Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 December 2010

Permaidani & 2011

Permaidani (Saujana)

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
aku pun xberapa nak sure lagu ni dah berapa lama. tapi sejak aku sekolah jugak lah. dan tiap kali aku mendengar lagu ni, pasti bergenang air mata. menangkap betullah lagu² Saujana time muda² dulu.

orang kata, ada 'ruh' dia tersendiri.

so, sempena nak bertukar kalendar Georgian ni, aku ingin ucapkan..
"perbanyakkanlah zikir dan fikir. Bersyukurlah andai kita terus diberi nafas untuk beramal. ^___^"

PhileoD,
Jam 1 tghr.

permulaan 2011,
pasti melakar warna berbeza,
kita semua belajar menjadi dewasa.

29 December 2010

Abang Long

ye memang betul aku takdak abang pun. tajuk di atas adalah merujuk kepada abang saudara aku, anak kepada kakak mak aku.

aku tak berapa nak ingat bila first time, mungkin ketika aku di tahun akhir universiti, awal 2009.. abang long menggemparkan kami, (keluarga besar Hj Yunus) dia di tahan di wad selepas ditemui pengsan di toilet ofis beliau. berak darah.

sejak saat itu, banyak lagi la rentetan peristiwa yang telah terjadi.. dan dipercayai dia menghidap kanser rektum. tapi tak siapa pun menyokong kenyataan tersebut, dan sampai hari ini kami hanya percaya abang long sakit di bahagian usus. tak tau lah apa nama sakit, sebab bila pegi lain tempat lain pulak kenyataan yang dikeluarkan. ada yang kata buasir, dsb.

sehari ke sehari abang long makin kurus dan cengkung. sakit dah makin menggila.. da berapa bulan dia tak kerja. sakitnya makin teruk.

hari ni,
adalah hari ulang tahun kelahiran abang long dan sekali lagi abg long masuk wad. kali ni dimasukkan sebagai pesakit paru-paru berair. mungkin pembedahan hari ni.

"Ya Allah, kau berilah yang terbaik untuk abang long,
semoga kesembuhan terhadap penyakit ini merupakan hadiah hari jadi terbaik untuk abang long."

kawan² semua mohon doakan yang terbaik untuk abang long!

TQ!

* * * * *
the truth is everyone is struggling,
it just that some people hide better than.

* * * * *

Melihat sekeliling, manusia menjadi sakit,
kemalangan dimana-mana,
dan maut pula datangnya tiba².
Apa sahaja yang kita ada sebenarnya?
nikmat nafas yang hanya pinjaman,
dan usia yang terlalu rapuh hayatnya.

Lalu, masih haruskah kita menjadi angkuh pada tuhan?
masih sudikah kita bertangguh memperbanyak amal?

Ah! benar mati itu satu peringatan yang pasti.. T_T
dan debar tidak pernah kalah dalam berdegup,
tiap saat mati itu aku kenangkan.


PhileoD,
11.40pg
terima kasih Allah, untuk nikmat usia sehingga saat ini.

28 December 2010

Kampung

amacam nice tak kampung aku? Moh le! Kg Gajah kite?

Last pulang adalah: 16 - 20 November 2010 (Cuti Raya Haji)

Last berjumpa family: 12 Disember 2010 (Sebelum ke Janda Baik - family dtg KJ)

pagi ni dapat text dari mak

"x blk kg ke ujung minggu ni? Sbtu ni dah thn baru."

ekspresi awal:
1. alamak, touching betul ayat sbtu ni dah thn baru tu. menangkap. Lama benar ke anak mak ni tak balik? T_T
2. ni dah kali ke berapa ntah mak tanya soalan yang sama.

bila fikir-fikir:
1. lepas dari raya Qurban, kak Siti da 3 kali balik dan aku tak balik² pun. hurm~
2. ok, hari tu aku cakap kt mak.. "Sarah xbalik sampai tahun depan"

*ah, ayat mak memang sukar ditafsir. kadang macam touching, tapi kadang sebenarnya bukan mak maksud nak kasi touching pun. sekadar tanya saja.
*jgn jadi anak durhaka sarah! (ouch! amin nak masuk teknik!)

Phileo Office,
jam 10.13 pagi.

27 December 2010

The Facebook

ok. kegilaan baru muncul, kalo sebelum ni aku dilanda gelombang mona fandey, bleh kata hampir seminggu jugak la baru kebah demamnya.. kali ni, aku dah dilambung gelombang The Social Network plak.

ye, memang movie ni bleh cakap da mungkin 2-3 minggu tayang kat panggung.. (atau lebih lama dari tu, aku pun xsure) disebabkan aku xkan masuk panggung untuk tengok movie, maka aku nak berterima kasih pada alia sebab kasik aku movie yang memang nak sangat aku tengok ni.

So true. ia cerita tentang facebook (previously known as thefacebook)

ok cerita ni tentang Mark Zuckerberg dan co-founder dia Eduardo Severin. how everything start? semua nya start disebabkan pemutusan perhubungan diantara Mark dan gf-nya Erica Albright (kecoh jugak org nk tau sapa erica ni, some say, erica ni sama dengan Erica Cohen(Erica Bern) yang ada accountnye di facebook - of course dia akan femes kerana dump the next billionaire kan).

