi rengekan betapa sakitnya derita yang ditanggungi. Pada hakikatnya, dalam tidurnya aku tidak tahu apa yang beliau mimpikan. Semuanya rahsia Allah.

Abang long, semoga tenang disana. Berakhirlah keperitan selama 3 tahun menghidap kanser rektum. Semoga segala keperitan dan derita menjadi penghapus dosa.


Ahmad Razib b Abdul Majid
(29.12.1976 - 9.04.2012)


Semuanya macam mimpi, meskipun 3 tahun telah berlalu dari masa-masa awal kansernya di kesan. tetap terasa macam mimpi. sebab selama ni, aku selalu tak percaya dengan kata orang kanser tak dapat diselamatkan. sebab aku lebih percayakan cerita-cerita tentang mereka-mereka yang akhirnya bebas kanser. aku selalu berharap itu juga penghujung cerita bang long. tetapi ternyata, perancangan Allah melebihi segalanya. Dia Maha Tahu yang terbaik untuk abang long. Al-Fatihah. 


9 April merupakan ulang tahun kelahiran Mak Uda (mak abang long), dan sudah pasti hadiah ulang tahun kelahiran kali ini menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh Mak Uda. 

p/s: meskipun pada asalnya banyak yang nak tulis, macam biasa.. sampai je laptop segala bayangan-bayangan nak menceritakan terus hilang bersama-sama masa dan panjangnya perjalanan. 

05 April 2012

sorotan beberapa kisah

Assalamualaikum.

Can I jot down today post a lil bit journal like? Haha. Ok abaikan, memang begitu pun hakikatnya blog ni. Tak perlu nak can i sangat lah kan.

Sebenarnya dari masa meeting terdetik nak memblog, tiba buka lappy sangkut lak di FB, kemudian kisah Fatin Liyana yang baru balik Korea, dan tak semena-mena stalk Farah Lee. Ah, memang melalut betul. So, gitu gini tengok dah delay sejam dari masa asal..

To the point,

Beberapa hari dalam minggu yang lepas sebenarnya banyak perkara yang terjadi. Aku pun tak berapa pasti macam mana nak put into word. Meski demikian, tetap yang aku harapkan ada ibrah dan sesuatu yang kalian dapat selepas membaca entri yang akan menjadi agak panjang ini. (Kasi peluang aku lepas gian..)

Jumaat lepas, aku sebenarnya telah mengambil cuti.. khas untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan 13-13 yang salah seorang lagi akan menamatkan zaman bujang tahun depan. Plan asal telah dirancang sebulan yang lalu, untuk ke Melaka. Tapi tu lah, mana kita nak tau apa akan terjadi di masa depan.

Ada program IPT berlangsung pagi Sabtu tu. which is aku salah seorang ad-hoc. Makanya, plan sedikit berubah dimana kami pun memulakan kembara Jumaat dan Sabtu di sekitar PJ/KL dan Sabtu petang baru gerak ke Melaka. Dan seperti yang termaktub didalam AlQuran, kita merancang, Allah juga merancang. Abang long (pernah diceritakan dalam entri lalu) masuk ICU, tengahari Jumaat. Maka secara tak rasminya, keputusan yang sukar aku putuskan untuk tidak mengikuti kembara tersebut, dan pulang ke kampung halaman. Apapun terjadi family first. kan?

Ketika di program IPT, aku menjaga checkpoint bersama seorang kakak se-usrah, dia menceritakan betapa berusaha kerasnya beliau dalam menonjolkan peribadi muslim beliau terhadap persekitaran dunia kerjayanya.
"Kita biasa dengar orang bercerita tentang futur, Tapi bila kita tengok orang ni slow je dalam dakwah selepas mula bekerja. Kita takleh simply cakap oh dia ni da nampak tanda-tanda nak futur. It just, everything need time. Adaptation in work process, and show our best to our boss, its also part of dakwah." Ok banyak lagi la yang beliau sampaikan dan aku rasa betul juga apa yang beliau katakan.

Perkara yang sama pun ada diperkatakan oleh seorang lagi rakan. work load! ..

Tadi sebelum bermesyuarat, aku berjumpa dengan rakan baik di Universiti. Pun bercerita masalah. Tapi masalah bukan berkaitan usrah dan dakwah. Masalah rakan sekerja. See, semua orang pun ada masalah.

Sebenarnya, dalam dunia ni memang banyak sangat masalah, banyak sangat kerja, sama ada kerja pejabat. masalah bersama rakan-rakan, ahli keluarga dan masyarakat juga. Banyak yang tak terhingga, sama ada kita nak terus beralasan dalam menghadapinya, atau bear with it dan terus beurusaha untuk menyediakan ruang kepada diri kita menjadi lebih baik.

Hari-hari mendatang nampak macam makin susah. T_T pilihan semakin banyak; antara menjaga hati manusia, atau menjaga hati sendiri.. dan yang terbaik pastilah mengejar redha Allah meskipun dicelahan ranapnya hati-hati manusia.

Berdiri di tapak yang sama selama bertahun-tahun aku rasa juga menyesakkan, sudah masanya aku berfikir tentang hidup supaya dapat bergerak lebih laju dalam melangkah. Doakan.

* Maaf kepada pencinta Bahasa Melayu sekiranya entri ini tidak mememartabatkan bahasa ibunda.
** Dalam banyak siri luah perasaan diatas, aku lebih banyak menjadi pendengar dari memberi respon. tak sempat. So. aku spill kat sini pun ok kan? Esok kerjakan? Jadi aku stop sini dulu

Sekian, wassalam.

29 March 2012

Awkward.

Hari ni kemas-kemas semua barang yang berlambakan di atas meja dan dalam drawer. Minggu depan akan berpindah ke compartment sebelah. Dan secara rasminya telah berpindah ke anak syarikat yang lain dari yang asal. Perasaannya lain sikit la. Sebab kat sini boss dia young and dangerous kan. Jadi sesuai la dengan staff yang muda-mudi ni. Oh, boss baru bukanlah old pun, masih young but more dangerous!! Ahhaha..

"Saya tak sedihlah, perasaan dia cuma we've build a team then kena transfer to others. Macam tu sajalah" - Joseph 

So, disebabkan esok aku akan merasmikan cuti tahun aku untuk 2012, maka aku kenalah berkemas hari ni. Dengar-dengar diorang nak pindahkan barang hari Sabtu. Ini cuma internal transfer saja. Jadi tak perlu kecoh sangatlah.

Ok, nak ceritakan awkward moment adalah apabila anda tiba-tiba pergi melawat rakan anda yang baru bersalin sendirian (anda pula telah bertahun-tahun tidak berhubungan dengannya secara akrab). Sangat awkward ok. Cerita sepanjang terpisah tu banyak yang aku pun tak pasti hitam kelabu dan putihnya, jalan cerita yang aku boleh nak tanya pun hanya masa kami rapat dulu. Bosan jugak cerita lama kan.

Baby tidur saja. tapi.. ok lah, as long xdengar baby nangis. ^___^.

p/s: orang cakap bau baby wangi, tapi asal aku cium bau minyak urut je. haha!