Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 February 2011

Mousse Coklat Putih

asSalam Ahad everybody!!

apa macam hari ni? ada sehat kah? sakitkah? kepada yang sihat, ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan tersebut. Kepada yang sakit, juga ucapkanlah Alhamdulillah ditambah dengan Astaghfirullah. InsyaAllah sakit itukan kafarah dosa.

(Best betul jadi mukmin ni, dalam apa jua keadaan tetap beruntung, bila kita bersyukur ^__^)


Ok hujung minggu ni, kami telah pun berhasil sampai ke Daiso! yeah Daiso di IOI Mall Puchong. Daiso ni satu kedai yang menjual barang² dari Jepun. Semua barang RM5. Semua barang dia mainly from Jepun lah. (Oh tapi kalo check-it-out betul², ada gak yang made in China) Nak jadi kan cerita.. asalnya, nak pegi sana cari mangkuk untuk buat souffle (ok of course lah bukan aku yang nak buatkan. oven pun takde). 


Bagi aku, untuk barang² yang kecik tu memang tak berbaloi lah nak beli kat sini. Kalau pensil ke, bekas kicap ke kan, takpun cotton bud.. aku rasa memang tak sesuai sangatlah beli kat sini. Try lah datang, memang pening kepala nak re-calculate nak beli apa je. 

Sayangnya bekas untuk souffle tu tak ditemui. Tapi tak pe nevermind, atleast dah pernah sampai Daiso, dan dapat gak lah beli 2 bekas comel + 2 kain (craft purpose). 

Balik dari Daiso, aku meneruskan kembara ke Giant Kelana Jaya untuk meneruskan pengembaraan misi Mousse Coklat Putih. 

Ok, share the picture la eh. Nanti kalau korang berminat nak buat boleh la google ek resepi dia, sebab yang aku buat ni melalui pembacaan majalah saja. 


Inilah Mousse Coklat Putih yang berjaya dihasilkan


Ini pulak buku yang telah mencetuskan inspirasi. Banyak lagi juadah² yang boleh dicuba, tengoklah nanti bila rajin. Kalau korang nak beli, bolehlah singgah ke BookXcess di Amcorp tu, ada lagi beberapa jenis yang sesuai untuk dibeli.

Sekian!

18 February 2011

Perjalanan Semalam

*ok ni cerita semalam

perjalanan hari ni terasa panjang dan jauh pulak. keluar ofis nak gi PPUM jam 5.45, sampai PPUM 7.15 fuh. jauhnya lah kan?

(sebenarnya, time aku sampai bus stop tu. bas baru saja lalu.kes tertinggal bas lah ni)

ok, masuk bas tu.. hujan lebat mencurah-curah. naik fly over depan PPUM tu dah start jam. Aku saspek mungkin juga ribut. Tapi, duk dalam bas.. serius aku tak perasan pun betapa teruknya keadaan ribut tadi. Yang aku kesah cuma bila lah nak sampai ke PPUM ni.

Ok, sampai je kat PPUM, keadaan dah kembali normal. hujan dah berlalu. sungguh sekejap kejadian tersebut. Hampir macam tak terjadi.

Aku masuk ke Surau PPUM tanpa perasaan apa-apa. (Tapi dalam perjalanan dalam bas tu, ada jugak la dengar siren dalam 2 kali macam tu.polis dan ambulans) Bila adik2 ni sampai barulah diorang maklumkan, dekat kolej diorang tu, pokok tumbang kat sana sini, ada motor kena hempap, kereta-kereta besar pun ada yang tidak bernasib baik menerima hempapan juga. fuh! Dahsat juga, dan aku tak sedar pun tahap ke-dasat-annya. Siap ada adik ni cerita diorang dari Mid, ada kenderaan xleh nak gerak sebab bertembung dengan angin. Memang dahsyat tu.

(erm. apa lah yang Allah nak tunjuk ni)

Ok, selepas habis berjumpa dengan adik2, bila keluar dari surau baru aku perasan. Khemah dekat depan surau ni pun dah patah dan tumbang. siap kaki kemah dah terperosok kat bumbung kemah lagi satu. Haih, tadi tak perasan pun. Dahsat betul aku punya tahap keperihatinan. Aduh.

Balik tu, aku melintas depan trauma menghala ke Universiti Tower, ingat nak tunggu bas. Aku tengok kereta macam lambat2 je di simpang menghala ke LRT Tmn Jaya tu.. Oh ada eksiden. 2 kereta berlanggar, elok2 saja depa tutup jalan dari arah bertentangan dengan PPUM. Memang jam lah kan..

(Nampak tak perlanggarannya?tak nampak sangat pun)

Aku ingat susah gak tu bas nak lalu, jadi aku amik teksi sajalah.. (Ok, jalan2 di KL ni, korang bukan saja perlu exert jalan alternatif, korang juga perlu pandai menganggarkan keadaan trafik pada masa tertentu, dan paling penting ada event apa-apa tak yang berlangsung hari tu)

Aku cakap kat pakcik ni nak gi LRT Taman Jaya, tapi dia tak tau.. Asia Jaya dia tau pulak. So, aku cakap, kalau macam tu gi Asia Jaya je lah. tup tup aku tengok hujung jalan depan University Tower tu dia masuk kiri. Ok, kalau ikut kiri dan die nak pegi Asia Jaya..huh, mesti jam kat Federal tu. So aku pun minta juga pakcik ke Tmn Jaya (dengan harapan dapat elak jam).

Stuck! Ok, semalam Chap Goh Mei.. *sigh* memang teruk trafik di sekitar Taman Jaya, orang duk membuang oren kan ke dalam tasik Taman Jaya tu ha.. T_T, dari universiti tower ke LRT Tmn Jaya RM6.50 ok. (Iklan sikit: Pak cik teksi cerita, dorang buang oren kat dalam tasik tu, letak sekali dengan no fon, then kalo ada orang jumpa akan calling2la. So match macam tu lah. Sambutan zmn modern, siap letak fon no kau.hehe)

Selalu aku balik dengan Kak Ct, tapi semalam aku habis awal. So, nak balik sendiri lah kan, konon dapatlah awal sket.. sekali sampai rumah, beza berapa minit je ngan Kak Ct. Cait!

ok tu je. hehe. Saja share story.

*oh lupa keluar PPUM 9.45 sampai rumah 11malam.

tambah sket:

(Pokok yang dimaksudkan adalah yang disebelah kanan gambar)

Tadi aku masuk UM, lunch. Aku tengok, pokok kat Padang Varisiti (depan fak engine) tu dah tumbang satu. Dah berapa dah gamaknye umur pokok tu, tersungkur akhirnya menyembah bumi.

untuk lebih gambaran, disini

16 February 2011

Ayuh berfikir sejenak bersamaku.

