Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts

06 September 2021

PUBG

Akhirnya, terjebak jua.. banyak pengaruh pandemik dan PKP ni terhadap kehidupan sosial massa. Norma baru. Sejak cara sosial manusia berubah dari kehidupan nyata kepada maya ni, banyaklah yang berubah.

Kalau dulu, hujung minggu banyak dihabiskan dengan ke sana-sini. Baik program kebajikan, program kendiri, usrah, mahupun aktiviti santai/outdoor/travel. Sekarang ni, apa pun tak boleh. Dah nak boleh kut noh, sikit lagi..  

"Dah bakpe awak mati awalnya? kata nak belanja ayam malam ni"

"Takpe la kali ni Sarah carry saya lah plak"

Selang beberapa minit aku berjogging di lapangan Livik tu, 

"Sarah, mampu scope je ke sarah?" kata sorang random team mate lepas dia dah terbunuh sebab tak nampak musuh tiba-tiba headshot dia. Pastu dia duk spectate aku.  

Itulah masalahnya, sebab bila kita dah terkorban kat PUBG ni, kita masih boleh spectate team kita yang masih hidup. Kalau semua team dah mati pun, kita nak spectate opponent pun boleh. Kira-kira sempatlah kalau kau nak belajar strategi ke kan. Boleh sangat. 

Feeling macam boss tengah perati je gerak kerja kita. Ha gitulah lebih kurang.

Orang nak main, kau pun nak main. Dah scope je la mampu. Wakaka.

Position selalu aku dapat setiap habis mission: Battlefield Medic, Pacifist, Survival Expert 
Kepakaran: jogging, kutip weapon, jadi pasukan sorak time spectate member, jadi beban team dan yang penting, berlakon jadi bot.
Kelemahan: Kill (biasanya 0 kill, kalau lebih dari 0 tu maksudnya bunuh bot lah tu)

"Kak, sampai bila kak nak jadi beban kepada team? akak kena lah belajar jugak" - Adik penang, kemain kencang mulut dia. Umur 10 or 12 tahun tak tahu mana satu umur sebenar. 

Setakat aku main kira-kira dah sebulan ni, aku jumpa yang paling muda darjah 2, yang paling tua 23 tahun. Mungkin ada kut yang lebih tua, tapi aku tak dan tanya umur time main. Oh ada jugak kenal yang 34 tahun. Sorang. Si Hafizuddin. Ada lah sekali kut dia main time kuarantin hari tu. Habis kuarantin mungkin dia pun uninstall dah PUBG. Ha gitu.

Main buai pun dalam game je sekarang.

So gais, kalau nak tlg carry.. roger lah.. saya tunggu kat Cheer Park ek. Siap menjadi beban anda! Ahaks. 

Pen off. 

21 April 2021

Pak cik parking 2.0

(haha.. kelakar lak aku rasa semakin kecil lingkungan pemerhatian kehidupan aku sekarang. Sama kecilnya ruang lingkup kehidupan di norma baru ini)

Ok jom kita start.

Hari Isnin kelmarin, aku balik macam biasalah. jam 5 petang sempena bulan Ramadan ni. Dekat tepi ofis ada kedai jual lauk pauk. Memikirkan malas nak singgah pi bazaar, jadi aku tapau sesiap. Lauk, sayur dan kuih. Lepas tapau terus ke parking.

Masuk kereta letak beg dan barang belanja, start enjin. Tiba-tiba pakcik parking ketuk tingkap.

Recap sikit

Masa mula aku parking sini, aku memang pernah dengar yang orang cakap parking sini tak berbayar. Jadi aku pun parking dengan bahagia. Tapi tiap petang, aku akan nampak pakcik ni meronda tengok kereta-kereta semua. Macam amik bayaran parking lah kan. Kawan aku pesan, jangan buat eye contact, masuk kereta dan terus jalan. Hahaha! Apakah lah perangai kan. So, sampai lah ke hari Isnin tu aku tak buat eye contact dengan pakcik tu. 

"Tayar pancit ni" kata pakcik tu sambil tunjuk kan tayar depan aku belah kiri. Aku pun keluar sat, dan cek tayar. Oh no! Memang flat habis tayar aku. Memang tak boleh gerak dah ni. Aku masuk kereta balik sambil call kak Siti

"Takde lelaki ke kat situ, minta tukarkan tayar spare. Takpun ko tinggal kan je dulu, naik grab je balik" Aku turun tadi sekali dengan Imah, jadi aku rasa imah la calon yang sesuai nak hantarkan aku ke lrt untuk aku balik PJ. Jadi aku call imah. Tak dan call masuk, pakcik tu ketuk lagi tingkap kereta aku. Talian aku matikan.

"Ada tayar spare ke? saya tukarkan"

Ya Allah, 😭 berkat RamadanMu kah ini Ya Allah. Maka aku pun bergegas tunjukkan kat mana tayar dan pakcik tu tolongkan. Kesian jugak aku tengok pakcik tu, dah beruban dah, peluh dia mencurah curah macam hujan nak cabut nat tayar tu. Posa lagi. Mesti habis kudrat dia nak cabut tayar tu. Dalam masa yang sama ada jugak brader muda ni mai, aku rasa sama kerja joki ngan pakcik ni rasa. Dia la tolong habiskan buka nat terakhir yang pakcik tu tak berjaya buka.

Imah datang jugak lepas amik anak dia. Thank you Imah. 😁

"Takpa kak, nanti kak bawa pi bengkel minta tampal tayar tu. Tak payah la sampai tukar tayar"

Begitu begini, lebih kurang 5.40 petang semuanya selesai. Aku pun memandu pada kelajuan 60-80km/jam memandangkan tayar kecik sebelah kan. Jadi takboleh la memecut seperti gaya SYM (Sarah Yang Memandu) 

Sampai PJ, terus terjah kedai tayar dekat simpang berhampiran rumah. 10 minit kemudian, siaplah tayar di tampal dengan harga RM8, aku pun pulang ke rumah dengan tenang dan lega.

Lesson Learnt?

Dont judge a book by its cover. Jangan selalu sangka buruk kat orang. Last-last orang yang kau bersangka tu yang bantu kau! Adehhh. Zass! Sekian, itulah perkongsian sekaligus tazkirah Ramadan ke 7. Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah.

20 April 2021

Pak cik parking

2019

Aku kira tak perlu menjadi malaikat untuk orang menyukai kita. Cukuplah kita menjadi manusia. 

Semalam balik dari kerja, pakcik jaga parking dah ada, pakej bersama dengan keluarga dia aku kira. 

"Ni ada pelam kat depan rumah berbuah. Makan la dengan kawan2" ujar pakcik sambil menghulur seplastik mempelam padi kut eh. Kecik2 buahnya.

Bagus pakcik ni, memang kerap dia bersedekah macam tu. Hari tu jambu air, ada juga dibaginya sayur. Tanaman di sekeliling rumah macam tu.

2020

Sempatlah beberapa kali aku berinteraksi dengan pakcik ni dek Covid kan, WFH. Jadi pergi ofis pun tidak kan. Tapi di hujung-hujung tu pakcik dah tak kelihatan, orang lain yang jaga parking. Bila sembang-sembang katanya pakcik tu sakit. Sekarang dah balik kampung, berubat di kampung. Tak tahula apa kabarnya dan sakit apa.