Mark start buat sistem jam 9 malam lebih dan siap dalam around 2 pagi sebelum memasukkan math equation yang diperoleh dari Eduardo. dan lepas launch the FaceMash.com, sehingga pagi hari yang sama sekitar 22 ribu orang dah access laman web tersebut. Havard's network terganggu. phew~

later up baru dia start buat facebook yang asalnya hanya digunakan oleh pelajar Havard sekitar tahun 2004, kemudian ke universiti sekitar, dan sehingga sekarang diseluruh dunia.

banyak lah komplikasi yang timbul lepas tu tapi aku tanak letak as point pun. cuma kagum gak aku dengan kebijaksanaan Mark ni. (ah!jeles..)

nota kaki:
1. Erica menjadi sumber inspirasi utama Mark dalam membuat facebook, setiap kali kena dump, dia berstrategi memperluaskan lagi facebook
2. Eduardo? agak-agak kemanalah hilang kwn baik Mark ni sekarang.
3. Sapa yang ada ciri-ciri kebijaksanaan buat sistem cam Mark ni, meh la berkenalan ngan aku, tolong aku buat sistem. ^__^

*ok tentang debar semalam? everything going fine aku rasa. mungkin aku je terlebih risau. hehe.

ofis,
jam 2 petang.

26 December 2010

Debar

[hati sedang galau. hope everything going fine]

*terima kasih untuk pemeriah hari saya hari ini (oh mksdnya iaitu hari sabtu) - Mira, Nadz, Shazmira, Fauhan dan Hajar!

1230am
rumah.

25 December 2010

Kawalan

Jiwa remaja ni selalu kacau saja

Bila kita pusingkan waktu, untuk biar paparan berzaman sejak baru belajar merangkak diulang tayang.. mesti kita akan belajar sesuatu. iaitu KAWALAN.

masa kecik, pengawal utama kita tentulah mak dan abah. xdak lain. kak dan abang tu lupakan lah kalau nak kata depa ni duk jaga hampa. tipu ja tu, silap2 katun mula, depa tah ke mana, hampa pun merayap ke mana.

bila besaq sket, masuk skolah.. most of the time, cikgu lah kan.. tapi cikgu pun xselalu boleh nak dekat dgn kita. so, biasanya pengawas. orang2 yang disebutkan ni lah yang bertanggungjawab menjaga ekosistem keamanan di sekolah supaya tak tercemar dan terganggu.

naik skola menengah, masuk asrama. kalo takat pengawas tu, sembang sket2 biasa bleh lepas la bab-bab peraturan ni. biasalah kira kawan-kawan kan ^^,. biasanya time skola menengah ni.. tak cikgu disiplin, warden. hat dua tu lah yang terkenal dan terfemes dengan strict nya kan. rilek2 la cikgu janganlah serius sgt.. kami smua ni muda lagi, besa la tu darah muda. sok lusa bila besaq ok lah kami ni. hehe

habis skola menengah, masuk matrik. aku bleh gerenti matrik pun lebih kurg cam skola.. meskipun da xde guru displin mahupun warden, kita masih ada felo dan pensyarah yang slalu menjaga kebajikan dan mengawasi kita, tegoq salah silap.

seterusnya, Universiti. apa yang tinggal disini untuk menjadi pengawal kita? da tak dak da warden ka felo ka pengawas ka. tinggal lah kita sendiri mengawal diri sendiri,

ok tulis semalam, pagi ni dah lost apa aku nak tulis.. pointnya disini..

^__________^
"terima kasihlah kak tiq untuk teguran² berharga malam tadi,
terima kasih menjadi cerminan tatkala leka melayan dunia"

*bila da tua² ni kawan lah kawalan utama kita. Pandai²lah hangpa cari kawan no.

pagi yang ceria,
8.29am

23 December 2010

HB Biki!

(duduk di kerusi ofis, handsock yg ala² tshirt bawah jubah dan pashmina da cover lengan. baik punya! tapi still sejuk. fuh! sah, xleh gi korea. ahaha~ kaitan kan.)

ok. hari ni bersamaan 23 Disember 2010 merupakan tahun ke 19, Muhammad Fikri Basri diberi pinjaman nafas oleh Allah swt.

dari kecik sampai skolah menengah merupakan penghidap athma. selalu gak la berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan dan udara tambahan. tapi dah besar² sket tu, dia da ada udara tambahan yang boleh bawa kemana-mana saja tu (ala alat bantuan pernafasan orang athma yang sebesar tapak tangan tu)..

asalnya debab² dan ceria gitu. tapi kemudiannya jadi kurus keding time sekolah rendah, mungkin effect from penyakit athma tu.. (mungkinla) so, memang time tu kerap sangatlah kena bulinya.

Masuk skola menengah, wah wah! hebat pula peningkatan saiz badan.. bagai di pam-pam. Paling ketara time Abg Eri kawen. Kau punya badan PK memang tiptop punya saiz time ni lah. Lagi satu, time ni athma dah hilang kan.. orang cakap kalau athma hilang, badan akan naik. tapi xtau la sesahih mana fakta tersebut.

Sekarang dah tinggi dan tough.. turn utk PK buli orang! mwahaha..

ok ok. stop it Sarah! Here to wish.

PK,
+umur anda sekarang sudah pun 19 tahun. Dewasa sudah. matang²kan kotak pikir. buatlah sesuatu untuk masyarakat.
+belajar bagus²
+jadilah contoh kepada adik²,abg dan kakak² (amacam?)
+ada rezeki lebih, belanja lah kek Baker's Cottage barang sekilo. ngehehe~
+bile kamu nak update blog ni?

kakak kamu,
PJ.
9.20pagi

21 December 2010

Maknakan hidup anda!

17 disember --> 21 disember. 4hari tak update blog.

Biasa lah tu, hujung minggu kalau merayau punya hal memang xdapat nak access internet. Last week memang xsedar hari Sabtu dan Ahad sedang berlalu.

Sabtu: pagi - petang (PPN), malam (meeting KPJ)
Ahad: pagi - petang (Induksi 1000J1H), malam (meeting MKS)
banyak gak kerja. biasalah tu. dah namanya hidup, mana ada kerja yang habis.

tapi kat sini nak bagi credit to program Induksi 1000 Jiwa 1 Hati yang berlangsung di Dewan Hadhari depan Masjid Negara Ahad lalu. Bagi kesedaran tentang mencapai matlamat dalam hidup memerlukan komitmen yang 100%!