Memutar semula sedikit relung usia.. dulu, waktu kita kecil pernah tak kita melihat siput? ya siput babi.. yang berwarha coklat dan bercangkerang besar itu. Pernah tak kita bermain dengannya, lalu merasa hairan, macam mana lah siput ni berjalan sedangkan takde kaki pun.. Dari kehairanan itu, bertukar kepada takjub. Subhanallah! hebatnya makhluk ciptaan Allah kn? xda kaki pun boleh bergerak. Seperti taajubnya kita melihat burung dan ikan.

(Ok, aku masa kecik memang kagum dengan burung, sebab dia boleh terbang.Sangat² kagum!)

Tanpa sedar kekaguman itu adalah kekaguman kita terhadap pencipta mereka. Subhanallah, hebatnya Allah.

Namun, kemudiannya masa bergilir. dan kita menjadi dewasa, semua itu menjadi tidak penting lagi, tidak menghairankan dan tidak mengagumkan.. tambahan pula banyak ilmu sains didalam dada.. Ah burung boleh terbang kerana blablabla, siput boleh bergerak tanpa kaki kerana blablabla.. ikan juga boleh berenang.

Sedar tidak sedar, kekaguman dan kehairanan kita berkurang, lalu zikir kita juga turut berkurang, tiada lagi ucapan Subhanallah meniti bibir tatkala melihat burung yang terbang bebas. Malah, kita mungkin memijak siput babi yang pernah kita kagumi satu masa dahulu. Jika semua ini terjadi, berwaspadalah.. sesuatu yang hakiki mungkin sedang beransur hilang dari diri kita.

Tiba masanya kita bermuhasabah, ketaajuban sebenarnya satu pemeliharaan hati, dengan merasa kagum terhadap ciptaan Allah, hatikan terpelihara dan keyakinan akan bertambah-tambah dengan kuasaNya.

Persoalannya, mengapa ketaajuban ini beransur hilang dari hati kita?

1. Kita cenderung melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Apabila dewasa tugas kita makin banyak dan masa seperti mencemburui. Lalu menjadikan kita tidak cukup masa untuk memerhatikan sesuatu dengan lebih terperinci dan sedalam dalamnya. Dulu, kita solat, menghayati satu persatu perkataan, lama-lama menjadi rutin. Dulu kita memandu kereta, cukup waspada, lama-lama bila dah biasa takdelah gemuruh sangat nak memandu. Lama kelamaan, kita cenderung untuk digerakkan dari luar dan bukan dari dalam. Nauzubillah. Kawan², perlahankanlah hidup kita, supaya kita dapat berhenti, merenung dan berfikir. Memutuskan sesuatu dengan kesedaran. Kesedaran, ialah pintu keajaiban!

2. Kita selalunya kurang menghargai perkara-perkara yang kecil (take for granted), dan cenderung memandang perkara-perkara yang besar sahaja. Lupakah kita, semua yang besar berasal dari sekecil-kecil zarah? Dari setiap inci tubuh kita, pasti ada sesuatu untuk kita kagumkan, perhatikanlah!

3. Kanak-kanak boleh menangkap keindahan kerana memiliki hati yang suci. Pada masa itu, kita adalah makhluk spiritual. Keperluan jasmani kita terbatas, kita hanya menerima sesuatu mengikut keperluan sahaja. Apabila kita dewasa, keperluan kita bertambah, kemudiannya keperluan tidak dapat lagi dibezakan dengan keinginan. Apabila satu keinginan dipenuhi, keinginan lain segera muncul. Keinginan ini selalu mengajak kita meninggalkan diri yang sejati, menuju ke dunia keegoan. Semakin kita mendekati keegoan, semakin jauh kita dari hati suci dan diri sendiri. Inilah punca permasalahan.

Dekatilah semula diri sendiri, setiap saatkan terasa menyegarkan, perasaan taajub akan muncul lalu menghasilkan rasa rindu untuk bertemu Allah.

Selamat bermuhasabah.

olah semula dari buku Diari hidup Rasulullah s.a.w, PTS Millennia.

14 February 2011

Ada kerusi, tetapi masih bersila.

14/02/11 - Di salah sebuah pejabat di sekitar Petaling Jaya, 3 sekawan Sarah, Awanis dan Linda lebih suka duduk bersila di kerusi yang disediakan majikan mereka. Meskipun kerusi beroda normal yang lebih sesuai dan molek di duduki secara normal, tetapi mereka tetap memilih untuk bersila. Apa rahsianya?

ok ok.. stop it sarah, cukup²lah ke-sarkas-an tersebut.

mahu tahu lanjut rujuk sini. Haih, cerita macam ni pun boleh jadi tajuk berita kah?

ok, fine pengasas FB kan, lagipun aku mana ada AS$16billion.

sekian, corat-coret kosong pagi ini. sekadar senda-gurau saja.

13 February 2011

Mohd Shah

Agak-agak apa yang kita buat pada 1 Jun 1999?

waktu tu, aku amik UPSR. tapi UPSR hujung tahun kan? so ini baru pertengahan tahun. Mungkin sekadar sibuk memikirkan kelas tuisyen, kelas tambahan. Sibuk bermain dengan kawan². Sampai aku terlepas satu episod penting, iaitu kes sula Mohd Shah.

1999 - 2011 dah 12 tahun. Budak tu pun dah 24 sekarang. eh eh sebaya? Dan untuk 12 tahun tersebut beliau terpaksa bergantungan dengan peralatan hospital. dubur koyak, pundi kencing hancur. fuhh~

tak dapat aku nak bayang kan.. T_T dan 4 tahun yang lepas ayah kepada Mohd Shah ni pun telah kembali ke rahmatullah. Oh! betapa tabah hati seorang mak yang menjaga beliau.

Mak cik tersebut hanya bekerja di pam minyak. Tapi, kt NLKO tadi, memang jiwa kental betul makcik tu, tak de pun mata berkaca-kaca ataupun merah². Mungkin cerita tu dah lama, mungkin jugak sebab dia redha dan pasrah pada ketentuan Allah.

dan satu soalan yang menyentuh di hati adalah
"nanti satu hari kalau saya dah tak ada. siapa yang akan menjaga Mohd Shah"

memangkan, hati seorang mak.. tak da lain melainkan kebahagiaan anaknya.

Nota & Pengajaran:
1. Jika bergantung kepada suami, suami akan pergi, jika bergantung kepada Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita.
2. Dunia ni dipenuhi dengan orang² yang aneh. Kadang-kadang kita tak buat jahat kat org pun kena juga. So, byk2 lah berdoa dan amalkan mathurat.
3. Semoga yang terbaik untuk Mohd Shah.

