Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 October 2023

Day 3/15 - Mengantuk

Mengantuk dan tidur adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dengan aku. 

Sejak dari kecik memang faveret aku tidur lah. Mak cerita masa tengah naik motor (dalam raga) pun aku boleh tertidur. Sehinggalah bawa ke sekolah menengah yang berasrama penuh gitu, memang bertambah tambah lagi lah kegemaran aku ni. Ni bukan aku sorang je, satu kelas! Moment2 masa sekolah yang aku tak boleh lupa, bila habis je satu subjek tu.. kita cakap terima kasih cikgu. then cikgu keluar, duduk balik.. satu kelas turun kepala kat meja. HAHA. berpasukan gais!

Bila dah masuk universiti, kejadiannya masih sama. Aku masih occasionally tidur in between kelas. cuma, since kat uni ni class dia pindah-pindah. Jadi kurang sikit la chances nak tidur tu. Kadang-kadang orang akan bersengkang mata untuk buat assignment, stay up, stay back dan sebagainya. Namun tidak untuk aku. Apa-apa pun, aku mesti tidur tu dulu, benda kena buat tu lepas bangun aku buat. :)

Sama lah bawa ke zaman kerja pun macam tu. Report tak siap, esok nak submit, malam ni tetap tidur dulu. Tidur is life gaisek! 

Ok berbalik kepada mengantuk aku pagi ni.

Asal ek lately, setiap pagi je lepas sarapan mesti rasa mengantuk. Adakah terlalu berat kerja2 mencernakan makanan sarapan aku tadi? Nak cakap tak cukup tidur, macam tipu plak. Dah 3 malam berturut aku tidur awal. Awal yang betul awal lah. Around isyak macam tu aku dah masuk tidur.

Selepas tersengguk dua tiga das, terpaksalah bukak biskut untuk membeliakkan mata kembali. ok, baru segar. (memang kena makan nak kasi hilang ngantuk ni kan.. punca kegemukan semua ni)

Selain dari mengantuk, ada banyak benda yang pernah menjadi kegembiraan aku dulu dah tak menggembirakan lagi. Dulu kadang aku main game sampai 2 pagi. Walhal esok kerja tu. 

Petanda apa ni gais? Seram. 

Aku pun baru je uninstall PUBG pagi ni. 

Mungkin perlu untuk mencari hobi baru, lingkungan baru, dan mencari spark baru dalam kehidupan. Teralu mundane, sepertinya tak bagus untuk kesihatan mental. 

Any idea for a new life challenge?

AHAHA, tapi ikut lah kan, cadangan orang tak mesti kena take up, tapi boleh lah buat di pikir pikir . gittew. till then.

UM, 11.30 pagi.
Bila nak lunch break ni? ehe.

#15dayswrittingchallenge

10 October 2023

Day 2/15 - Tentang emel

Aku ada satu emel yang dah tak digunakan sekarang, tapi pernah aktif satu masa dulu. Ya, emel yahoo! Mula-mula aku create emel adalah di yahoo. Zaman-zaman yahoo messenger dulu kan. Masa zaman up up nya lah industri chatting dulu-dulu. Kebetulan pulak masa tingkatan 4 ada ambil subjek IT, dan kena buat emel. So, itulah emel yang aku gunakan.

Kalau korang kawan sekolah aku, atau kawan sezaman chat di era yahoo messenger/ mirc mesti tau lah emel yahoo aku tu. Haha! Kelakarlah emel tu. Tapi aku terus gunakan sehinggalah zaman universiti, karisma, jim dan masa awal-awal kemunculan ikrampj. Current emel aku ni aku buat sebab dah nak apply kerja. Emel lama tu tak begitu appropriate untuk tujuan formal seperti job application. Jadi aku createlah emel baru di google, gmail. (currently use up till now)

Once a while, aku akan dapat notification dari yahoo untuk login emel yahoo atau emel tu akan forever deleted. Bila buka balik emel lama ni, terus teringat kenangan lama gitu. Ye la macam buka dairi. The last active year adalah 2018, itu pun tinggal mailing list yang kadang-kadang newsletter yang tak directly emel untuk aku pun. 