2021

Tahun ni, aku dah tak parking kat tempat pakcik tu lagi, sebabkan parking tu dah tutup. Aku pun tak pasti apa projek, aku syak depa nak properkan lagi tempat parking tu gamaknya. Tengok batu untuk tar jalan dah selonggok kat hujung parking. Tapi tu lah, sampai dah bulan 4 ni, tak nampak progress pun lagi.

Hari tu aku nampak pakcik ni tengah berjalan kaki berhampiran kawasan parking. Tapi sebab aku dah driving nak balik, sempat angkat tangan je lah. Kereta pun banyak kat belakang, nak borak tanya kabar pun segan. Tengok nampak sihat jugak, Alhamdulillah. 

10 March 2021

Tumbuh dewasa

Hey gais. 

Assalammualaikum,

malam ini terasa sedikit melankolik dari biasa. Jarang-jarang aku masih berjaga di jam segini. Ada yang berat merayap di pundak. Ada yang gabut masih tak terlerai di minda. Berserlirat dan membungkam.

kedepannya ku kira langkah akan makin memberat. hidup. dan ujian. dan ujian untuk orang hebat itu lebih besar dari kita seharian yang hanya perlu berperang dengan rasa malas untuk bangun dari tidur. 

banyak rasa-rasa yang makin memudar.

banyak rasa-rasa yang tidak lagi terdaftar dalam diri.

mati rasa.

begitulah aku kira kerasnya pelajaran hidup mengajar kita untuk tumbuh dewasa. 

Walau apapun akan terjadi kedepannya, moga Allah terus memerhatiku dengan belas dan ihsannya, Aku masih mahu hidup walau langkah ini sering tersadung dlm menuju Cinta Mu ya Allah. 

20 August 2020

PKP dan kisah-kisah diantaranya.

Sedar tak sedar dah bulan 8, dah tahun baru pun (Selamat Tahun Baru 1442H). Bila Allah nak kata jadi, maka jadilah, begitulah aku kira ujian Covid yang melanda dunia di 2020 ini. 

Malaysia menyepi, atleast pada 3 bulan pertama PKP. Setelah bersurai di pintu rimba Yong Yap. Sejak itu, gunung pun telah sepi dari kamus hidup. Semuanya duduk di rumah, memandang syiling masing-masing dan cuba mengkoreksikan diri dan hidup. Banyak. Bagi yang berpikir.

Dan senggang masa yang panjang. Kehidupan sosial manusia menjadi terbatas dan ramah yang pernah wujud menjadi janggal. Ada diantara kita menjadi terbiasa untuk menyembunyi rasa. Kerana rasa yang tak sama, dan manusia sering gagal memahami rasa melainkan berlaku pada dirinya sendiri.

Fuh, panjang pulak kita punya mukadimah.

Ok, disebabkan dah PKPP dan aku punya mood swing pun dah beransur pulih, dan im willing to open up to the world. (Acah teruk sangat je kejadian kat kau kan!) Maka, memberikan masa aku minggu ini untuk bersosial! hehehe. 

Selasa malam, bersama geng sushi SERATA. Terima kasih sudi luangkan masa walaupun ai selalu turn down request before ni. Haha! Bukan taknak, tapi memang tak available dan mentally tak ready. Terima kasih untuk persahabatan 20 tahun dan kedepannya gais! Much love ❤❤❤

Rabu malam dengan few of geng gema. Asalnya nak ambil kad jemputan dari Reen, tapi dah alang-alang dekat Kajang, ajak lah member2 yang berhampiran. 


Melalui sembang kencang sampai tengah malam, (sampai terpaksa tidur rumah Tokie la sebab dah lanjut sangat) dapatlah aku simpulkan, ramai je sebenarnya yang terkesan dengan PKP ni. Ada yang terkesan dengan kerja, tak kurang juga yang diuji dengan masalah kesihatan/keselamatan keluarga. Dan macam-macam lagi lah. Banyak juga aku dengar mengambil senggang masa PKP hari tu untuk berfikir lebih jernih tentang hidup dan keputusan2 hidup. 

Apa-apapun, manusia tetaplah makhluk sosial yang perlu ruang untuk berinteraksi sesama manusia. Jadi, ambil masa dan reach out your friend yang dah lama korang tak jumpa dan berbuallah! They just need to be heard (and u too). Tak dinafikan kadang-kadang ada yang belum bersedia untuk open up. Takpe, cepat atau lambat, the time will come. Tapi kalau anda mengalami perasaan sendu dlm hidup yang terasa makin berpanjangan, jangan biar lama sangat. Jumpa lah manusia, carilah anda yang dulu. 

Spill and spread your wing again.

ok gais? we bend, but we bounce back harder k?!

Khamis malam (iaitu sekarang), okey kembali ke pangkuan usrah. Haha! Daurah Gabungan malam ni gais. Moga menemui keinsafan dan kembali terlorong menuju tuhan. 

Till then. 

29 January 2020

Throwback Eksiden 2017

Cerita kat bawah ni aku tulis sekitar Julai 2017. Dalam seminggu selepas aku kemalangan. Tapi tak pernah publish masa tu. Semalam, aku dapat wasap dari Imah, tanya pasal eksiden. Rupanya dia baru eksiden. Since kat dalam ni aku ada tulis agak detail jugak tentang kejadian kemalangan dan proses setelahnya, maka aku rasa bagus aku publish untuk rujukan2 di masa depan.

:)

Rasa-rasanya dah berapa kali dah mengalami eksiden nih. *facepalm* tapi setiap kali eksiden, ni yang aku perasan.. keadaan aku ketika itu adalah,

1. mengantuk
2. kalut
3. belum solat

Ini memang antara perkara yang menyumbang kepada kemalangan. Macam masa aku eksiden kat temerloh back on 2012. Masa tu duk kalut nak kejar surau.

16 Julai 2017

Ok kembali kepada kejadian menyayat hati ni. Cerita dia, hari tu aku bangun awal. Awal sangat, seawal 2.45 pagi, sebab ada training naik gunung. Naik Nuang via Pangsun this time. Naik tu 4.45 pagi, sampai bawah balik 3.10 petang. (Tak sampai puncak pun) tapi dia punya penat boleh tahan juga lah. Kalau sampai puncak aku tak tau la lunyai tahap mana.


Masa aku on track aku dapat notis minta tolong ambil kan race kit kawan ni dekat shopping mall dekat PJ. Tapi aku reply tak dapat sebab takut kemalaman dari Hulu Langat. Lepas tu aku set fon jadi flight mode. memang tak dapat la mesej langsung. Sehinggalah dah sampai bawah tu, aku buka dapat lagi mesej, minta tolong juga if dapat balik PJ awal.

Kebetulan kitorang sampai bawah awal, dan plan nak gi Decathlon cancel, aku pun ingat nak lah membantu member. Tapi, Nuang beb letih dia lain macam. Real punya. Biasanya kalau aku drive siang, dan mengantuk aku akan park tepi (mana-manalah yang ramai orang dan selamat) dan tidur sekejap dalam 5-10 minit kasi atleast hilang sikitlah mengantuk tu. Tak pun aku berenti cari kopi. Tapi kali ni langsung aku tak terfikir nak buat 2 perkara ni. Sebabnya, aku nak kejar ambil kit tu before jam 6. Dah plan dah, lepas ambil kit singgah solat terus dekat surau dalam mall tu.