NLKO - Nasi Lemak Kopi O

12 February 2011

2011 dan babies..

Salam dan selamat pagi Malaysiaku ^____^

Bangun dengan senyuman pagi ni? Hari cuti begini janganlah stress sangat kawan. Walaupun keadaan cuaca tak menentu sekarang, menyebabkan tekak sakit.. dan hidung pun soksek-soksek.. ok apa, masih hidup. betul tak? masih sihat.

[Tips: Bangunlah seawal yang boleh, sebelum matahari muncul adalah lebih bagus. Pasti anda akan lebih bersemangat. ]

Ok, terus kepada tajuk. Tahun 2010 menyaksikan beberapa orang rakan di Bioinfo menamatkan zaman bujang.

Jan : Imah
Jun : Miha
Jul : Jiha dan Rabi
Dis : Basyi

Baru 5 orang dari plus minus 50 orang Bioinfo-mates tu.. ala 1/10 je baru kahwin. So tak perlulah nak stress kan diri :P

Sekarang dah 2011, setakat ni untuk 2011 yang da confirm 2 orang yang nak kawen, Nasyrah dan Shakina. yang lain² tu ada yang dah in a relationship tapi kahwinnya tak taulah bila..

Dan good news is? Semua yang kahwin tahun lepas dah ada 'isi'. So, tahun ni berderet la yang akan melahirkan.

So, kena budget dah ni.. 5 hadiah baby + 2 hadiah pengantin.

Siapa² yang tak confirmkan tarikh kawen baik confirmkan awal².. Nanti hadiah korang xmasuk dalam budget. Aku datang ngabiskan nasi minyak ajelah.

Oh Taayah Gurlz pun berbaris gak nak kahwin.. Gurlz, kita gathering kat wedding diorang je la ek! So, sapa² nak gi mana² wedding jangan lupa roger aku ek.

Wedding Dora InsyaAllah aku pegi. (Harap sangat takda aral melintang untuk pegi)

Lastly, Kak Zira!! Happy Birthday! Semoga redha Allah terus bersamamu, dan dipermudahkan jodohmu ^__^

Thanks for reading.

11 February 2011

Ya Rasulullah

Seperti yang kita sedia maklum, tanggal 15 Febuari tahun ini merupakan cuti umum sempena memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah s.a.w

Syahdu dan sebak bila mengenangkan perjuangan baginda. Bandingkanlah dengan perjuangan kita. (dianggap pejuangkah kita?)..

Demi menyuburkan kembali moment² indah kehidupan baginda, aku menyeru kita semua untuk memerbanyakkan selawat. Juga, di ruang dan masa yang kita ada ni perbanyakkan lah menghayati sirah kehidupan baginda. InsyaAllah rasa cinta itu akan hadir.

Semoga kita lebih bersemangat untuk menegakkan sunnah baginda, untuk hari ini dan seterusnya.

Oh, by the way.. aku nak share jugak lah (seperti Basyee) lagu tentang Rasulullah yang menikam kalbu.. Kalau, kalian yang membaca bleh share lagu kegemaran kalian pun bagus juga.

Kekasih - Now See Heart

Alangkah indahnya
Jika dapat bersua
Walaupun seketika
Bersamamu wahai kekasih Allah

Telah lama kau pergi
Meninggalkan kami
Walau sedidih di hati
Menyahut panggilan dari Ilahi

Malam kan kelam tiada berbintang
Bulan suram tiada cahaya

Kekasih
Lama kau pergi
Meninggalkan amanah yg suci
Malam kan kelam tiada berbintangBulan suram tiada cahaya

Hadirmu membawa cahaya
Menerangi hidup kami

♥ setengah² orang tu (biasanya yang berhati mulia), sekadar tengok pun kita dah jatuh hati, agak² siapalah yang tak jatuh hati dengan Rasulullah yang ber-akhlak-an AlQuran. kan?

T_T Syafaatkan kami Ya Rasulullah.

10 February 2011

Up & Down.

Dalam kehidupan sehari-hari, pasti ada jatuh dan bangunnya. Kadang gembira, selalunya bersedih dan gelisah.

seperti belajar yang ada saatnya kita begitu cemerlang, UPSR 5A, PMR 8A, tapi SPM 3A sahaja.

bekerja juga begitu, ada saat kau termotivasi dan eksaited dengan segala bagai pelajaran baru yang kau peroleh. Satu saat, kau akan mula merasa bosan dan lelah, lalu saat2 gelap terkadang hadir jua.

Dakwah juga. Ada ketikanya berdegar-degar dari halaqah mingguan, mikrofon program, speaker dewan, sehinggalah turun ke demo. Saat masa berputar, dan satu demi satu sahabat kalian 'hilang', lalu hati kalian pasti diketuk rasa "aku juga mahu rehat"

Seperti semuanya, hidup ini putaran roda. sememangnya ada naik dan turunnya. kerana inilah sunnatullah, fitrah alam.

"jika tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya"

"berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Seperti iman, yazid wa yankus.. moga naiknya selalu, tetapi jatuhnya jangan sampai kufur (nauzubillah). Perbaharuilah selalu iman kita, bersama orang soleh, membaca Al-Quran, menghadiri majlis ilmu juga Solat Malam.

T_T Alhamdulillah, Allah kenalkan aku dengan ramai orang-orang yang soleh dan solehah. Bila melihat mereka, hati menjadi malu, kerana menjadi diriku.. selalu tewas dengan Sang Nafsu. Kekuatan kalian inspirasiku, sama-sama kita berjuang untuk redhaNya.

InsyaAllah.

09 February 2011

Bestkan duduk kampung?

ha dah berblog hari ni? semalam baru cakap nak mintak pembaca bagi ruang dan segala bagai kan. Hari ni dah berblog semula, apa cerita kawan?

Hehe.. sebenarnya, master inspirasi telah datang semalam. Sebaik sahaja aku karang dan post artikel 'Ruang' itu, idea datang mencurah-curah. Tapi aku tak letak semua kat sinilah.. nanti-nanti aku tulis lain pulak, buat simpanan stok sepanjang tahun.
(Btw, thanks to Basyi. gelak guling2 anda memang menjadi pembakar semangat saya utk berblog)

ok, seperti sedia maklum CNY adalah satu event untuk diraikan bersama keluarga tercinta, tak terlepas bagi aku dan kakak aku, untuk turut pulang ke kampung halaman tempat letaknya keluarga tercinta Basri Legacy (The Kalib's pun boleh.lol).