Bila dah jelas matlamat, u need to put question to your aim. 1H+4W. Biasa dengarkan?

[What, When, Why, How, Who]
Kadang² kita ni, matlamat ada dah.. tapi all the question above tak complete jawapannya. Contoh, nak beli kereta. Tapi how dan when nya kita tak letak as matlamat. Maka jawabnya.. komitmen 0% lah.

Jadi, mulai hari ni, aku nak ubah gaya pikir.. nak start buat Strategic Planning (SP). Hidup mesti berwawasan, berhala tuju. Barulah berbaloi-baloi! Tak begitu?

Maka kawan-kawan, jom berkomitmen dengan cita-cita kita!

Doakan aku, dan kita semua.

Good Luck!

*bila hidup bertujuan barulah kita melihat perubahan dalam diri. semoga perubahan ini menjadikan anda lebih bersyukur menjadi diri anda!

10.38am,
Ofis

17 December 2010

day 3rd - samb muhasabah blog

aku rasa lebih molek jika menambahkan muhasabah dengan tazkirah. barulah dia ngam sket. seiring sejalan pendek kata..

Hiasi percakapanmu. Perkataan itu ada 4 jenis.

1. Perkataan yang bijak - bila bercakap penuh dengan ilmu dan kata-kata yang bernilai. Orang ramai sering tertunggu-tunggu kata-kata dari nya kerana orang seperti ini jarang berkata-kata melainkan lebih banyak mendengar kata-kata orang lain untuk mendapatkan hikmah dari percakapan itu.

2. Perkataan orang biasa - Banyak mengulas perkara yang terjadi dalam hidupnya sehari-hari tanpa ada memberi nilai apa pun. Sekadar berbual kosong, isu bola, gossip dan segala perkara yang tak mendatangkan nilai. Perkataanya tidak mendatangkan ilmu, pengajaran mahupun zikir. Maka sesungguhnya perkataan yang sia-sia itu petanda orang yang rugi.

3. Perkataan orang yang martabatnya rendah - ini merupakan perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Setiap yang diperkatakannya hanya melihatkan kehinaan dirinya.

4. Perkataan orang yang dangkal - Dalam kesibukan percakapan kosong, sibuk menceritakan kehebatan diri. Sibuk menjaja kebaikan sendiri supaya dihargai masyarakat. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

Dalam 2 tahun berblog, aku rasa kebanyakan artikel adalah dalam kategori 2. dan ada beberapa yang kategori 3. T_T.. kalian bagaimana?

sempena Tahun Baru 1432H ni, jomlah kita perbaiki mutu blog..

semoga bermanfaat...

^__^ Semangat!

*oh ya, ilmu diatas aku perolehi dari buku Menjadi Mukmin Terbaik, Aa Gym ketika menunggu bas tadi.

8.59pm
rumah

day 3rd

[AlKahfi]
23.Dan jangan sekali² engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti melakukan itu esok pagi"
24.kecuali (dengan mengatakan) InsyaAllah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) dengan ini"

usai solat, aku terpfikir sudah 23 tahun aku hidup.

apa yang berubah dalam diri sepanjang usia ini?
hurm..

mode: bermuhasabah di Jumaat yang diberkahi

2.09pm
lunch break

16 December 2010

day 2nd

ok, hari ni mari kita ambil satu contoh dari kehidupan sehari-hari untuk dijadikan teladan dalam kehidupan.

Sebenarnya aku ni, sangatlah jarang menepek di gerai fast food. kerana lahirku di kampung.. hanya dalam keadaan terdesak dan mendesak barulah muka aku akan muncul di fast food punya pintu.

Cukup lah mukadimah disitu. Nak dijadikan cerita, semenjak aku bekerja di PJ ni.. (tambahan tiap minggu pasti ke Taman Jaya) maka aku telah terjebak dengan sebuah gerai makanan ringan tertua yang tidak asing lagi di PJ iaitu
.
.
.
A&W
(bagi yang meneka.. tahniah! cubaan yang bagus!).

Mula² datang dengan Kak Ct rasa macam, ala nak cuba saja kan apa salahnya.. perasaan time tu, janggal sketlah.. tak pernah kan, jadi macam kekok sangatlah pendek kata.. tapi dah lepas² tu jadi macam sedap pulak makan makanan pantas ni. Maka, kadang² aku singgah gak before gi usrah. hehe. kadang² dengan Awanis. Jadinya kerap lah sudah aku ke fast food.

So, apa analogi yang boleh korang kaitkan dari cerita diatas?

Ya! Tepat sekali.. macam tu jugak lah kita bila kita membuat dosa. Pada pertama kalinya akan rasa bersalah, rasa kekok. Rasa macam 'ala takpelah dah terbuat pasni tak buat lagi'.. tapi sebenarnya, kita dah secara sedar atau tak membuat acuan untuk kita buat lagi perkara yang sama di masa akan datang.

Disini. benarlah pepatah inggeris yang berbunyi.. Prevention is better than cure. Jadi, kalo dapat dijauhkan dosa itu pada peringkat pertama, maka jauhkanlah.

Sekian tazkirah ringkas hari ini.

*Nak citer pasal Asyura, tapi dah banyak sumber rasanya,
*Selamat berpuasa ye semua kawan². Semoga terampunlah dosa² kita di tahun lalu.
*Awanis, your Youda Sushi Chef really distract my day la! Ahaha. Jom cari sushi! hehe..~

Phileo D,
11.38am

15 December 2010

day 1st

sedap gak kan kalo blog bleh restrict kan sapa yang bleh lihat for certain post?

walah~ kalo ada add-ons tu memang aku la yang pertama nak install dalam blog ni.

Hangin.
tapi, pengajaran lalu mengajarku untuk tidak terlalu hangin di blog.
Blog kan public.