Yang betul-betul aku aktif guna yahoo ni rasanya last beberapa tahun sebelum YM deleted forever. Lepas tu memang terpinggir sepi je lah yahoo. Bila belek-belek emel2 lama, rasa macam.. jauh betul dah aku yang dulu dengan aku yang sekarang. Hoho.

Semua pun ada umur nya kan. Tak ada yang benar-benar akan stay relevant untuk kita. Life.

Bila aku tengok background emel gmail aku sekarang, masih lagi gambar ofis lama aku yang aku ambil masa tahun tahun awal aku kerja kat sana. Banyak ofis tepi tu dah bertukar wajah atau owner. Aku pun dah tak kerja kat sana. Life pun dah bertukar sekarang. Aku pun kena pandai ketatkan zip wallet ni ha, risau ada seposen dua terbocor je. Hidup ni keras. Tapi tu lah, keras macam mana pun. Hidup kena terus, kan? Sedih tu normal, tapi jangan lama sangat. Hadap je lah. 

Ada pelajaran baru lah tu Allah nak bagi untuk kita kan? takkan selamanya nak hidup yang terlalu selesa, bila nya nak rolling here and there, tak begitu?

Masih belajar dan terus belajar untuk berdamai dengan rasa-rasa yang kurang mendamaikan. 
Takdir itu rahsia Allah, Siapa je lah kita ni kan?

Till then,
UM, Lunch break.

#15dayswrittingchallenge

09 October 2023

Day 1/15 - Jom bermula

Lama betul rasanya tak menulis secara konsisten. Menulis pun dah terlalu membebankan sekarang ni. Terinspirasi pula dengan idea kak Su kat FB untuk membuat cabaran menulis 30 hari. Tapi, macam tak mampu lak kan sampai 30 hari. How about 15 hari? Ahaha. Ikut kemampuanlah kan. Kalau dah lama tak jogging, takkan nak terus full marathon. kita amik fun run 5km dulu lah! HAHA

Oleh yang demikian, aku bercadang untuk membuat satu cabaran 15 hari writting challenge iaitu 9 hingga 23 oktober bermula hari ini! Kalau tak mula memang takkan jadi lah kan? Maka, kita kasi jadi lah kali ni. Dah penat rasa defeated ni. A small kind of winning is still winning kan? Dah tua tua ni, kita kan bersaing dengan diri sendiri je. Bersaing untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Selain dari challenge ni, ada few challenge lagi yang aku nak buat for a better me. Jauh sangat dah rasa terbuai dan terhanyut dengan taktau mende. Harap2 challenge ni dapat membantu untuk fokus balik. 

Jadi rasanya untuk hari pertama ni, sampai sini dulu kut? Esok kita cuba untuk menaip lebih panjang ya. Ahaha. Letsgo!

Saya turut mengalu alukan sesiapa yang berminat untuk ikut serta. Boleh letakkan hashtag #15dayswrittingchallenge Takde topik spesifik. Anything will do! Lets have fun while we write,

#15dayswrittingchallenge

03 October 2023

Mobile game

Perbualan biasa di dalam game

tak payah lah, saya ni dah tua dah
saya pun tua jugak
awak lahir bila?
2000
saya 87
... (terdiam)
eh takpe, umur kan nombor je
(game tamat)
(hilang)

repeat 46x

HAHA.

begitulah, dunia permainan. benar2 utk bermain.

28 August 2023

Double mountain, double pain.

"Sarah, nanti tidurlah rumah akak. Senang kita nak gerak sama pagi tu" kak Nora

Maka malam 25hb tu aku lepak rumah kak Nora. Boleh plak abang dan kakak ipar dia ajak makan durian jam 11.30 malam. 😅 Aku time tu tengah sibuk berperang. Lol! Tapi, orang dah mengajak kan, tak kan nak tolak. So, kita pun join melahap. 