Nak cerita sebenarnya, pada hari aku balik tu.. mak bagitau dah 2 minggu sejak kami pulang kali lepas rumah telah terputus bekalan sayur. Almaklum sajalah, rumah tu di hari-hari normal di huni oleh 3 orang sahaja. Hanya jika ada event khas sahaja (seperti cuti umum) barulah bertambah ahlinya.

Maka, di Jumaat nan permai time mengambil keputusan membeli sayur. Dah terlambat, penuh sudah pekan Kg Gajah tu dengan manusia. Semua stok barang basah, telah di tamatkan riwayatnya oleh penduduk kampung yang hanya muncul pada cuti peristiwa melibatkan 1 Malaysia.

Maka, pagi tu juga mak kebelakang rumah bersama cinta hatinya iaitu Cikgu Basri. Beberapa tandan pisau diperoleh dan jantung pisang juga. Oh tak dilupakan, 2 dozen buah ambra.

Mak pun masak gulai pisang muda tersebut, juga jantung pisang direbus sahaja dimakan cicah dengan sambal ambra. (Jangan tak tau ambra pun boleh buat sambal colek tau > aku pun jakun baru tahu.kehkeh) Ayah cakap, jantung pisang abu lagi sedap dari pisang awak. Nyum2x. Hari sebelumnya kami makan pucuk ubi masak lemak.

Petang tu, kami menikmati hidangan air kelapa yang baru dipetik juga dari belakang rumah. Ala setakat Fikri jengket boleh dah petik kelapanya. So, hari-hari pun boleh minum. ^____^

Ah. nice betullah duduk kampung ni. hehe.

[gambar hiasan]
[gambar hiasan]

*Ekoran demam pisang dirumah, pengat mak bawa masih ada, juga kelmarin makan malam kami pisang goreng, dan pagi ni sarapan cekodok pisang. hehe
*Pulasan dah nampak putiknya. Bulan 3 nanti mungkin dah merah semuanya. Balik lagi yuk!

08 February 2011

Ruang


Keadaan P1Wimax (ni petanda kena betukar kepada YES ke hape ni?) akhir² ini begitu menduka-citakan, di tambah pula dengan keadaan laptop yang super-lembap-lepas-main-game memang betul² melemahkan semangat berinternet di rumah, juga merendahkan tahap inspirasi untuk menulis blog.

So, izinkan tuan blog berhenti rehat buat senggang waktu ini.

..

nak cari spirit baru,

..

jumpa lagi kelak!

..

* Assalamualaikum dan terima kasih. sayang semuanya! *

Truly Saya,
SarahB

06 February 2011

Abah

Lewat tengah malam semalam, aku menghabiskan sisa masa dirumah dengan membantu key-in maklumat bantuan kewangan pelajar sekolah ayah. apa nak buat dah janji.

Mak dan ayah dah terlelap di sofa. Sejak aku habis sekolah, kerja-kerja cikgu seperti menanda buku dan kerja-kerja melibatkan komputer ni, selalunya akulah mangsa utama dikerahkan untuk membantu. Dulu, time cuti² zaman belajar dapat gak upah. :P Dah kerja gini takkan nak mintak upah lagi kan? ^__^

Sebenarnya semalam petang lebih kurang jam 6.30 malam kami baru bertolak dari Selangor pulang ke Perak selepas menghadiri kenduri Aqiqah Damia. Biasanya perjalanan adalah 2 jam sahaja. bukan jauh sangat rumah kampung ni dengan kampung di Selangor tu, tapi akhir² ni kemampuan ayah bawa kereta sedikit merosot. Boleh sampai 5 jam untuk jarak perjalanan yang sama. Ahaha~

Tapi, untuk perjalanan semalam, 3 jam saja. Memang agak aneh sedikit, memandangkan begitu pantas kan? satu jam lebih tu pon sebab berhenti di Tesco Kuala Selangor dan berhenti untuk jamak solat maghrib. 2 tu saja check point (tak dapat nak buat cerita 7 perhentian.hihi)

Kesannya? sampai rumah saja, lepas pekena secawan kopi dan beberapa cubit roti. Ayah pun terbaring di sofa ruang tamu. sambil berkata.

"Balik kali ni tak singgah man-mana pun, biasa kalau bawa malam singgah kedai minum² dulu. Dapat rehat sikit. Ini jalan straight je, penat. Korang semua tido je tadi"

pastu ayah pun lena.

ok baru perasan, dulu bapak steady je jalan jauh. Lupa lak.. sekarang umur bapak dah lebih separuh abad. pastilah kemampuan pemanduan jauh semakin merosot. Jadi perlu sokongan seperti selalu berhenti dalam perjalanan jauh.

Oh. Ayah sudah tua. Touching pula.

01 February 2011

Untuk Esok Yang Lebih Baik

bismilahirrahmanirahim.

pagi yang indah, eloklah kita mulakan dengan menulis blog.(lol)..

Keadaan hari ni nampak sungguh damai, boleh dilihat dengan perjalanan ke tempat kerja tanpa masalah lalu lintas. selalu dekat 30 mnt jugak nk sampai, hari ni 15 mnt dah sampai. oh! dahsyat juga impak cuti peristiwa kepada jalan² utama di pusat bandar. Almaklumlah hari ni kan Hari Wilayah.

Buat pengetahuan semua, sekarang Malaysia sedang mengalami musim dingin, malam² sudah tidak perlu menggunakan kipas lagi. Berdasarkan kedudukan rumah di tingkat 13 tu, bila sekali angin dia bertiup.. fuh~ mengembalikan rasa rindu pada sejuk angin di Janda Baik. Dah rasa macam duduk di pergunungan pulak.

Ok, point hari ini, betapa bersyukurnya kita di Malaysia.. meskipun terdapat kekecohan politik di mana-mana, kes² jenayah yang tak pernah surut, moraliti makin merudum.. tetapi, Allah yang Maha Penyayang tetap tidak kedekut menumbuhkan kedamaian pada sejuk malam dan lapang perjalanan. Alhamdulillah.. ^____^

Apa kabar sahabat² dan saudara² kita di Mesir hari ini agaknya? sudah makan kah pagi ini? dapat tidur nyenyakkah semalam?

di kongsikan emel di yahoogroupku untuk tatapan kalian,

Assalamualaykum!
Anak sulung saya, Nur Izyan, berada di Alexandria (2nd yr medic). Dia berlindung di Asrama MARA Alex, menumpang penginapan para pelajar tahun 1 MARA disitu. Semalam dia ada call Mama dia, alhamdulillah keadaan disitu selamat, keadaan terkawal, makanan dicatu, minum air paip. Ada juga para pelajar yang duduk tetap dalam apartment masing-masing. Cuma mungkin stok makanan mereka running low. Nak beli makanan, kedai tutup, bank tutup dan account kena freeze. So are limited flights leaving the country.
Mohon kengkawan luang sedikit masa lepas solat mendoakan keselamatan anak sulung saya, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia(11,000++) di Egypt. Semuga Allah memudahkan keadaan di Egypt, menyingkir Hosni Mubarak dan mengembalikan pemerintahan yang adil di Egypt. Didahului dengan salam hormat, terima kasih dan wassalam
Shahul

money and food is running low. Oh, Allah.. hanya Kau lah sebaik-baik pembantu, bantulah mereka menghadapi saat² getir ini.