And things happened. Kira-kira jam 5.40 petang, aku tertidur lepas trafik light sebelah rumah aku. Aku rasa tak lama aku terlelap mungkin 2-3 saat. Sebab trafik light tu dengan tempat eksiden lebih kurang 100 meter je. Aku rasa tak de lah terlalu laju, tapi sebab langsung tak tekan brek masa bump ke kereta depan, maka air bag dah keluar.


Dan aku pun tersedar dek tumbukan air bag. Masih blur, kereta masih boleh gerak. Lagu aiman tino masih bermain di usb player. tapi kereta tu keluar asap2. The only aktiviti tanpa sedar yang auto aku lakukan adalah, terus park kereta ke tepi jalan, molep sket. Lepas tu orang yang aku langgar tu datang dengan kerungsingan kerana kereta dia lekuk aku langgar. Tapi aku kan baru bangun tidur. Blur.

"Hei, u langgar kereta i, u tak nampak ke?"
... (blur) ..
"U main fon ke sampai tak nampak?"
"Sorry dah langgar kereta u, i tak main fon, i tertidur"
memula dia nak tergelak, tapi kembali serius sebab fikir eh kereta aku kena langgar ni.
"Jangan tidur la.."
"Sorry, i baru turun gunung sebenarnya, badan letih sangat"
"Oh u pergi gunung mana?"
"Nuang"
"Oh Nuang, memang letih sangat lah! Tak apa lah, i ambil nombor u dulu"

Orang tu pun sampai clueless lah dengan aku. Tapi Alhamdulillah baik je orangnya, adrian. Kes selesai bila aku cakap aku akan claim insurans kereta. Jadi dia ambil nombor, dan gambar kereta aku then terus gerak. Dia pun rushing nak gi main badminton.

Ilmiah part.

Ok, clear your mind. Apa step nak buat bila eksiden. Mula2 balik rumah dulu (sebab rumah dekat je kan) sembahyang dulu. Macam kes aku dah petang kan, nak masuk maghrib dah. Dari menunggu tow truck mai tak tau pukul berapa, tenang-tenang dulu tunggu maghrib. Sambil tunggu maghrib, google apa yang patut. Then buat call kepada insurans/takaful kereta korang. Diorang memang baik hati akan terangkan step by step apa nak buat. Sebab kereta tak boleh gerak (air bag keluar kan) jadi kena tow. kalau tak perlu tow, korang terus g balai je (make sure balai bahagian trafik) Tow ni akan bantu korang tow kereta ke balai dan lepas tu ke workshop terus.

Jadi aku set pukul 8 untuk tow truck datang, elok2 lepas maghribkan (tapi pukul 9.30 gak dia sampai) takpe, da kira ok lah tu ada orang nak tow kan. Then dia bawa terus ke pejabat polis bahagian trafik PJ ni ha. Sementara aku buat report, driver tow truck pergi makan dulu. (perlu ke note yang ni? hehe) Kat polis tu mula2 akan buat laporan kemalangan, lepas tu dia akan panjang kan ke sarjan bahagian kemalangan. nanti kat sana adalah polis tu suruh lukis2 skit macam mana keadaan kereta korang tu masa berlanggar. apa nama jalan, jalan ada berapa lane, apa bangunan2 berhampiran (so make sure korang ingat lah event, atau atleast korang ada data plan, bleh google balik tempat kejadian)

Lepas siap semua tu, korang bayar lah saman jika korang bersalah. Macam kes aku, aku bersalah lah, aku siap2 bawa RM300 dah. Tapi sebab bayar on the spot, pak polisi bagi diskaun. Dia cakap nanti dia buat rayuan kat Bukit Aman. Lepas dapat saman, last stage, tangkap gambar kereta. ni make sure buat, kang tak lepas nak claim insurans. Meroyan satgi.

Ok siap semua tu kereta pun di bawa ke bengkel. Sementara tu aku pulang ke rumah.
Apa dokumen yang perlu beri ke bengkel untuk claim insurans purpose?
1. salinan ic owner
2. salinan ic driver
3. salinan lesen driver
4. report polis
5. polisi insurans
6. geran kereta (updated to date)

semua tu nak salinan kecuali report polis tu. yang tu nak yang original.

aku rasa antara semua2 tu tak ada masalah. 1-4 kau memang dah ada, polisi insurans tu ada je sekali dengan road tax kereta masa kau renew road tax dulu, hanya perlu rajin sikit pi photostate saja.

cuma yang tricky adalah part geran kereta tu lah. Sekarang ni geran kereta dah boleh claim dah. Sebagusnya pergi kat branch bank yang korang buat loan dulu. Tapi incase lah korang tak duduk dekat tempat korang buat loan kereta tu (macam aku, buat loan kat bank ipoh tapi duduk PJ) boleh je call cawangan korang buat loan tu minta transfer ke bank auto finance yang terhampir dengan kawasan korang. Oh, tapi untuk kes ni sebab untuk claim insurans purpose je, jadi aku call bank dan minta mereka emelkan salinan geran je dulu. attachkan sekali polis report. dan tunggu lah bila mereka nak beri. (*frownface*) tentang simpan sendiri geran tu, nanti la sooner or later baru buat.

updated

Permohonan untuk dapatkan salinan geran tu takdalah susah sangat. in fact, kemalangan kali ni agak smooth jugaklah perjalanan dia. Aku emelkan permohonan salinan geran dekat bank pada 17hb dan dapat 18hb. Lepas dapat je, aku terus send ke emel bengkel untuk diorang proses kan aku punya kereta. Kereta kan dah hantar siap2 lepas report polis malam 16hb tu. Jadi dia sebenarnya dah tengok semua just tunggu official documented barang dari aku. Aku rasa, Jumaat minggu yang sama aku dapat maklum kereta dah siap. Tapi aku ambil hari Sabtu. Lepas setel kereta aku, baru insurans proceed untuk kereta yang dilanggar. Sorry Adrian, terpaksa berulang kerja dengan kereta yang tak berapa nak hensem.

 

Muhasabah part.

Aku tak salahkan kawan yang minta tolong amikkan racekit.
Aku juga tak salahkan kawan yang decide untuk gerak naik gunung pepagi buta.

Semuanya atas keputusan aku jugak. And the one that need to blame is absolutely me. yang memegang stering kan aku. yang tidur pun aku. Tapi aku yakin semua ni adalah rencana Allah yang perlu kita gali hikmahnya. And indeed kawan yang nak minta amikkan race kit tu aku kira mmg semata-mata asbab untuk kemalangan ni.

Harap tak ada pihak yang terlalu rasa bersalah. Ini semua kerja tuhan. Jom bersabar. dan berusaha untuk perbaiki mana-mana yang boleh.

Ini peringatan dari Allah sebenarnya, aku dah lama sangat menjadi hamba yang lalai. Walaupun nak beri peringat, Allah selalu baik, tetap bagi orang baik-baik untuk aku deal with dan melorongkan jalan keluar yang mudah.

Waaaaarghhhhh..

Jadi, jangan kalut! kalau mengantuk tidur dulu then sambung drive, dan solat lah di awal waktu.