Gunung Angsi (825m) 26 Ogos 2023

Dah lama teringin nak naik Angsi ni sebenarnya, tapi tu lah, orang selalu cakap 'Angsi ni puncak dia takde view'. Maka kerap kali juga la membatalkan hasrat nak ke puncak Angsi 😆. 

Hingga akhirnya, Bad ajak intensif training Angsi-Datuk. Yeah thats it!

Pagi tu, kami gerak selepas Subuh menuju trailhead Ulu Bendul. Plan asal jam 7.30 pagi, tapi hehe. Dah sampai simpang ke Bukit Putus rasa lapar plak, jadi terus lah ke Ulu Bendul makan dulu. Kalau ikut senarai yang akan naik Angsi hari ni ada 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan. Tapi eh jadi 9 orang pulak. 6 lelaki 3 perempuan. Lelaki naik jam 8 dan kitorang naik jam 8.30 pagi. 

Bagi aku Angsi ni punya trail macam Bukit Sri Bintang version lebih panjang. Naik dia tak secanak Datuk tapi panjang lah perjalanan dia. 

'Kak, nanti sampai checkpoint 1 jangan lupa singgah beli aiskrim, ada kawan saya' - Kurama

Kurama ni kawan kat PUBG, kalau ikut dia nak join. Tapi disebabkan minggu sebelum tu dia baru je kursus SAR dan prektikal nya di Angsi, maka di hujung minggu tu dah tak larat dia nak layan Angsi lagi.


Memang nice lah, dah letih2 macam ni ada pulak ais krim yang sejuk2 gituh ah nyaman! Sambil pendakian naik ni layan cerita Salha tentang trip CUS dia. Cerita ni kan pasal 2 gunung G7 tapi sampai kat Salha ni macam lebih amaze kat makanan nampaknya. Kemain sedap dia kata makanan kat trip tu. 


Sepanjang pendakian memang view putih je, berkabus tebal. Tunggu masa je langit runtuh. Aku sampai ke puncak Angsi jam 11 pagi. 2 jam 30 minit la pendakian. Ni versi santai lah ni. Kalau ikut aku memang nak lagi santai, tapi sebab ada Salha, jadi ada push faktor skit. 

'kalau yang kat bahagian landai tu laju sikit ya, cover part menaik'

Dekat puncak, bukalah dapur, bancuh kopi o dan goreng cucur ikan bilis segera adabi. Jarang-jarang sebenarnya layan cucur segera tapi untuk trip2 macam ni sungguh memudahkan. Laju-laju je proses ni, tak sempat nak terlalu feeling, sebab hujan dah mula turun. Last batch tepung masuk kuali, hujan dah mula merintik rintik. Maka cepat-cepatlah kami bungkus, tutup kedai dan bersiap untuk turun.

Kemain ramai ya hari tu orang kat puncak. Nak bergambar kat batu tanda pun kena berbaris. Sobs.

Sebelum turun, macam biasa ritual wajib group photo dulu. Alibi kehadiran. 


Jam 11.43 pagi kami pun (perempuan) bergerak turun. Trek yang kami naik tadi dah mula di takungi air berwarna seperti teh tarik. Masaklah, aku tak bawa sebarang benteng pertahanan hujan seperti baju hujan, sweater atau paling lekeh, windbreaker. Nasib lah hujan tak terlalu ganas, layan je lah. Feeling2 tengah healing dalam hujan. Haha!


Sampai ke check point 1, aiskrim masih ada gais! Kali ni pau duit Bad untuk mencicip sebatang eskrim Malaysia berperisa honeydew yang berwarna pink! Hujan-hujan pun tetap eskrim tidak dilupakan. Wkwkwk.

Kami tiba di kaki Bukit Putus pada jam 1.07 petang.