Semoga dunia akan menjadi tempat yang aman kembali untuk diduduki satu hari nanti, kembalikan kepimpinan Islam di Mesir dan seluruh dunia.

Amin.

31 January 2011

Perkembangan di Mesir - update k.Azlina dari Doha.

Assalmualaykum wrt;

Sedikit updates;

1. Al Jazeera Mesir telah diarahkan ditutup oleh kerajaan Mesir (baca: Hosni Mubarak) namun siarannya masih dapat diikuti dari Jordan dan Doha kerana wartawan Al Jazeera masih bertugas dan mereka membantah sekeras-kerasnya penutupan ini.

2. Polis telah langsung tidak kelihatan di mana-mana semenjak beberapa hari lepas kerana HM mahu meminimakan keganasan dan angka kematian yang disebabkan keganasan polis. Sekarang tentera yang mengambil alih mengawal keadaan. Polis boleh berehat.

3. Banduan-banduan seramai lebih 8 ribu orang telah dibebaskan (atau sebenarnya memecahkan penjara dan melarikan diri) dari penjara kerana polis sudah tidak bertugas. Tahanan dari Palestin telah pulang ke Gaza dan Tebing Barat semenjak beberapa hari lepas. Begitu juga tahanan politik seperti anggota Ikhwan Muslimin. Namun yang menjadi masalah ialah banduan dari kalangan perompak, penyamun dan pengganas. Mereka inilah sekarang yang melakukan kekacauan dan huru hara dengan memecah kedai, merompak bank, (ada juga dilaporkan kes rogol namun tidak disahkan kemudiannya) dan menyamun menyebabkan separuh dari penunjuk perasaan pulang ke kampung/kediaman masing-masing untuk mmenjaga keselamatan tempat tinggal.

4. Semalam di kaca tv ditunjukkan penduduk Mesir di kawasan Asyir (District 10, El Nasr City) menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menjaga keselamatan penduduk setempat. Walaupun terdapat tentera berkawal tetapi hanya di pusat bandar, sempadan daerah yang mengawal penduduk lalu lalang. Tentera tidak boleh menangkap penjenayah. Tentera juga tidak mengawal kawasan kediaman.

5. Ramai sahabat2 Mesir di sini berpendapat HM tidak akan lari meninggalkan Mesir. Haram 'alaih :)). HM telah melantik sahabat baiknya Omar Suleiman dan Ahmad Shafiq sebagai PM dan TPM yang mana kesemua mereka berlatarbelakangkan tentera. Adalah menjadi falsafah tentera untuk terus mempertahankan rakyat dan negaranya walau apa terjadi. (baca: mempertahankan ideologinya juga). HM mungkin tetap akan bertahan sebagai Presiden dan akan teruskan usaha reformasi mengikut perancangannya. Dijangkakan rakyat tetap tidak akan berganjak dengan tuntutan mereka supaya HM turun. HM menjangkakan rakyat akan diletihkan dengan tunjuk perasaan yang lama, mungkin berbulan-bulan; tanpa makanan dan tiada keselamatan dan akhirnya rakyat akan mengalah. Kita lihat siapa yang menang samada HM atau rakyat.

6. Semua anggota keluarga Hosni Mubarak telah meninggalkan Kaherah menuju London melainkan Hosni Mubarak sendiri dan anaknya Gamal Mubarak.

7. Pihak tentera telah memindahkan pusat operasinya ke Sharm El Sheikh iaitu pusat peranginan termasyhur di Mesir. Di sana juga Hosni Mubarak sering tinggal selain istana rasminya di Heliopolis.

8. Ikhwan Muslimin telah bersetuju menyokong Mohamed El Baradei sebagai calon Presiden. Mereka bersedia berbincang dengan parti pihak pembangkang yang lain untuk menubuhkan kerajaan baru. Dijangkakan IM, MEB dan pihak pembangkang yang menentang HM tidak akan membiarkan HM menang kerana HM tidak akan membiarkan mereka hidup kalau HM menang. Memang betul2 Firaun HM ni. Tidak mustahil dia akan memb***h penentangnya. Maybe he want to die in office.

Wassalam,
Azlina

Demonstrasi Mesir

Demontrasi Aman di Kedutaan Mesir, Isnin 31 Januari Jam 11 pagi

Bang Mat, otai demo Malaysia

Isnin, bersamaan 31 Januari 2011, satu demontrasi aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Mesir sebagai tanda membantah dan solidariti bersama rakyat Mesir yang ketika ini sedang bangkit menurunkan regim Hosni Mubarak di negara tersebut.

Dalam satu SMS Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi, Mohamad Sabu kepada saya selaku Setiausaha JK Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, jam 3.46 petang semalam, memberitahu demontrasi aman itu dilangsungkan jam 11 pagi di Kedutaan Mesir beralamat No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.

Ia akan diketuai sendiri Sdra. Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Arul, Setiausaha Agung PSM dan badan-badan bukan kerajaan. Orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan sokongan pada kepada rakyat Mesir yang inginkan perubahan.

Azhan: Dulu ada "ulama" keluarkan fatwa haram demonstrasi ni...tetapi bukti dua negara besar Mesir dan Tunisia bersuara menjatuhkan kerajaan zalim. Faham-faham lah ya..Malaysia beringat sama.

29 January 2011

Infak atau Sedekah.

Sebenarnya, mesin basuh banyak memberi manfaat kepada urusan pembersihan rumah yg lebih lancar. selain boleh basuh baju, langsir pun xperlu tunggu balik kg baru nak basuh kan.. :).. huh. penat jugak sebenarnya membuat kerja-kerja rumah ni. inilah kerja part time di hujung minggu yang takde program.

ok, apa kabar kawan² hari ni?

di tengahari yang mulia ni marila aku kongsikan apa yang aku dapat semalam. mula² marilah kita capai terjemahan Al-Quran kita. mana eh aku letak tadi. susun², ok da jumpa.

[Al-Hadid:11] - Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda kepada untuknya dengan baginya pahala yang mulia.

[Al-Hadid:18] - Sesungguhnya orang² yang bersedekah baik lelaki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka, dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.