End note.

31 December 2019

Bye 2019

Wow, sekejap sangat rasanya 2019 ni. Awat laju sangat aih? Masa yang di tunggu-tunggu pun akhir nya tiba. Lets recap!

Tahun 2019 simulakan dengan trip 15 hari ke Eropah Timur. Peluang yang tak selalu, alhamdulillah untuk segala kesempatan. Sepanjang di Eropah, kebanyakan waktu di habiskan dengan berjalan kaki. Sedar tak sedar aktiviti itu membina stamina.

Balik dari Eropah, bermulalah siri latihan, gunung demi gunung untuk misi menggapai bumbung Banjaran Titiwangsa, Gunung Tahan. Maka Korbu, Gayong, Gap-Ulu Semangkok, Datuk, Denai 3 Puteri, Bukit Rimba Kiara, Bukit Gasing. Malah turut menyertai siri jogging mingguan setiap Khamis. MasyaAllah komited jugak aku!

Akhirnya projek M2K berjaya di harung dengan jayanya selama 7 hari. Alhamdulillah!

Selain dari GSB, projek pejabat macam biasalah, Mentenen Trip pusing Malaysia berjalan lancar. Kejadian telinga tak dengar tu one of mimpi ngeri gak untuk 2019 lepas balik dari Sarawak. Ngeri.

Pak ngah meninggal dunia.

Dan aku? seperti 8 tahun yang lalu. Masih lagi di tempat yang sama, meski laptopnya telah bertukar beberapa kali. 

Oh ya, hujung tahun 2019 ini dihabiskan di Pulau Bengkalis, Indonesia. Aku kira suatu suratan yang mengajar kan erti yang besar. Sebuah muhasabah, dan sebuah motivasi. Sebuah hadiah aku kira.

Thanks for the memory 2019! Lets have a better and wonderful 2020 then~ 

11 November 2019

Blogger Update

Oh hai gais. 

Korang biasa udate blog dekat phone or laptop? Aku selalu dekat laptop. Lancar sikit nak menaip pakai keyboard kan. Lagipun, apps blogger ni macam tak cukup supportive untuk upload gambar. Macam post Tahan aku yang lepas yang kaya dengan gambar tu.. macam mana nak setel? Susah kan? Yeah, thats the problem! Di sebabkan tu, memang aku post entri through laptop sajer.

Tapi!

Tapi, tapi, tapi.. blogger dah update k apps dia. And im loving it! (Sambil tengah taip kat apps blogger ni)

Oh ya, dan sempena perayaan 11.11 nih, haruslah aku tak terlepas menyertai arus semasa. Aku pun dah buat order k! Keyboard untuk phone! Wuhu... ok harap2 dengan pembelian tersebut aku akan rajin update blog! Update blog on the go? Sambil2 minum kopi kat starbuck, keluarkan bluetooth keyboard siapkan write up baru. Waaahhh... best betul berangan ni, siap terasa rasa dh kopi starbuck nih.

😊

Sampai sini dululah episod testing blogger new update ni. Till next post ya! Moga ada post yang lebih menambah iman di masa depan. #siscuba

28 August 2019

Jika dapat di putar masa..

8.06 pagi (blackout)

Elok je aku tulis tajuk, terus pejabat black out. Ok jom sambung.

8.45 pagi (sambung tulis)

Sebenarnya aku nak cerita tentang perjalanan pagi ni ke pejabat. Pagi ni aku purposely keluar awal dari selalu. Ada beberapa sebab iaitu satu partner MC (qilah cabut gigi), jadi kena lah datang awal untuk standby incase anything happen. sebab kedua pulak adalah, aku nak keluarkan duit kat UM (ni lah yang terdekat dan dalam laluan ke pejabat)

Jadinya, aku pun keluar dari rumah lagi beberapa minit nak masuk jam 7 pagi. Berusaha gak lah aku set kan minda sebab otak dah macam auto pilot nak masuk SPRINT hiway. Elok masuk jalan universiti, lancar. Tapi, terhenti dekat-dekat dengan Jaya One. Aku brake mengejut, kereta belakang double terkejut. Boleh aku dengar bunyi brake dia yang nyaring itu. Jalan tu memang biasa lancar kan, memang laju je orang bawa situ, lagi-lagi baru jam 7 kan.

Melintang dahan pokok tumbang kat tengah jalan. Dia tutup habis jalan, jalan tu 2 lane, dua dua sangkut. Masa aku sampai tu, aku kereta kedua dalam line. Jadi kitorang decide patah balik. Sayangnya, bila patah balik lagi sangkut, sebab kereta dah built up, pastu ada pulak bas kat situ, aduh duh. Bas tak nak move sebab harus bas tak bleh 3 point turn kan kat depan satgi.

Aku rasa 5 ke 10 minit jugak lah sangkut tak bergerak. Aku tengok hilux kat sebelah dah naik divider masuk jalan sebelah sana. Lepas idle sebegitu lama, aku keluar jugaklah tengok sangkut tara mana teruk sangat tu. Hmm, memang tak lepas ni kalau nak turn kat depan, sebab tempat turn tu dah di penuhi kereta.

Aku pun pusing sekali lagi, menuju ke pokok tumbang, berhampiran dengan pokok tumbang, ada devider yang rendah sikit. Jadi aku pun turn jugak lah kat situ.

Maka disebabkan vijay bertukar sat jadi hilux, lepaslah aku dari ketegangan jalan yang menyekat pergerakan trafik di Jalan Universiti. First time lanyak naik atas divider, harap2 lah vijay tak apa2. jangan ada leaking plak dah la.


Dapatlah sambung perjalanan, dan niat untuk mengeluarkan duit di bank berjaya! Alhamdulillah. Dan amazingly berjaya sampai pejabat pada jam 7.55 pagi. *tepuk untuk diri sendiri, u've done well Sarah. Aku pun check2 jap sistem, tengok semua ok. Then buka blog, baru taip tajuk. Oh no, black out!

Lama jugak blackout kali ni, sampai jam dekat 11 pagi jugak. Berapa jam tu kan? Oklah still, sebab tak lebih 4 jam so the server still survive. System still up and run. Baru je rasa nak bertenang-tenang setelah mendapat cahaya, dapat makluman pulak kiosk dekat tingkat 11 tak boleh on.

Aduh.

Turun sat tengok, ok memang tak boleh setel dengan cara hard reset. Maka, minta tolong orang angkut naik ke bilik IT. Banyak caralah try untuk start it up. Dan akhir sekali dapat lah solve, dengan cara? tukar bateri! Phew~ what a day..

Jika dapat di putar masa.


Minggu lepas masa join muktamar bersama para syuyukh dan syabab yang dihimpunkan dalam satu program, terkesan aku dengan taujihat yang menjentik jentik tangkai hati dari Ust Alias. Sungguh dipenuhi dengan keinsafan.

Fastabiqul Khairat (Maka bersegeralah membuat kebaikan)

Bila aku dah tenang-tenang sikit, aku pun terfikir. Sebenarnya ada je pilihan yang lain yang aku boleh buat pagi tadi. Maybe aku boleh park kereta kat tepi dan ajak seramai mungkin orang yang ada/ pemandu kereta untuk sama-sama alihkan pokok tu ketepi. Memang besar pokok tu, tapi aku rasa tak mustahil je kalau angkat ramai-ramai. Ada ruang untuk kita beramal sebenarnya, untuk memindahkan duri di jalanan, atau melepaskan diri kita sendiri dalam kesulitan itu.