Biasalah, ramai orang stalk blog nih. Dah terlajak buat promosi besar²an satu masa dulu..

haih. cepat² la siap semua ni!

14 December 2010

Sebenarnya

cuba bayangkan..

ketika dibebani perasaan stress, dan penat kerana kerja yang macam² perangai..
then, you all balik rumah..
sampai muka pintu toilet, tersembul satu susuk manusia (spesisnya confirm bukan yang satu type dengan housemate korang) baru siap mandi.

korang kasi satu pusingan sket cari housemate, dan kelihatan beliau sedang steady dengan baju standard² baju tidur.

Agak² apa patut you all rasa?

phew~
Nauzubillahiminzalik!

sekarang, aku harap kalian² paham kenapa kadang² aku memilih nak amik housemate baru. Sampai satu ketika aku boleh steady duk rumah tu dengan Awanis 2 orang je. Meskipun bulan² kena bayar lebih.. tapi aku taknak kalo amik housemate baru then terjadi pulak perkara seperti diatas.

Ah! mohon dijauhkan.. serius ngeri!

p/s:
1.Ni bleh kira komen gak kan alia?
2.Tak suka pacat. pacat jahat! T_T

12.20pm
Phileo D.

12 December 2010

Janda Baik.

"Sesekali bila angin dari bukit bertiup, sejuknya menggigit ke tulang sumsum.
dan sekali itu jua, bau alam terasa memberi semangat untuk kita memulakan hari"

Sekarang aku dah faham perasaan menggigit ke tulang sumsum tu macam mana. tak tipu, memang sangat sejuk. Sekali angin datang, terus menggigil. pengalaman mendengar tazkirah Subuh di kaki bukit. Ah! terbaik. kamu kamu yang tak datang, tak tipu.. serius rugi! hehehe..

Program yang aku rasa well prepared lah! 10 bintang kepada penganjur!! Thanks all the makcik and kak cik ^^,

Ringkasan program:
1.Berkumpul di Masjid UIAPJ

2.Tressure hunt start (UIA PJ to Pondok Impian, Janda Baik) Peserta dibahagi kepada 4 kereta (kump). Terdapat 4 perhentian sepanjang perjalanan. Dan peserta dibekalkan peta dan soalan untuk dijawab sepanjang perjalanan.

3.LDK - Membina menara impian (walaupun group kami punya menara paling rendah, tapi dapat jadi Johan. Alhamdulillah!)

4.LDK - Me-reka cenderahati untuk kumpulan lain, dari bahan alam yang dikutip di Hutan Lipur Konifer.

5.Riyadhah - jalan² sekitar kampung. What a great view! Subhanallah..

6.Tazkirah Senja - Belajar dengan alam by Mak cik Hajar (xingat nama bapak dia), tazkirah yang menyentuh hati mengenai lafaz La Ila ha illallah..

7.Grand Ceramah by Akh Azim Ismail "Kelestarian Tarbiyah Kecemerlangan Dakwah".

8.Qiamullail di tanah lapang
9.Tazkirah Subuh - Pengakuan seorang muslim by Mak Cik Fauziah Baharuddin, memang mengesan di hati. Satu persatu zass kena libas kat hati. aduh! kawan² ayuh koreksi diri takut² sedar tak sedar melakukan syirik kecil.

10.Jungle Trekking & segmen berendam - ok ini kemuncak.. dan yang paling dinanti-nantikan..


Oh ya lupa, selain dari pandangan alam yang indah.. ada satu lagi pemandangan yang indah.. Ukhwah makcik² ni. Bayangkan, dulu mungkin back 10-20 years .. diorang sama² baru sampai PJ dan memulakan hidup, beraktivitas bersama-sama. now anak² dah membesar bersama-sama.. dan membantu pulak aktiviti mak² diorang.. oh, how sweet ^__^.

Ok tu je, penat! tetapi berbaloi-baloi..
[UM/PJ-ians next progam mungkin boleh fikirkan Janda Baik as a choice of interest.hehe]


7.12pm,
Kelana Jaya.

09 December 2010

Andai aku jatuh

sering sahaja,
aku memberi kata² rangsangan pada rakan² saat kalian terjatuh..
saat hati kalian sedang rawan..
sedang jiwa kalian sedang remuk di beban musibah..

tapi roda hidup tak mesti biar kita tetap ditapak yang sama..
andai satu hari aku jatuh..
andai satu hari aku di uji duga dari-Nya..

Mohon rakan semua,
bantu aku untuk bangun lagi.
bantu aku dengan peringatan dari nota cinta-Nya.

bantu aku untuk sedar..
yang hidup kita bukan untuk pandangan siapa²..
bantu aku untuk sedar..
semua yang terjadi adalah ketetapan DIA!

2.17pm
Ofis

06 December 2010

Tahun Baru 1432H

sedar tak sedar, hari ni merupakan hari terakhir 1431H. sobsob.. bertambah lagi umur.. agak² seiring pertambahan umur ni apa lagi yg bertambah? amal atau dosa? huh~

manusia².. resminya memang alpa. jangan lah kita jangka amal sentiasa meningkat atau terus konsisten beramal kebaikan. Sebab apa, sebab kita bukan malaikat.. yang amalnya konsisten tidak bertambah tidak berkurang..

kadang² iman pun boleh down, dan kitalah yang perlu berusaha untuk meningkatkannya kembali. kan? ♥..

oh panjang pula, by the way.. down the memory lane.. banyak yang dah berubah sepanjang 1431H. obviously bila masuk bab perkahwinan.. tapi itu tak perlu cerita panjang, bila dah sampai jodohnya, maka itulah dia kan.

semua orang pun sudah meluruskan dan memaknakan jalan hidup masing-masing dengan single step yang mereka pilih. bila dah decide, takde makna lagi nak toleh² (sambil ber-kalau²).. move ahead. u choose your way.

tetapi persoalannya, apa pilihan yang dah aku buat? oh came on Sarah!

petang ni jangan lupa baca doa akhir tahun (lepas asar) dan awal tahun (pas Maghrib nanti)

(citation: here)

apapun impian atau cita² yang belum tercapai atau masih in progress.. teruskanlah mencapainya untuk tahun depan k!