Dalam surah Al-Hadid saja, Allah ulang 2 kali tentang ganjaran lipat-ganda dari Allah untuk sebarang harta kita yang kita infakkan kepada jalan Allah.. jadi lepas ni, bila jumpa mana² kawan² yang mintak tolong tu, ringan²kanlah tulang membantu..dan waktu bantu tu..niatkan sedekah dan yakinlah dengan janji Allah dalam 2 ayat ni. InsyaAllah kita akan berasa ringan dan mudah untuk membantu dan takkan terasa terbeban.

Tak cukup dengan ni, aku kongsikanlah sedikit kisah seorang makcik ni, yang beriman dengan 2 ayat diatas.

Pada suatu hari ketika di R&R hiway, makcik ni ternampak seorang lelaki (student), tayar motornya rosak, sedang berbincang dengan tukang baik motor yang nak repair motornya. orang tu mintak RM50 untuk fix-kan problem motor beliau tu. Paling menyedihkan, lelaki tadi xdak duit, maka termenunglah dia memikirkan nasibnya. (yang ketika itu dalam perjalanan dari Klang nak balik Melaka), sayu melihatkan keadaan lelaki itu, makcik ni pun menghampiri dan bertanya berapa kena bayar, dia kata RM50. Bila makcik selak² purse, betul² ada RM50.

"tahun ni anak aku akan ke Mesir, semoga dengan sedekah ni, Allah akan bantu pula anak aku kelak" - niat dan bisik hati kecil makcik.

Maka dengan relahati, makcik pun menyerahkan not 50 kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah, motor beliau berjaya di baiki dan pulanglah beliau kekampungnya.
Baru-baru ni, anaknya pulang ke Malaysia, dan menceritakan kepada maknya (makcik tadi), bahawasanya, bila dia nak balik Malaysia tu, dia kekurangan wang sebanyak RM500 untuk flight. Subhanallah, sahabat²nya disana duk kumpul duit dan bagi RM500 kat dia untuk memudahkan urusan dia pulang ke Malaysia.

10 kali ganda Allah pulangkan[Al-An'am:160]. RM50 makcik tu sedekah, pulangannya RM500. Subhanallah, janji Allah takkan termungkirkan.

Tapi, nanti ada lak orang kata kan.. kalau sebenarnya orang tu tipu je. dia sengaja nak abiskan duit kita. Itu semua berbalik kepada apa yang kita fikir, Allahkan bersama sangkaan kita, kalau kita selalu berfikiran buruk, maka kita akan sentiasa berjumpa dengan orang yang buruk lakunya. Ingat, bila orang yang betul² dalam kondisi memerlukan bantuan ni, bila dia datang mintak tolong pada kita, itulah masa terbaik untuk kita membantu. Bukan senang orang nak mintak tolong. Dan ingatlah juga, bila orang yang perlukan bantuan ni datang pada kita, itu sebenarnya ruang yang Allah beri untuk kita beramal. Jika kita tidak membantu, mungkin orang lain yang akan bantu, dan dia mendapat sesuatu, sedang kita terus merugi.

Sayangkan kalau macamtu? so.. betulkan setting minda.

"serendah-rendah ukhuwwah itu adalah kamu berlapang dada terhadap saudaramu sementara setinggi-tinggi ukhwah itu ialah apabila kamu mendahulukan saudaramu (itsar)"

sebelum aku mengakhiri post hari ni, another quote is:

"orang mukmin itu menerima keuzuran, sementara orang munafik itu mencari kesalahan"

Jadi, pilihlah kita mahu yang mana.

Selamat berhujung minggu dan selamat beramal ^_____^

*oh, panjang pulak post bila dapat menulis dengan aman ni..
*nanti hgpa kalo nmpk aku mcm liat² nak infak, tlg ingtkan aku ok? biasalah manusia, perlu sentiasa diperingat.

28 January 2011

Lebih luas

Akhirnya setelah bertahun-tahun ku teliti, berjaya jugak aku membesarkan ruang untuk menulis blog ni. hehe. Kalau ruang blog dah besar barulah puas hati nak menulis. tapi hari ni belum ada idea lagi. sebenarnya dah beberapa hari takda idea. jadi dari merapu baiklah aku senyap dulu kan. so, purpose tulis hari ni? nak bagi tau ruang ni dah luas je,

dan jangan malas² memperbaiki diri ye kawan². Bak kata Wan Mohd Ruzlan Wan Omar (BH hari ni m/s A20) - Amanah umpama jantung manusia. Jadi, kalau semalam kesungguhan kita menjalankan amanah (kerja/study) kita macam 80% je, mulalah belajar meningkatkan produktiviti. ^_____^

sekian terima kasih.

22 January 2011

bintang

perjalanan jauh, melebihi 2 marhalah.
melalui lagi celahan bukit dan jalan yang panjang.
diantara warna hijau sawah,
dan jingganya mentari senja.
membawa kepada gemerlap bintang yang bertaburan pada lanskap kelam langit malam.
bintang malam, cahayanya terlihat suram dan jauh. (*)

dan hari ini,
aku disini lagi.
diseliputi bau alam,
sunyi dan damai dari bingitan NKVE,
dan warna hijau rimba yang sering menjadi kerinduan..
bersama keluarga yang selalu mencinta..

"welcome home, Sarah!"


(*) - haih, kena tambah power spek gamaknye.

Kg Gajah.
12.09pm

21 January 2011

Asing Belajar.

Study: Separate Classes Achieve Better Results

by Elad Benari
Follow Israel news on and .

A recent announcement by Israel’s Ministry of Education said that hareidim who turn to academia will be eligible for stipends if they prove that they studied in schools with separate classes for boys and girls.

In light of this announcement, Arutz Sheva’s daily journal spoke on Tuesday with Shai Cohen, director of the Hakima psychometric prep institute for hareidim which itself provides separate classrooms. According to Cohen, the guideline set out by the Ministry is a logical one which will also result in better classroom achievements.

“If students study in separate classrooms they without a doubt achieve better results,” said Cohen, and added that a student who has achieved a score of 600 in the psychometric exam would be able to raise his score to 670 points in a mixed school, but would be able to achieve an additional 20 points in a school with separate classrooms.

According to Cohen, there is a logical explanation for this. “A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”

Cohen pointed out a recent recommendation by the Ministry of Education to all high schools that some subjects should be studied in separate schools. According to him, the main reason that this recommendation is not implemented is due to budgetary reasons. “If it was only because it was not popular I believe they would implement this,” he said. “But the real reason is that it requires money. It causes a need to suddenly open double the number of classes. Most schools run on an independent budget, and they prefer to save rather than split classes.”