Para jejaka terus ke Ulu Bendul kembali untuk mandi+salin baju+makan lunch. Untuk kami, Salha tidak meneruskan pendakian ke Gunung Datuk esok, maka aku dan Kak Nora meneruskan perjalanan menuju ke arah Rembau. Mencari masjid mana yang sudi menerima kami (untuk mandi dan solat) 

Sambil pergi mandi, jemur dulu yang basah di bumbung

Kami singgah di masjid dan makan lunch di The Rimba (tempat makan yang dicadangkan Kam) Not bad lah restoren ni, macam-macam ada! The Rimba ni elok plak berhadapan dengan masjid yang kitorang singgah. Pucuk di cita ulam mendatang orang kabo.


D'Hailin Campsite

Dari makan lunch, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat penginapan. Campsite ni letaknya di daerah Rembau. Maka dekat lah untuk menuju ke Gunung Datuk esok. Tricky jugak nak sampai ke sini memandangkan kedudukan dia yang agak pendalaman. 

Tapi the idea untuk tidur kabin malam tu aku rasa adalah langkah bijak. Memandangkan tak perlu bersusah payah mendirikan kemah. HAHA. i like! 

Kami sampai tu agak lewat, jejaka2 semua da sampai. Lagi 5 minit kami nak sampai campsite, Bad call nak minta tolong beli bahan masak untuk dinner. Decision nak makan dinner apa memang on the spot ya! Tapi sebab kitorang dah nak sampai sangat, jadi kitorang masuk check in dlu, then diorang yang keluar balik untuk beli dinner. 

Memang special bilik kitorang. Tempat tu asalnya surau perempuan, tapi dah dijadikan cabin gak. Disebabkan 1 je bilik kitorg yang kat atas, jadi tak di ganggu lah dengan camper2 lain. Toilet pun ada sendiri punya, tak payah nak share2 ngan orang lain.

Menu malam tu, nasi ayam dan beger. Memang aku tak sentuh lah nasi ayam, beger pun dah sungguh mengenyangkan. Ada birthday boy jugak rupanya, kawan Naja. tapi nama dia apa ek, aku pun lupa! 

Gunung Datuk (885m) 27.8.23

Sejak turun semalam kaki dah pegal-pegal. Rasa memang dah cannot go. Dah dua tiga kali re-decide untuk naik Datuk atau tak. haha. tapi lenjan je lah kan, plan dah ada. Kita fulfill je la.

Plan asal nak gerak awal dan Subuh di kaki Datuk. Yaaa, biasalah. Hujung²nya solat dulu di cabin dan kemudiannya barulah menuju ke kaki gunung Datuk. 

Pagi tu kami bermula seawal 7.07 di pintu gerbang dan 7.15 di pondok pendaftaran. Kami bermula 5 orang. 2 orang yang patut join sama untuk trip Datuk dah gerak dulu seusai Subuh. 5 orang ni kemudian berjarak sesuai pace masing². Aku? Posisi macam biasalah. Meski dah bertahun mendaki, kat situ je lah kedudukan aku, depan sweeper 😆🤣 (atau kadang² aku yang jadi sweeper, ikut keadaan)


'Nah nah, ambil ni sorang 2 biji, lepas ni jumpa kat puncak je' ujar Syimi sambil mengagihkan 2 biji himalayan salt untuk setiap orang. Memang itu lah kami nampak Syimi, lepas tu jumpa kat puncak je memang.

Aku rasa nampak Juju dan Syimi memang beberapa minit selepas start je, lepas tu memang hilang. Kak Nora pun hilang lepas 30 minit pendakian. Menjadikan aku ngan Bad je lah saing saing kat belakang. Kadang dia belakang, kadang aku. 7.56 pagi kami sampai ke checkpoint 1. Ambil nafas lah 5 minit. Ingat boleh jumpa kak Nora. Tak ada ya. Memang laju. 