♥Selamat Tahun Baru 1432H!
♥teruslah istiqamah dalam memburu redha-Nya!
♥semoga pertambahan usia ini terus dalam redha Allah

Ofis,
9.11am

04 December 2010

Basyi Kawen


Pagi ni akan ke kenduri kahwin Basyirah. Sorang lagi Bioinfo-mate bertukar status.

2010, menyaksikan kerancakan sahabat2 bertukar status! dan aku yakin soon, 2011 pulak akan menyaksikan status2 mereka ni berubah lak dari isteri --> isteri dan ibu. ahha~ 4 da confirm stakat nih. Hehe.

Ok, stakat ini laporan pagi ni (before pegi kenduri).. nanti aku update lagi bersama picca..

Nantikan!

--10.44pagi--

Ok balik tadi jam 6. memang sekarang ni reunion = kenduri kahwin. hampir 90% budak Bioinfo yang datang sempatlah aku jumpa kan.. have a great time.. Adliah yang dah berbulan xberjumpa akhirnya jumpa jugak. gambar banyak2 nanti aku upload kat FB deh!.. malas pulak nak upload sini..

Sempat gather 1st batch 13-13 (oh Miha, hg balik awal tadi.. so xsempat masuk gambar hg)

Gaya gossip Awanis & Alia

Pasangan pengantin dan Awanis

Ok Basyi! Selamat Pengantin Baru ^___^! Doakan kami yang bujang2 ni ek!

--7.34malam--
Vista Subang,
PJ

03 December 2010

Mona Fendi

Salam semua ^^,

ok hari yang indah (ditemani sayup2 suara Pyan dan Siti di Warna pagi IKIM.fm), jangan kita cemari dengan permusuhan di dalam dada, dan persengketaan pada riak wajah! Tarik sikit pipi tu, senyum ^____^ hihi.

seterusnya, ingin aku sampaikan dan tegaskan disini. Percayalah kawan2 semua, setiap yang kita inginkan atau suka tidak semestinya kita akan perolehi. Kerana semuanya telah ditetapkan. dalam takdir, seperti tetapnya jodoh dan ajal. ya, kita diingatkan untuk berusaha. Tapi usaha yang bagaimana? Jangan sampai usaha kita memesongkan akidah kita.

sebenarnya, aku dalam mode: Pembunuhan Dato' Mazlan Idris, Adun Batu Talam yang dibunuh (sangat kejam; kerat 18) pada Julai 1993 di rumah tak bernombor Kg Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang. Masih ingat Mona Fandey? atau Maznah Ismail. (nama dia memang paling melonjak naik sedangkan dia adalah tertuduh ke-3) Kes ni lah yang aku duk baca dari semalam sampai episod penggulungan dan keputusan hakim pagi ni. Sepanjang pembacaan aku ni, dapatlah dilihat, bagaimana duit tu boleh menjadikan manusia hilang warasnya. Meskipun langsung tak diceritakan tentang Jin sepanjang perbicaraan, aku syak mesti ada kaitan. Tapi ye lah kan buat pe nak cerita pasal perkara2 mistik ni dalam mahkamah. pasti nampak terlalu dongeng.

Juraimi (gondrong), tertuduh pertama - ni paling aku kasihan, seolah-olah jadi kambing hitam. Bunuh orang tanpa niat, langsung tak beri kepentingan pada diri sendiri. (xkan nak cakap die buat kerja dengan jujur dan ikhlas?kepada sapa lak kan..mustahil) alih2 jatuh hukuman, gantung sampai mati. Ah! sedih.
Affandi & Mona, tertuduh ke-2 dan ke-3 - ni no komen, dua-dua pun bomoh dan mempamerkan watak pelik sepanjang prosiding mahkamah (dituduh bersalah pun bleh gelak2 lagi kan. aneh kan?)

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada subuh 2 November 2001. Segala perlakuan mereka didunia telah mendapat balasan dan hukuman yang setimpal di mahkamah dunia. dan sekiranya hukuman tersebut membawa kepada taubat nasuha terhadap ketiga-tiga pesalah, InsyaAllah kehakiman Allah diSana nanti adalah yang paling adil.

Nota Kaki:
1.Juraimi ketika melakukan pembunuhan berusia 23 tahun. Oh, umur macam aku! macam mana lah boleh berfikir nak membunuh. sesak nafas sekejap.
2.Aku tahu, cerita ni memang dah lama sangat2 1993-2010 dah 17 tahun. Terima kasih kepada Rancangan Kes di TV3 ingatkan aku tentang kes ni. Masa perbicaraan aku baru darjah 2 mana sempat nak amik port citer hot cmni.
3.Semua orang, ingatlah how hard your life was.. always turn to Allah. He knows best! So, jgn kurafat ok!

Special: kepada Basyi (yang akan bernikah hari ni), selamat bertukar alam. Selamat menjadi isteri orang! Semoga berbahagia!

PJ,
8.54 am

02 December 2010

Misteri

"Penjara dalam tempoh yang panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah,
tapi kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan hidup baru.

Saya juga ingin mengingatkan disini,
orang yang paling kuat bukanlah orang yang mengalahkan puluhan musuh,
tetapi orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal nafsu amarah"
- ujar Hakim M. Bakri
berikutan isu simbah asid oleh Mat Haizan kepada isteri dan 2 anaknya.
sumber: Harian Metro 2Dis10

misteri betul kehidupan berumah tangga kan? macam manalah sampai boleh main simbah2 asid ni. main simbah2 air sambil siram pokok bunga kan lebih manis gitu. haih~

dunia orang besar semakin misteri dan aneh untuk terus diterokai.