Astaghfirullahalazim.

Moga Allah masih memberi peluang dan ruang untuk terus beramal di masa depan.

Pen off,
Kampung Baru.
(Counting times, 10 hours and 30 minutes left)

26 August 2019

of Izzah Wedd

"Akak, akak kenal tak xxx?"
"Oh kenal, junior dulu"
"Dia dah kahwin ke kak? Dah ada calon?"
"Belum kahwin rasanya. Calon tu tak pasti, tapi bolehlah tolong tanyakan"

Antara perbualan2 awal masa aku mengenali Izzah. Lama sangat dah, masa tu dia baru je lagi masuk PJ, tengah buat prektikal kat PJ, dapat lak satu usrah. Aku rasa masa tu boleh jadi around 2014 ada kut. Tak lama lepas habis prektikal dia balik ke PJ, dapat kerja kat sini.

Selepas tu bermulalah siri dia tersangkut dengan aku bersama NGO yang aku sertai
Dari hanya seorang yang tag along. Sehingga menjadi somebody.
Boleh dikatakan aku berbangga dengan pencapaian beliau.

Tapi macam biasa, orang hebat takkan stay lama kat PJ ni, confirm akan walk away.

Akhirnya beberapa langkahan di NGO terpaksa dihentikan apabila dia mengambil keputusan  menyambung pelajaran ke Turki.

2019

Beberapa bulan sebelum ni Izzah ada maklumkan yang dia akan berkahwin tahun ni. Dia dah hint dari last year sebenarnya. yang dia dah jumpa seseorang. Aku pun rasa lega juga bila akhirnya dia menemui the love of her life. Sebab before pergi Turki dia ada cuba nasib bertanya lagi dengan seseorang, tapi jodoh orang lain rupanya.

As one of the witness of her marriage journey, maka benarlah.. jodoh itu perlu di cari. Haha!

Moga bertemu sakinah, mawadah wa rahmah Izzah!
Sayang sekali i couldn't make it to Izzah Wedd. Definitely im in shock bila nampak gambar kahwin Izzah. Jodoh ni betul2 rahsia Allah yang masih menjadi misteri dan penuh debaran.

Moga hidup Izzah dan suami sentiasa dalam redha Allah. Moga cabaran di masa depan dapat di harungi bersama sama. Jalan hidup selepas pernikahan tentunya tidak setenang dan semudah sebelum nya, teruslah mengikat doa dan harap kepada tuhan.

Untuk hasben izzah, jagalah izzah sebaiknya. kerana izzah amanah Allah untuk tuan.

Till we meet again Izzah.
Pen off.

18 June 2019

The innocent Ica

Semalam pergi beraya ke rumah Kak Ina. Lama dah tak pergi rumah Kak Ina dekat sebulan lebih. Almaklumlah busy menghadap Ramadhan bersambung pulak dengan raya. Mujur Kak Ina offer rumah untuk usrah. Dapatlah datang rumah Kak Ina.

Sementara menunggu ahli usrah yang lain, aku pun bersama 2 lagi rakan duduk santai di ruang tamu Kak Ina sambil melayan rancangan TV3 masa tu. Tengah syok menonton Miha sampai dengan anak dia Ica, 6 tahun.

Selepas bersalam-salaman dengan Kak Djah, Miha pun berbasa basi.
"Ke akak pregnant?"
Sebelum Miha tegur aku pun tergerak jugak dalam hati, tapi malas nak tanya. Perut dia nampak buncit sikit tapi macam lain plak bentuk dia. Ehehe. Takpe, kebenaran kan pada akhirnya akan terbongkar jua. Maka sengaja aku menyampuk.
"Obvious kut perut kak Djah"
Sambil senyum kak Djah membalas "Haah, dah 4 bulan dah"
Miha tiba-tiba attack aku "Hang tu, berapa bulan dah" saja nak merujuk kepada perut aku yang buncit lah tu!

Tiba-tiba lepas tu Miha tergelak, sejurus selepas Ica berbisik bisik dengan dia. Dengan gelak tersisa, Miha bagitau
"Ica tanya, auntie Sarah nak ada baby ke umi?"

Grrr.. apa yang hang ajar anak hang ni Miha.

"Aah ada baby Ica, tapi belum keluar lagi. Nanti dah keluar auntie Sarah tunjuk k!" layann..

Nampaknya serius sangat masalah pembesaran perut aku nih.

Ok, jom kempiskan perut!

(Nak kurus ni zikir dah dekat 2 tahun, tapi bersenam punyalah malas. Kau ingat ni syurga? zikir je terus menjadi nyata?)

Oklah sekian bebelan gue di Syawal yang menuju pertengahan ini. Tabahnya korang membaca!
ha ha. kbye.

14 Syawal 1440H.
Kg Baru, KL.

14 April 2019

Teh o Panas

Kelmarin masa kak Siti merebus telur untuk majlis kahwin Fikri, ayah dah pesan siap-siap,

"Siapa nak kentut kena kentut kat luar rumah"
"Ow mak, nak kentut kena siap pakai tudung bagai" balas Jiha.

Teringat pula kejadian masa di Eropah awal tahun ini. Aku taktaulah disebabkan perubahan apa. Mungkin disebabkan cuaca dan perubahan masa. Tambah pulak awal-awal tu kami tak biasa lagi cari dan makan di kedai. Jadi banyak bawa bekal Brahim dari hotel. Tapi sebabkan untuk makan tengahari, end up nasi yang dah siap masak tu kesejukan dah masa kami nak makan. Jadi perut masa tu, keep on bunyi. Tak pernah lagi aku dengar perut yang berbunyi dan berpanjangan seperti sewaktu di Eropah tu. Bila perut berbunyi maknanya dia tengah anginlah kan.

Bila angin, maksudnya? kena lah lepaskan kan? haha. Aku pun kentut je la macam biasa. Oh no! Dan roomate aku time tu begitu marah sekali.

"Eeee busuknya! Lain kali nak kentut, gi toilet"
aku tak ingat apa aku balas, tapi lepas tu dia sambung
"Awak jangan main-main ya, sebab kentut pun ada pasangan yang bercerai"

Peh. Sebegini sekali kesan kentut ya. Serius sekali rasanya ketegangan ketika itu. Haha!

Oh kenapa aku cerita pasal kentut plak ni kan. Sebenarnya sekarang ni tengah sakit perut bersangatan. Aku syak ada keracunan makanan ketika kenduri Fikri semalam. Lalat kat dewan tu bukan main raksasa lagi. Hari ni elok je aku tidur tengahari, tiba-tiba aku disergah rasa sakit yang mencucuk di bahagian ulu hati. Mula-mula ingatkan sebab makanan tak lawas, tidur lepas makan tengahari. Tapi rasanya dah lama jugak selepas makan tengahari aku tidur tu.

Dan nak dijadikan cerita, 4 beradik kami diserang sakit memulas ni. Maka toilet menjadi tempat penting petang ni. Oh, waktu2 perut macam ni, dapat kentut/ muntah memang suatu kenikmatan sangat, Betulkan?