Pendakian kami yang perlahan membolehkan kami bersapa dengan hikers lain yang seperti kami, antara yang ditemui adalah Kak Isya dan suaminya. Tengok dia nampak penat, tapi mental kuat kak ni. Tak mudah mengalah. Orang Puncak Alam je rupanya, kejiranan je rupanya.

9.25 pagi aku ngan Bad sampai ke puncak Datuk dan ofkos yang lain-lain dah lebih lama sampai. HAHA. Syimi ngn Juju sampai sejam awal. Kak Nora a few minit lepas diorang aku rasa. Harissa dan Zaiha sampai awal lagi lah dari Syimi dan Juju sebab diorang start lagi awal.


Hence the group photo! 7 of us.

"Akak saja je tinggalkan Sarah dengan Bad. Lepas ni akak takde tau, Sarah kena biasakan tak nampak akak" - Kak Nora

Dah puas lepak kat puncak, dan hari pun rasa mula nak panas, kami pun bergerak turun sikit, untuk makan-makan apa yang ada. Elok je turun, nampak kak Isya dan husband. Husband dia baru je siap bancuh teh, tengah nak masukkan susu pekat. MasyaAllah langkah apa ni gais. Terus aku ngan Bad bertindak ramah. HAHA. Sebab hari ni naik Datuk kami tak bawa cucur seperti semalam, aku pun tak bawa stove dan messtin. Jadi perlulah kita menjadi sedikit parasit. LOL



Yeah dapat lah merasa teh tarik di puncak. bukan teh je, Juju pun ada bancuh kopi. So campur plak kopi ngan teh. Mantap! memang terbaik! Ada ubi lagi kak Isya bagi. Habis semua aku sapu. wahaha!

Kalau ikut hati nak lepak lagi lama, tapi kitorang pun kena berkejaran sikit sebab cabin tu kena checkout. Makanya 10.55 pagi kami pun bergerak turun. Menghampiri checkpoint 1 semakin ramai nampak pendaki bersama aiskrim Malaysia. woahhh.. bakal ada aiskrim lagi ni.

Sampai checkpoint 1, 11.33 pagi. yeah betul! ada brader jual aiskrim! Ingat kat Angsi je ada. Kat Datuk pun ada rupanya.

brader peniaga aiskrim

Bergambar dengan kak Isya

Aku sampai dulu sebelum Kak Nora, elok pulak dalam beg aku memang letak beberapa keping ringgit. jadi dapat lah membeli eskrim berharga RM2 sebatang tu. Sambil makan, sambil layan brader sebelah berbual

"Tak meniaga kat puncak bang?"
"Dah pernah try dah. Tapi sini lagi laku. Sebab kat puncak biasanya diorang dah buka makanan diorang sendiri jadi tak beli dah"

Tak lama lepas tu kak Nora sampai.

"Kak Nora, nak aiskrim tak? tu ada jual" sapa aku sebaik melihat kelibat kak Nora.
"Alamak, takde cash. Ada QR Code tak?" tanya kak Nora kepada brader eskrim
"Ada"
Berpusing-pusing kak Nora mencari line. tapi tak de
"Takde line pulak, takpe lah"
 
"Nora nora, nora eh nama?" tanya brader sebelah aku yang rancak berbual ngan brader eskrim tadi
"Ni ambik ni duit, saya ada banyak. Ambik ni" sambil mengeluarkan beberapa not kertas berwarna putih hijau dan biru. Maka dapat lah kak Nora sebatang eskrim dari brader random yang ditemui di hutan. HAHA.

Rancak sangat layan eskrim, 11.45 baru sambung turun. 12.15 sampai di pondok register. 12.20 di pintu rimba, panggil Syimi dan Juju yang dah selamat melayan cendol. Bergerak semula ke cabin untuk checkout.

Tamat. 

Menunggu waktunya berangkat ke ekspedisi yang di nantikan. Plan dah setahun, kini menunggu saatnya tiba! Rinjani, aku datang.