Ofis,
9.05am

29 November 2010

forever young

permulaan: orang kata duduk dengan 'orang-orang' muda, kita akan sentiasa rasa muda.. hihi

Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu aku,K.Ujie dan Syikin bersama 43 orang aulad telah diberi kesempatan untuk menjadi pengiring ke Program Aulad Ikram PJ. Rombongan ke Kem Kersani, Johor. ^__^ (ok. sedikit macam ayat karangan darjah 4)

Tugasan asal yang dimaklumkan adalah menjadi pengiring untuk adik2 yang nak ke kem ni. Sebab takde sapa yang boleh uruskan adik2 atas bas..Aku pun.. stress2 kerja ni, ok gak gi Johor kan.. dapat tolong makcik plus rehat2kan minda dari coding.

ok. tugasan jadi pengiring bukanlah semudah yang dijangka rupanya. Banyak ragamnya budak2 kecik ni.. rajin buang air satu hal. asal singgah nak ke kedai.

Takpelah, satu pengalaman kan? Tak jadi cikgu pun bleh dapat rasa2 macam cikgu sket2 pun jadilah :P..

Sampai di Johor, adik2 terus bermula dengan slot, solat dan makan tengahari (yang dah terlewat sket dari tentatif asal) dan dimaklumkan, kami yang jadi pengiring ni automatik jadi fasi. oh oh! ok fine. layan kan sahajalah since diorang cakap fasi ni lebih kepada menjaga kebajikan adik2 perempuan memandangkan semua fasi yang sedia ada adalah lelaki.

So jadilah fasi bidan terjun. (tak pakai sangat pun fasi perempuan, coz mostly program adalah modul diorang dan diorang bleh handle sendiri).. The program goes on smoothly. Slot Pak Long aku rasa memang terbaik!! Memang peserta sungguh ceria..

dan hari Ahad pulak, ke Grand Canyon of Bumbun. It was a great view actually! Subhanallah!..


Kat situ ada slot untuk adik2 bersama fasi lelaki dan para pengiring pula semua mengambil peluang merakamkan pemandangan indah di Kg Bumbun tersebut.

Balik dari Grand Canyon, pulang ke kem, kemas barang, upacara penutup, makan dan bertolak pulang..


Moral of the story?!
1. Aku memang lemah bila budak2 ni buat trick nak singgah ke mesra petronas dengan alasan nak buang air
2. Nak jadi pengiring@fasi ni memang kena pandai saikologi anak2.. (mana taknya tup tup kena handle budak yang duk nangis nak balik rumah..oh ouch!)
3. The most, nak tak nak kena motivate kan diri untuk makan 200%.. (time dah last day, lunch time.. budak2 ni dah mengadu taknak makan. oh takkan lah tak makan kan.. panjang lagi tu perjalanan nak sampai Subang Jaya. Dengan baik hati offer diri makan sama2. Atlast, dorang makan 2-3 suap dan kena tinggal aku duk makan 1 dulang sorang2. oh! tQ Mak Cik Chom banyak membantu! hehe)

Lastly, terima kasih kepada Mak cik Chom sekeluarga selaku pihak penganjur. Sudi ajak saya ke Johor, lain kali ajaklah lagi ye! hihi.

penutup: disebabkan seat bas ada 44 saja dan kami ada 46 orang, maka aku dan k.ujie terpaksa menumpang kasih adik2 ni. share la 2 bangku 3 orang. Perbualan aku dengan chair-mate..

aku: adik ni sapa nama?
adik: alifah
aku: darjah berapa?
adik: darjah 2
~pause sebentar. sunyi~
adik: akak ni darjah berapa?

(OMG! nampak tak tu? forever young ok! hehe.)

Till then,
tQ for reading

11.59pm
Rumah KJ

26 November 2010

Contest kesayanganku

kepada Shake dan Basyi. Actually bolehlah dikira ini sebagai satu post yang bersesuaian dengan contest kesayangan ku itu. hehe. Tapi tak berminat lak nak join contest, just fulfill tag from Basyi. bleh lah kan?

antara yang aku sayang?

Aku rasa dah agak lama aku tak bertukar cerita dengan dia. dulu time blaja, hampir2 tiap hari update cerita. tak YM sms, tak sms call. (ok fb memang tak pernah..sbb xde fb lagi time tu)

bila rasa down mesti sms or YM. tapi biasanya akan dapat lah leteren sepam.. layankan ajelah kan.. sort of, rajin gak die membebel. tapi, serius.. bebelan kamu tu semuanya bermakna tau. Biasalah tu, kadang ego rasa macam bukan salah sendiri.. jadi selalu macam xnak dengar. tapi, jgn bimbang waktu tu je macam reluctant. bila dah neutral minda ni, saya pikirlah balik buruk baik semua tu.. ^___^ dan biasanya sayalah yang bersalah.

first kenal is first year isn't it?
serius time jumpa waktu rehlah tu.. ingatkan kamu seperti saya.. adalah peserta. tbe2 kamu adalah fasi?what what?hahaha.. ok ok. oklah tu ni bleh jadi compliment tau. kamu memang nampak muda! lalala..

banyak lah yang menyebabkan kita serasi. oh, tentang commitment freak? phew~

then the story goes on and on sampai saya pun dah habis belajar dan kamu pun dah habis belajar. dan kamu, kenapa jauh sangat?! hurm.. ok seterusnya kita pun mula berkomitmen terhadap kerjaya masing-masing dan tugas daie di arena masing2.

kamu, maaf jika ada salah silap sepanjang kita kenal. jika ada terkasar bahasa (rasa-rasa memang ada) biasalah tu, darah muda.

ok jujur, saya rindu kamu! lama kita tak saling berhubung, lagipun kamu kan sekarang sedang sibuk. Saya tahu Allah selalu menjaga kamu meski kita dah jarang berhubung.


sekian,
8.26pm
Rumah KJ

HB Awanis & Ain!