Maka, suka aku katakan kentut adalah sejenis blessing in disguise. hehe.

Sempena 3 orang anak perempuan mak yang dirumah ni dilanda pemerutan, makanya mak sediakan teh o pekat panas2. Ah, nyaman sekali!

(Aku pun tak paham kenapa cerita kentut ni bukan main senang nak taip dan lancar je untuk di post, ada 3 kut post tentang program GSB sangkut kat draf)

17 March 2019

Malam minggu.

Indahnya malam minggu. Untuk para pekerja seharusnya malam minggu adalah hari yang sering ditunggu-tunggu. Mana taknya. Sampai 5 hari hidup lintang pukang tak menang tangan nak mengharuungi hari.

Tapi malam minggu kali ni rasa syok lebih. Hehe, sebab ada di kampung halaman yang tercinta. yuhuu~ Kalau dah kat kampung ni rasa betul cuti dia. Selaku manusia yang bergiat dengan pelbagai aktiviti kesatuan dan masyarakat, korang faham lah kan, instead of kerja 5 hari seminggu, sambung pulak dengan 2 hari yang berbaki tu untuk persatuan. Jatuhnya macam kerja straight 7 hari pulak.

Lepak-lepak kat rumah ni tiba2 teringat pulak kenangan belasan tahun yang lalu. Masa zaman duduk asrama dulu. Apa lah aktiviti aku malam-malam minggu biasanya eh? Nak kata borak2 takde la sangat. Peh, hidup yang dull spotted semenjak dahulu kala. LOL!

Tapi kalau esok tu Jumaat, lepas tu Sabtu tu start cuti penggal haruslah tak tidur malam tu, borak sampai larut malam. Aku pun tak pasti lah apa sangat perbincangan zaman tu? mungkin gosip2 tentang warden? kakak senior? adik junior? abang kantin? haha. Ye lah nak berpisah untuk seminggu dua kan? kena lah all out buat saving. Nanti rindu. Haha!

Zaman tu mana ada handphone nak wasap2 bila balik kampung. Yang ada, itulah telefon rumah tu. Bergayut panjang sikit, maka jawaban dia menjawab lah ngan ayah. Apsal bil telefon bulan ni melambung. Jadi nak taknak, kadang aku tulis surat je lah. Rajin jugak aku pi pejabat pos beli setem kan? (ok ni aku buat time matrik/universiti je. gigih sangat menulis surat time cuti penggal kan)

Sebenarnya, aku tulis ni semalam bersamaan Sabtu malam Ahad, berbetulan dengan malam minggu. Elok siap 2 perenggan, semangat merudum untuk terus menaip, terus panjat katil sehingga ke pagi ni. Ahaha! Dan hari ni bila aku sambung balik menaip (beberapa minit lagi nak naik kereta untuk pulang ke PJ) aku pun dah tak ingat apa alasan sebenar aku nak tulis post ni >.< Maafkan gue teman-teman.

Sekadar nak bagitahu, aku sedang menjalani hidup dengan baik-baik sahaja. Masih menulis kadang-kadang di blog ni walaupun tak sekerap 11 tahun yang lepas. (phew, lama sungguh!) Masih meneruskan perkenalan-perkenalan baru dengan orang-orang baru setelah persahabatan lama tak lagi seutuh selalu dan sekadar menjadi kenang-kenangan yang kadang singgah.

Hehe.

ok, till then. Jumpa lagi April my lovely room @ my home sweet home.
InsyaAllah bersama bahagia-bahagia yang sederhana.

29 November 2018

Beb, chin up!

Hari ni balik PJ sekejap, asalnya kena hantarkan kontrak pada boss. Tapi alang-alang dah sampai PJ, malas pulak nak balik KL. So, stay je lah kat PJ sehari. Dapat juga bersilaturahmi dengan bebudak PJ, (dasar sosialis memang macam ni. haha!)

Lunch tadi, dapat lah makan 'bareng' dengan the girls.

Biasalah bila dah duduk sama, duk catch up things yang tertinggal in between. Takde lah lama sangat rasanya balik KL, tapi bila kira-kira dah 2 bulan jugak rupanya.

After all, things arent that good. As we grow, the world too and most of the things we loved, changed. I just hope my girls mampu bertahan dan become stronger! Moga Allah menjaga sis! Saat jatuhnya kita dari cengkaman/rangkulan manusia, ketahuilah Allah telah dulu menyediakan pelukan yang lebih empuk untuk menyambut kita. :) Kembalilah kedalam dakapan DIA. InsyaAllah, things will gettin' better through time. Setiap kali cerita macam ni muncul, igauan lama akan selalu menjelma. I think, the wound never heal. It just, we choose to forget and try harder to move on.

Eh, apahal citer sedih lak balik PJ ni kan. huhu

To the girl i love and i've met along the way, keep strong ya! Cause i believe u r stronger than u think ^^, keep it up! Dunia ni tak lama, sikit je lagi. Chin up, stay strong, pray more! 💕 Moga Allah redha.

till then

Masih mencintai PJ, PJ tak bersalah, hanya kerana manusia didalamnya telah berubah. Ahaha!

Jalan Klang Lama, 1513.

07 September 2018

Of Istana Budaya

1.9.2018

Balik dari kenduri Kak Djah, aku sedikit nervous (itulah, rajin sangat susun plan rapat-rapat), tapi debaran aku tu tak kuat manalah, sebab aku tau Kak Syam pun ada hal malam hari. Jadi, harus dia pun sedang bekejar untuk sampai awal ke rumah.

Sambil Kak Syam drive, aku pun text ahli jemaah teater. Kalau ikut plan asal, aku nak pergi sendiri, dan diorang pergi bersama, tapi Nina lak tanya, tanak join sama ke. Aduh! Orang dah ajak tu, tak patut rasanya menolak. Kahkah! So, aku suruh diorang tunggu kat parking LRT Asia Jaya.

Dari rumah Kak Syam, aku hantar Ain dan makcik ke rumah makcik, lepas depa turun terus ke LRT Asia Jaya, park sana dan masuk ke Honda Anis. ^^, Jam pukul 6.30 petang. Nice. Dari PJ kalau xde aral boleh je sampai Istana Budaya less than 30minit. Tak jauh mana pun.

Alhamdulillah, kami pun tiba around 7 malam. Sampai-sampai tu, tak ramai lagi orang, jadi kami terus ke surau, solat Maghrib. Lepas Maghrib, pergi ke cafe dia jap untuk lapik perut dan sementara tunggu teater start jam 8.30 malam.

Tanah Akhirku

Teater ni aku tiba-tiba tertahu disebabkan oleh, ig izz.ue islam. Disamping tengah mood kemerdekaan ni kan, tiba belek2 ig izzue ni nampak menarik lak tengok teater cinta tanah air ni kan. Pastu usha punya usha, eh ada aeril? wow! Walaupun ada yang menggelar teater ni hiburan orang bangsawan, tapi.. kena ingat bangsawan tak semestinya kaya! Jadi, kami beli tiket paling murah.

Start je pementasan aku dah sikit kecewa, Aeril Zafril takde bhai! Tapi overall not bad lah cerita nya. Cuma pada aku, boleh di strong kan lagi jalan cerita.