He added that in recent years the number of students in his own school has doubled and attributed this to the fact that religious students do not see the separate classrooms as a matter of extremism but rather as a matter of professionalism. According to Cohen, there are even many requests by secular girls to join the school due to their recognition that learning in separate classes is an advantage. He explained that secular girls are told from the beginning that the school is a religious one and that they would be required to comply with dress code regulations and the like, but added that the girls adapt to these requirements.

Despite it all, Cohen doubts that separate classes in secular schools will be seen anytime soon, due to the aforementioned budget restrictions. (copy from here)


nota kaki: nak cakap aku dulu achieved better result tak jugak lah kan (tp jgn salahkan sekola, aku yg malas :P).. tapi aku rasa sekolah unisex ni memang bleh bagi kedamaian. so, bila damai.. memang korang punya otak bersih dan mudahlah belajar. Ghaddul Bashar InsyaAllah~ ^___^ . selamat mencuba!

Para Pencari Mu

*Ungu*

Menjalani hitam putih hidupku
Membuatku mengerti arti hadir-Mu
Dalam setiap langkah2 ku berarti

Melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
Membuatku mengerti hanyalah pada-Mu kukembali...

Ku bersujud kepadaMu memohon ampunanMu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencarimu ya Allah
Akulah yang merindukanmu ya robbi
Tunjukanku jalan yang lurus
Untukku tetapkan langkahku

Akulah para pencarimu ya Allah
Akulah yang merindukanmu ya robi
Hanya di tanganMu ya Allah
Tempat kupasrahkan hidupku

*semoga hujung usiaku bersama redhaMu Ya Rabb!

19 January 2011

Maaf . Sorry . Asif

ok ucapan maaf terbuka ni aku tujukan untuk semua pembaca sekalian. sekiranya sepanjang penulisan aku ni ada yang kalian terasa hati kan. seperti lidah, pena juga xkalah tajamnya. (dunia moden ni, keyboard pun bleh tahan tajamnya)

blog ini tertubuh bukan bermaksud untuk menjatuhkan siapa². ia sekadar perkongsian hidup melalui perspektif dan persepsi kaca mata merah-hitam aku ni. tak dinafikan aku pernah buat post yang bagi serangan spesifik kepada individu, tapi aku dh tak buat lagi semacam itu. aku da delete pun post tu.

percayalah, apa yang tertulis disini tak lebih dari sharing dan so-called things to ponder.

menjadi dewasa, banyak yang dulu kita tak perasan, kita mulai sedar.

.Maaf ye kawan².

aku hidup tak tau sampai bila, kalau tulisan aku menyakitkan dan korang tak maafkan aku, apa lah agaknya nasib aku di-Sana nanti.T_T

terima kasih juga untuk semuanya.

*pelahan-lahan belajar menjadi pemaaf. mohon kalian juga maafkan aku T_T

aku ialah Sarah B

Nak RM500 tak?

Salam ol'z..

ni aku tolong promot kawan punya projek di PPUM..

jom tengok syarat²,

- BMI 18-30
- no alergic, no penyakit serious,
- willing to stay in ward, it's antibiotic so called amphicillin, u juz makan sebijik for 1 wik, kte juz amek weekends only, so xkacau waktu kerja. which jumaat(730 check in) and sabtu(4pm check out).
- so ol 3 weeks u have to stay in ward.
- if u can make ol diz 3 weeks kte bagi rm500.
- the tarikh- 11, 12, 18,19,25,26 feb.
- as for january kte just buat screening saja. ecg test, blood, n urine test

ha? xtau bmi korang berapa? leh cek sini.. kalo BMI korang 17.1, maaf cuba gain weight dgn segera jika mahu juga menyertai projek ni k!

sapa2 yang memenuhi kriteria, jemputlah yek.. bleh hubungi Ira,
pokokijau@yahoo.com | 0123782465 | facebook.com/ira.sunny

selain dpt mmbantu saudara se-Islam, boleh jugak kita membantu poket sendiri.. RM500 sapa nak bagi for free ye dak?

sambil lepak2 kat wad UH tu, bleh la kut korang nk study or memperbanyakkan hafalan.. wad adalah tempat yang paling sesuai sgt utk bercuti.. hehe.. ala² hotel gitu..

bestnyer.. jom jom bantu. ^___^

oh by the way, sapa yg ada alahan pada antibiotic mungkin anda kena tny dulu ira ni macam mana k!

Jzkk.

18 January 2011

Wonderwall.

a: salam now listening to wonderwall. Teringt Jade kamu dan bilakah saatnya saya bakal bertemu dgn my wonderwall?huhu

b: apa mksd listening to wonderwall?

a: dgr lagu tu kat radio td.dlm rooftop rant kan 2 lagu jade n trisy.huhu

b: Oh.ingt lgu jade bg kt sy td.haha

a: Haha..sy mau wnderwall sy!! ok, b'usaha dgn thjd dn doa ok

b: Good then.. :) insyaAllah, Dia maha thu bila saatnya yg trbaik utk mhadiahkan wonderwall kamu. Bila kamu tlh mbuka pintu hati kamu, itulah saatnya sglnya akn bermula

a: ok. key point adlh buka pn2 hati ey?hehe.. BAIKLAH!! utk kamu jge!

b: Sy tau jade da lama tggu sy, sy je bru nk buka pntu kasik die masuk. Tp td sy buka dia da pegi mana tah. mgkn sy kena cr dia blk kut. Mn tau dia g maple ke kn. Mklumla lm sgt tggu. Haha..

a: Muahaha. seb baik p maple, bkn p tgu kt syurga,kn?haha

b: Oh xtau gak kak. Hrp2 dia x excident otw back .. nauzubillah

a: Haha.krg asam la hang! gelak sorg2 dh ni smp ada org ln tgur.huhu

b: Ok will post in blog. Haha.. ok jgn gelak kuat2. gelak dlm hati je, nnt jatuh saham :P

a: Haha..baik,sy control senyum dh ni.. :) azam bru, upgrade level doa n pharapan pdNya..insyaAllah

b: ameen :)

#perbualan org dewasa yg terperangkap dlm jiwa kunak². baru nak belajar jadi org besar gamaknye.. hehe ^___^

Bisnes dan MLM

tak salah rasanya berbisnes. selain dari hadis nabi pun mengatakan 9/10 dari punca rezeki adalah berasal dari perniagaan. tambah² bukan sedikit para sahabat yang merupakan usahawan. malah menjadi penyumbang yang besar lagi kepada perjuangan Nabi s.a.w.