Salam alaik!

26 November merupakan hari lahir 2 orang rakan iaitu Awanis (UM) dan Ain Jamaluddin (KMPP)..


Awanis,
Ayuh lah kita bersama-sama membesar menjadi orang dewasa. hehe..
Good luck untuk perjalanan kamu yang seterusnya di bumi UM. Semoga berhasil!
Nanti gi oversea, plis.. souvenir for me. ^_____^

ok tu ajelah.. lain2 ucapan boleh dapatkan dari lagu Saujana yang indah ni.. k?! anda kan suka saujana.. i dah suruh saujana nyanyikan lagu ni khas untuk anda.ahakz!

Ain,
semoga terus success di Jakarta sana..
semoga langkah untuk menjadi doktor dipermudahkan..
balik Malaysia jangan lupa roger2 k.
Kuat selalu Ain! Layan lagu ni untuk ucapan2 seterusnya k! ^___^
*Rindu betul zaman2 belajar di KMPP

ok semua yang sudah,belum atau akan melalui ulang tahun kelahiran, lagu ni untuk anda juga..

^hari ni duedate hantar keja.Ok Sarah get back to work.

bye semua.
Assalamualaikum.

8.58
Phileo D

24 November 2010

Mati.

Ada dengar berita ni?


Phew~
Bagaimanakah pula pengakhiran kita agaknya?

Nauzubillah..

4.12pm,
Phileo D

23 November 2010

Hai Alia, baca lah sat

haha. nice tak tajuk post kali ni? okeyh Alia, wa dgn teramat jujur mahu mohon maaf kerana tidak melayan YM kamu tengahari tadi.. wa sedang berdegup kencang melayan rasa sebab ada mende kena submit before Asar tadi. hehe..

Share sket kasi post ni bermanfaat:
pagi tadi on the way to ofis, terdengar motivasi pagi. Dalam hidup kita mesti ada impian, bila kita ada impian kita kena sertakan bersama keazaman dan juga kesungguhan. Jika tiada salah satu, maka impian untuk kita capai akan menggoyah. Mungkin drag masa, mungkin juga tak tercapai langsung? (nauzubillah)..

so, alia! kuat k! Ingat semula impian2 anda k!Layan la lagu Dmasiv ni, JANGAN MENYERAH!!

p/s: malam ni i YM u k.. bleh la u bebel2.
*p/s: semalam ada org ketuk pintu, kasik daging korban. Ouh! nak buat apa daging banyak2 ni weih. Mai la balik KJ Alia lu la paling terer masak daging. ^_____^

pen-off,
KJ here i come!!
5.39pm

22 November 2010

Janji

akhirnya kembali ke warna hitam. back to basic. masalah untuk orang yang gatai tangan asyik duk tukaq template saja adalah, link semua sudah hilang. yang ada, adalah yang berjaya di trace.. jika ada yang menyedari link blog anda tiada disini, sila tinggalkan jejak di Shoutmix. thanks!

ok. hari ni mau ceritakan tentang Janji.

[Al-Maidah:1]
"Wahai segala yang telah beriman, sempurnakanlah janji-janjimu"

ok, mari ikuti siri ini, kisah seorang Arab Badwi dengan janjinya.

ada seorang Arab Badwi yang dijatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh seorang Islam yang lain. Sebelum menjalani hukuman bunuh, Si Arab Badwi tadi meminta kebenaran untuk pulang ke desanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anak-anaknya.

"Kau boleh pulang, tetapi siapa penjaminmu?"

Si Arab Badwi bingung kerana tiada saudara-maranya disitu. Sebelum kedatangan Islam, kaumnya ialah kaum yang paling rendah darjat diantara suku-suku kaum di padang pasir. Pada waktu itu tampil seorang sahabat yang menawarkan diri menjadi penjamin. Hakim dan sahabat yang lain terkejut. Bagaimana begitu tegar sahabat ini menjadi penjamin kepada orang yang langsung tak dikenalinya. Bukan juga saudaranya.

"Tetapi dia orang Islam. Dia telah mengucap 2 kalimah syahadah. Saya percaya kepadanya. Kalau dia tidak menepati janjinya, maka biarlah leher saya yang dipancung"

Hakim menerima niat ikhlas si penjamin. Tetapi, saat matahari hampir terbenam, Si Arab Badwi masih belum muncul. Semua mula beranggapan Si Arab Badwi telah melarikan diri. Hakim dan para sahabat menjadi gelisah, kerana takut kehilangan seorang sahabat yang baik hati iaitu si penjamin.

Apabila tempoh menunggu luput, Sahabat tadi pun di bawa ke tempat pemancungan. Saat semua orang sedang berdebar menunggu pisau pancung jatuh menebas leher, kedengaran derapan kaki kuda dan teriakan dari Si Arab Badwi.

"Maaf saya terlambat. Saya menunggu orang mengambil alih tugas menjaga anak yatim yang menjadi tanggungan saya"

Mendengarkan pengakuan tersebut, Hakim menjadi terharu. Si Arab Badwi menuju ke tempat hukuman, memeluk erat sahabat dan menggantikan sahabat yang hampir-hampir menjadi kurban tadi. Disaat genting itulah, waris mangsa yang terbunuh tampil ke hadapan

"Tuan hakim. Batalkan saja hukuman ini. Saya tidak sampai hati mengorbankan nyawa orang yang menepati janji. Saya tidak berani mengambil tanggungjawab kematian seorang manusia yang jujur. Saya sudah rela akan kematian bapa saya"

Hakim terharu. yang lain juga.