22.7.2016

Pertama kali aku tengok teater adalah teater Lela Manja. Aeril ngan Sariyanti lak tu! Macam mana aku boleh terjebak? Sebab si Yunus ni ada kawan kat Istana Budaya, sebelum tu dia ada ajak kat group sebab dapat tiket free, tapi masa tu time constraint, aku tak pakai baju proper untuk direct ke IB. Jadi, bila aku nampak poster lela manja ni, teruslah aku tanya dia lagi, kut masih ada tiket free! aaaahh dan, nice job kawan, dapat! Bila tiket free, dapatlah kita spend lebih sikit untuk penampilan, kan? Ahaha. Penampilan tu sebenarnya idea Iwan, yang melantik diri sendiri untuk AJK pemakaian. Tema: formal dan hitam putih.


Member dalam gambar tu semua dah kahwin dan dah ada anak, so mustahil lah aku nak ajak depa berteater lagi. Maka sekarang, aku pergi la dengan rakan-rakan bujang je.

Keinginan nak tengok teater ni sebenarnya sejak sekolah menengah. Masa aku tingkatan 4, ada sorang cikgu BM masuk, cikgu perempuan. Dia tak mengajar aku pun, tapi aku dengar dari kawan-kawan, yang masa dia zaman universiti dia banyak join teater, dia pun pernah direct teater. So, dari cerita-cerita tu aku macam, wow macam best je teater ni. Jadi, ada lah impian kecil aku untuk menonton teater ni.

Bila masuk U dulu, sibuk sangat, tak berkesempatan nak tengok teater. (walaupun aku rasa, time tu aku sendiri pun tak kan ingat keinginan untuk menonton teater ni, well time change kan?)

Antara impian-impian kecil yang akhirnya termakbul. Apa lagi impian aku yang belum termakbul ya? hmmm..

06 September 2018

Kak DIjah dah kahwin oi!

1.9.2018

Pagi tu, masa program JUS kebetulan ada Makcik Chom selaku warga Taman Jaya turut hadir, makcik bagitau nak ikut sama ke kenduri Kak Djah. Kebetulan aku pun plan nak pergi dengan Ain je, so why not? kan.

Toward the end of JUS dapat lagi satu call, dari Kak Syam. Dia cakap dia salah tengok jemputan, jadi dia boleh join ke kenduri Kak Djah. Maka terjadilah rombongan berlima (campur Nukman)

Jadi, selepas program JUS, kami bertiga dari PJ pun bergerak ke rumah Kak Syam dan pergi bersama-sama.

Kak Syam dan Kak Chom both naqibah kak Djah, untungnya rasa naqibat datang ke wedding. Hehe. Sepanjang perjalanan dari Subang ke Sabak Bernam, tak banyak la disembangkan sangat, cuma bila dah sampai Jalan Terusan Utama, tepi tali air kat tepi bendang tu, rancak la makcik-makcik ni duk berbual tentang zaman kanak-kanak diorang yang membesar di sawah. Aku ngan Ain selaku generasi yang membesar di rumah perumahan ni, melongo je lah dengar cerita makcik berdua. Menariknya.

Menggagau ikan bila air baru masuk, main layang-layang bila bendang kering, berenang di tali air dan macam-macam lagi lah. Tiba-tiba kita plak feeling sama. Haha! Walaupun tak pernah lah duduk kat kampung sawah padi ni (walaupun atuk sendiri buat sawah), tapi duk jalan kat batas sawah ni, terasa-rasa macam dalam movie plak.

"Ni jap lagi pukul 2, kalau ada angin, angin dia sejuk ni." kata Kak Syam. Aku sempat ragu gak lah, bendang kut, takkan la sejuk. Panas lit lit okay.

Kitorang sampai kenduri kak Djah lebih kurang 2.30 petang. Orang pun dah banyak kurangnya. Kat kenduri jumpa pulak adik beradik yang tak asing lagi, Raihaan dan Hawa. Makan-makan, lepas tu bergambar dengan pengantin perempuan (^^,) Dalam perjalanan nak balik kereta tu, angin kuat menyapa.. sawah kan kalau angin mai, memang takda apa lah boleh menghalang. Ok! memang betul kata-kata Kak Syam, sejuk anginnya!

Ok yang sebaris depan tu la saiz aku dulu2, kini tinggal kenangan, depa menten.. i gerak lu. Came on sampai bila nak berat sama, kan? haha!

Barakallah Kak Dijah! Am sad and happy for u! #tilljannah ya kak.
Kak Djah ni adalah kawan aku dari tahun 2006 atau 2007. Masa tu aku belajar di UM dan kak Dijah di PPUM. Kitorang berjumpa sebab usrah la! :) Dalam dakapan ukhuwah gitu. So sama-sama menggerakkan organisasi dakwah kat UM. Later years, aku jadi bendahari dan dia jadi AJK Dana. Gigih kak Djah beli kerepek dan repack untuk kelangsungan dana kelab.

Setelah bekerja dan rata-rata kawan bernikah dan berkeluarga tinggallah kami membujang sebegini lamanya. Kawan-kawan rapat kak Djah hampir semua dah bernikah, aku pun sama. Menyebabkan, aku jadi rapat dengan kak Djah, terutamanya bila ada program/usrah. Orang pertama yang akan aku hubungi mestilah kak Djah. Selain senang respon, jawapan dia selalu positif jugak untuk tiap pelawaan tu! Bujang kan! Ahaha.

Akhirnya 2018, kak Dijah memutuskan untuk tidak lagi memegang title yang sama. Oh, am sad .. berat nak pikul title ni sorang-sorang! Ahaha.

Begitulah ya, hukum alam, kita taktau pun akhirnya akan berjodoh! :P Macam kak Djah, jodohnya jiran sekampung jugak. Dahsyat kan, punyalah lama menunggu, rupanya jiran je!

Moga Kak Djah diberi sakinah, mawadah dan rahmah dalam kehidupan rumahtangganya. Kak Djah, honeymoon jangan lama sangat k! im waiting for your comeback kat PJ ni.

05 September 2018

Jom Usrah (JUS)

1.9.2018

Sebenarnya program Jom Usrah ni dah dimulakan semenjak 2013 yang lalu, tapi macam iman, ada pasang surutnya. Masa mula-mula diperkenalkan tu, memang banyak dan tak menang tanganlah nak handle. Seiring waktu dan orang-orang mula keluar masuk, layu plak jadinya.

Hence,
  restarting.

Seawal jam 7.30 pagi aku pun bergerak ke tapak program bersama ground dan gift. Sampai lebih kurang 15 minit kemudian, tak ramai yang ada lagi pun sebab peserta dijangka sampai 830 pagi. Tapi pagi tu, angin kuat, dan awan pun gelap. Ya Allah, takutnya rasa. Tak dapat nak fikir kalau hujan. Memang ada escape plan tukar tempat, tapi kalau tukar agak kesian jugak yang dari jauh, sebab walaupun tempat cadangan tu tak jauh sangat la dari Taman Jaya, tapi untuk bukan warga, tetap pening nak reroute. Aku pun couldnt afford untuk pertukaran tempat, timing aku hari ni memang ngam-ngam kalau tukar tempat mesti ada time consuming which i really hope wont happen.

Brothers dah start tanya untuk decide samada tukar tempat atau tunggu. Akupun mengeluarkan beberapa hujahan untuk nampak strong supaya depa stay, maka 3-1 kami stay. Dalam hati aku memang tak putus-putus berdoa supaya hujan tak turun. Walaupun langit memang dah sangat2 gelap menunggu runtuh, aku masih menguatkan keyakinan yang Allah takkan mempersulitkan keadaan. Berbekalkan semangat dari kisah Ledang, aku positifkan fikiran.

Alhamdulillah, Allah tahu. Awan hitam hanya tumpang berlalu tanpa singgah. InsyaAllah semoga permulaan yang baik untuk Jom Usrah. :)

Bila taaruf session dengar luahan hati sorang-sorang, betapa bersyukurnya diorang bila dihubungi, terasa macam 'i need to do this' Moga semangat ini membakar kembali, setelah lama ia tidur. 4tahun tidur! wake up gigantic dude & once a losing soul Sarah ~ Restart again.


Moga istiqamah, moga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita untuk terus melangkah. Betapa baiknya Allah, untuk setiap 'partner' yang hilang sentiasa ada mengganti. Benarlah, jalan ini akan diteruskan jika bukan kita, akan tetap ada. Tinggal kitalah yang memilih untuk bersama atau tidak.

04 September 2018

Merdeka.

Fuhh.. kelihatan habuk2 kelabu berterbangan selari dengan tiupan nafas gue. berhabuk!

Marilah kita membuat satu penulisan panjang tentang hujung minggu yang agak panjang lah jugak.

Khamis 30.8

Lepas kerja aku baru perasan dan memerasankan diri untuk cek checklist program JUS yang akan berlangsung pada 1 Sept. Mathurat untuk gift pada peserta tak beli lagi! Things happened, aku kena take over task untuk cari gift. Agak kalut jugaklah, sebab takut esok dah cuti umum. Mesti susah nak cari. Turn out dapat 10 keping je. Kena cari lagi, 25 keping.

Jumaat, Merdeka 31.8

Banyak aktiviti yang berlangsung pada hari Jumaat lepas, tapi tak semualah kita boleh join kan. Memandangkan dah agak lama tak balik melawat kakak2 mak (makcik2 aku la tu) kat kampung, maka kami pun plan untuk balik ke Kuala Selangor. Nak pegi awal sebenarnya tapi, masih menyiapkan list register peserta dari GEMA Selangor untuk ke Karnival Sukan Nasional 22 Sept nanti. Pagi tu, sempat jugaklah submit 4 game, lagi 4 game sebab nama tak complete, aku hold dulu.

10 lebih bergerak ke Kuala Selangor, sampai di kampung sempatlah berbual-bual dengan mak uda yang baru lepas operate lutut. Susah nampak nya nak berjalan. Luka pulak dah nak mengering, gatal bukan main katanya. Tak berapa lama selepas tu, ayah, mak dan jiha pun sampai.

Disebabkan mathurat untuk program esok tak cukup lagi, maka ayah dan kak siti ku paksa relakan juga ke Kuala Selangor mencari baki mathurat. Alhamdulillah, ada kedai buku book2u buka hari merdeka ni. Setel masalah! Phew.

Pinjam kereta boss jap bergambar, nampak tak bendera Malaysia tu?
SELAMAT HARI MERDEKA GAIS!

Maka dapat lah aku berehat-rehat dengan tenang sebelum pulang ke PJ selepas solat Isyak. 

Sampai kat rumah, on hotspot, submit registration lagi 4 game GS, buka emel, download sticker untuk mathurat, print dan memulakan operasi gift bag. Lama tak regangkan otot untuk program.

Phew.

20 April 2018

Bila Suami Meninggal Mengejut (iium confession)

Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilnu yang ramai perlukan bila tiba masanya.

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso- kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah- Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo!

Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta- ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak msmpu sebab loan kat bank byk lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.

Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila2 kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans- Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yg saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank- Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau org. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau sy tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit.

Mujur saya bekerja. Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kpd jumlah duit dlm akaun. Kalau ada kurang drp RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa- Ok yg ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau x silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang drp RM5 juta. Sy tunggu dlm sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)

Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa2 sebab kesiankan anak2 sy. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan byk duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sbg pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, mcm nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok2 n buat salinan byk2 sbb kadang2 pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn krg tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata2 dr org2 sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal2 dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

* Minta maaf byk short forms n typos. Penat pula jemari gemuk tulis pjg2.

– Pengalaman Balu Clueless

Source: http://iiumc.com/bila-suami-meninggal-mengejut/#FB

12 April 2018

Durian and me

Dulu aku ada sorang kawan opis, namanya Helmi. Budak sabah. Masa aku tengah hangat hangat bersemangat mendaki gunung (once upon a time). aku pernah gaklah ajak dia naik gunung sama. Tapi dia cakap, dia dah puas dah masuk hutan masa kecik dulu. Rumah dia dekat pendalaman Sabah, masa kecik dia kata, air paip pun tak ada. Jadi dia dan bapak dia buat piping sendiri, tak sure tarik air dari sungai atau dari air mata air. Bila duk dengar citer helmi tu rasa macam, wow amazingnya. Sebab aku lahir-lahir je semua da serba ada, Alhamdulillah. Dari cerita dia tu, aku dah bleh bayanglah mesti dia dah cemuih dah masuk hutan. Haha! Entah2 rumah dia pun masih ala-ala hutan gitu. 

Ok, nak ceritanya samalah aku dengan durian. Hehe.

Masa aku kecik, aku peminat durian tegar. Setiap kali ayah balik dari dusun, akulah yang pertama akan membontoti bapak aku, bapak pun aku rasa haruslah excited ada fan macam ni kan. Terus di ambilnya golok dan kopek kan durian untuk aku. Zaman tu memang durian menjadi betul. Rancak amat! Tiap kali musim durian, nanti kitorang balik kampung mesti bawa sebonet durian. Tapi bawa durian ni ya ampun bau dia, memang sampai kampung tu semua pening-pening lalat la! Ada satu masa ni, banyak sangat durian sampai ayah bawakan sebonet durian kat adik dia yang duk Batu Caves masa tu. Selonggok penjuru rumah ayah ude dipenuhi durian. Aku punya minat durian ni lama gaklah sampai awal-awal start kerja. Dalam panjang masa ni, sekali je rasanya aku pernah bawak balik PJ. Tu pun dah standby letak sepokok daun pandan. Kira bau pandan campur dengan durian, macam bau kuah durian. 

Tapi baru-baru ni, aku rasa maybe dalam 5 tahun kebelakangan ni aku rasa aku punya toleransi terhadap durian semakin menurun. Dah ta boleh makan banyak macam dulu. Pernah sekali tu pegi makan durian sekali dengan sup daging, lepas tu terus rasa nak demam! 

Ceritanya,

Sebabkan dah banyak sangat makan durian masa kecik, menjadikan aku takdelah fancy sangat tetiap kali orang ajak pi makan durian atau cendol durian. Haha. Oh dan, aku hanya suka buah durian dan tempoyak, yang selain tu macam kek durian, cendol durian, durian crepe biasa aja. Bagi aku durian itself dah cukup bagus dengan menjadi dirinya, no need to become another things. Haha, motip nak serius sangat kan..

Sekianlah post yang tak penting, random!