"Saya juga tidak berani mengambil tanggungjawab menghukum mati seorang hamba Allah yang berpegang kepada janjinya, yang tidak mahu mengorbankan orang lain kerana mahu melepaskan tengkuknya sendiri"

Si Arab Badwi dibebaskan, dan menjadi mulia dek menepati janjinya
dan Sahabat (Si Penjamin) menjadi lebih mulia kerana keikhlasannya.

[Al-Isra':17]
"Dan tunaikanlah olehmu janjimu, kerana janji itu akan ditanyai"

Pengajaran:
1.Amanah dan memegang janji - Si Arab Badwi
2.Tawakal dan ikhlas - Sahabat (Si Penjamin)

Source: Novel Imam - Abdullah Hussain

11.56pm
Rumah KJ

20 November 2010

Mikhail


1/5 toward the end of the novel.

Mikhail 155, Mikhail 159, Mikhail 496.
"Bila si pemburu menjadi mangsa siapa yang akan membaham siapa?"

"Ya, ikhlas dan sabar itu adalah Islam"

macam biasa plot cerita RAM biasanya kurang menarik di peringkat awal dan mula menyesakkan dada di peringkat pertengahan, teka-teki minda seringkali tersilap langkah.

2 Thumbs up for this novel!

*macam biasa karya Ramlee Awang Murshid --> motivate menjadi penembak tepat.
*nak bereskan itu-ini sikit, kemudian habiskan Mikhail. esok akan bertolak pulang ke KJ!

1.40am
Kg Gajah.

18 November 2010

Muhasabah Blog

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri

Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi dakwah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

Salam.
dah lama tak dengar lagu ni.. rasanya last time, waktu pi program.. mungkin masa zaman belajar dulu. terjumpa semula di satu blog, yang sungguh menyentap rasa. bertubi-tubi hentaman menghentam diri..

"Bila penggiat DOTA sanggup untuk habiskan 24 jam untuk berlatih DOTANYA,
Bila ulat-ulat buku sanggup untuk tidak tidur malam demi menghabiskan wirid mereka,
Bila penggemar-penggemar porn di satu tempat di UPM sanggup mengambil risiko, untuk menonton porn mereka secara berjemaah,
Bila kaki-kaki perempuan sanggup menghabiskan gaji bulanan untuk mendapatkan keseronokan bersama awek-awek mereka,

Mengapa kita masih ragu-ragu untuk bersungguh-sungguh mentarbiyyah diri?
Untuk mentarbiyyah ahli?
Tidak cukupkah izzah dan himmah di hati?
Tidak cukupkah janji kemenangan yang pasti?
Tidak cukupkah syurga dan bidadari yang menanti?"

betul-betul menangkapkan?
muhasabah blog. time for re-calculate and re-charge.

rumah kampung,
3.01am

15 November 2010

Upset Stomach

kesian perut tu, sedih bunyinya..

Hari ini suka untuk aku ingatkan kalian semua, dalam menjalani hidup hari-hari seringlah yakin dan percaya, sesungguhnya semua yang kita ada hari ini dengan hikmah Allah yang tersendiri. Meski baik ataupun terasa perit ketika menghadapinya.

Hari ni aku diserang sakit perut (so called pedih ulu hati jugakla) seawal jam 4 pagi.. sakit die, xleh nak mengerekot mahupun berbaring tegak. Setelah membuat cubaan2 untuk muntah (dengan harapan mengurangkan rasa senak di perut), akhirnya aku muntah dan mengalami CB sedikit. Tapi, Alhamdulillah.. boleh jugaklah sambung tido balik untuk sekejap, sebelum berkumandangnya azan Subuh.

Aku ingat nak amik MC je hari ni, tapi ada banyak hal tak setel kan.. jadi ke ofis jugalah. Singgah di 7-eleven dan mendapatkan actal. Rasa2nya macam berkurang sedikit tapi, senak/sebu tu masih ada. ok, hikmahnya..

Aku mula lah google2 pasal upset stomach ni.. meh aku share kan kat korang sedikit fakta..

Punca Kesedihan Perut
1. Makan terlalu laju / makan benda pedas.
2. Keracunan makanan atau di hinggapi virus (ini jika disusuli muntah2 dan cirit birit)
3. Komplikasi ubat
4. Alergik makanan tertentu

Bila kita mengalami Kesedihan Perut,
kita akan rasa tak berselera untuk makan, jadi disyorkan untuk minum peppermint tea, ginger or baking soda (ginger and baking soda bleh lah nak campur dalam air atau minum begitu saja)

Meskipun tak rasa nak makan, kita kena makan gak. Jadi apa yang kita perlu dan boleh makan?
1. elakkan makan makanan pejal untuk beberapa ketika
2. bila dah nak start amik makanan pejal, mulakan dengan nasi atau biskut (both mudah hadam)
3. pisang adalah makanan terbaik untuk mengubati kesedihan perut
4. Makanan dari sumber tenusu, kekacang, buah sitrus, coklat, kafien dan makanan pedas adalah sangat ditegah pengambilannya.

Peringatan:
Usually, upset stomach is a minor digestive problem and can be cured with some restriction in diets and with the help of common home remedies. In case, you find some danger signs like bloody stools or vomit, black stools, fatigue, loss of weight etc., then it is likely that the upset stomach causes could be serious. In that case visit your doctor immediately.

Baiklah, sekian dahulu perkongsian hari ini.. alih bahasa dari sini.

5.54pm
PhileoD

14 November 2010

Sangat Comel 2!

Maka semalam berlangsunglah hari penyampaian hadiah untuk pelajar 6 tahun Little Azhar. Berlangsung di Kolej 11, UM. Mari aku kongsikan gambar kanak2 comel nih..















Selamat memasuki tahun 1! Semoga, terus istiqamah membentuk diri dengan acuan Islam adik-adikku.

8.23am
Phileo D