Subhanallah! besar betul sumbangan sebegitu.

belakangan ni, biasa aku dengar tentang perniagaan yang bercirikan MLM ni, dengar kabar mudah dapat untung berlipat ganda. ni kan bersumberkan perniagaan jugak. apa lah salahnya kalau nak ikut menceburkan?

ok. tak kisah. nak ikut ke tak itu hak masing². ijtihad individu untuk membangun diri dan ummah. lagipun banyak la pandangan² orang tentang MLM kn.

untuk aku sendiri, aku tak prefer, kerana ada yang aku ragu²kan tentang perniagaan berbentuk MLM ni. syubhah itu lebih menghampiri haram kn? jadi aku rasa lebih baik jika aku tak mencebur memandangkan aku pun ragu² kn? tp jgn bmbg. itu pndangan aku saja. kalau kalian yakin, proceed. aku takkan gesa atau melobi kalian untuk tidak ber-MLM.

berbalik pada point. bila dah MLM @ bisnes ni.. kalian buatlah bersungguh-sungguh dan habis daya. biar profitnya berbaloi-baloi. tapi ingat..

sekuat mana pun kita berbisnes.. keluarga jangan lupa.. dakwah juga jgn dilupakan.. kerana hakikatnya.. jalan panjang kita didunia ini.. kita juga sedang berdagang dengan tuhan.. ^____^

"soal keuntungan mah, biar Allah yang ngasi, kita sendiri sedang bedagang dengan Allah" - Pak Jalal (PPT 4)

"Wahai orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
[As-Soff: 10-11]


Phileo, PJ

16 January 2011

Deddy Mizwar

macam biasa kalo minat kena komen sikitlah kan. hari ni aku nak komen la sket citer pasal citer yang tak asing lagi aku katakan lewat beberapa hari ni. disebabkan dah tengok habis jilid 1 dan jilid 4 kan, maka aku pun terfikir untuk check-it-out pasal disebalik tabir PPT ni. ok, produsernya adalah,

Deddy Mizwar (gambar ke-2) ni.. aku pun ada search di Wiki, rupanya selain cerita PPT ni, Pak Deddy ni juga merupakan pelakon juga sutradara filem yang pernah terkenal satu masa dulu, Kiamat Sudah Dekat. filem yang nyata berpenyampaian santai tetapi sungguh memberi kesan kepada penonton. Selain dari ini Pak Deddy turut menjadi pelakon untuk filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2.

ok, nak tengok alangkah lucunya (negeri ini) pula. sekian.

*aduh, rasa macam mau bikin filem pun ada ni.

15 January 2011

Keajaiban Doa

Alhamdulillah, di hari Sabtu yang damai dan indah ni, Allah buka kan lagi pintu hatiku dan bisa menggerakkan jasad untuk ke Masjid UIA PJ untuk menghadiri Daurah Pemuda Pemudi Harapan.

Tajuk hari ni adalah Manusia dan Kebenaran(Al-Haq).
[ok aku huraikan dlm versi paling ringkas]

1. Pada asasnya manusia ni telah dibezakan dengan haiwan dengan kewujudan akal.
2. Akal ini membantu manusia menimbulkan persoalan² yang mencetus rasa ingin tahu.
3. Manusia itu mendapat ilmu melalui, pengalaman dan pembelajaran.
4. Adakah dengan akal sahaja sudah cukup?
5. Namun, akal hanya mampu mencernakan perkara yang logik. Bagaimana dengan kisah Israk Mikraj? adakah logik? disini membuktikan, akal sahaja tidak cukup demi mendapatkan kebenaran.
6. Untuk mendapat kan kebenaran kita perlu sentiasa merujuk kepada Al-Quran.. ^__^
#untuk perkongsian lain, boleh rujuk di [1]

Ok habis cerita daurah.

point hari ni tentang keajaiban doa kan? alkisah..

semalam, akupun reviselah adik-adik yang nak datang ke program hari ni, adik² aku ni 2 orang je boleh dtg.. maka aku minta sajalah mereka ni merempit dari PPUM ke masjid UIA PJ kan.. xjauh mana pun. tapi adik ni tak reply pun.

tup tup nak dijadikan story, petang tu aku try tny kat hajar kut ada kereta dari UM yang masih kosong kan. OH! Alhamdulillah, memang ada. maka aku bagitau update gembira ni kepada adik² PPUM.

'Alhamdulillah kak, pening sy fikir tadi.. purse saya hilang. lesen dalam tu. hmm tggu kt 6th pukul berapa esok?' - sms dia.
Aku dalam hati, what?? purse hilang, tetapi begitu steady? ok fine. aku yang gabra sangat kut.
'camner boleh hilang.da report polis?' - aku
'hilang time posting. xtau la kak, saya ingt nak tunggu dulu. biar la dulu' - dia

setelah bagi sepotong dua sms bagi tenang jiwa kacau, aku forward kn makluman tadi kepada ahli usrah yang lain..mohon banyak2 untuk sama-sama berdoa.ya lah kan, nak pegi tolong bantu mencari confirm tak mampu lah kan. jadi doa sajalah. [doakan senjata orang mukmin]

pagi ni aku jumpa dia di Masjid tanya perkembangan.
"Ya Allah kak. Baru kejap tadi maya call. Dah jumpa, ada sorg guard tu, dia jumpa. kebetulan hari tu saya fotostet ic maya, jadi dia cam alamat dalam ic maya.guard tu jiran sekampung maya, so dia yang call mak maya. skrg maya nak pegi amik kat pakcik tu."

Alhamdulillah..

Subhanallah! macam tak percaya kan? kalau adik ni tak tolong fotostet ic kawan dia kan, entah macam manalah nasib dompet tu.

Pengajaran:
1. Rajin-rajinlah tolong kawan ek ^___^
2. Banyakkan doa, dan yakin dengan doa tu! InsyaAllah, Dia yang memberi dugaan pasti Dia jugalah yang memberi jalan keluar
3. Semua yang terjadi berhikmah. InsyaAllah, laluilah dengan tabah dan sabar.

*hari ni tak bawa kamera pulak. macam manalah boleh tertinggal! tak dapat nak share some picca kan.
*maaf untuk program minggu depan, aku tak dapat nak join, hak terhadap ibu bapa pun perlu kita penuhi kan? dah dekat 2 bulan xbalik perak ni.

sekian untuk sedikit perkongsian hari ini.

14 January 2011

Bijak


sekadar peringatan untuk hari ini,

Rasulullah pernah ditanya oleh seseorang dari sahabat ansar,
tentang siapakah orang yang paling cerdas dan bijak?
Rasul kemudian menjawab, Ingatlah bahwa
orang yang paling cerdas dan bijak ialah orang yang selalu mengingat mati
dan mempersiapkan bekal untuk perjalanan panjang setelah kematian.
Itulah orang yang paling cerdas dan bijak di dunia ini
dan mereka berangkat membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

semoga bermanfaat, buat bekal di jalanan.
 
[masih dibumi tuhan Alhamdulillah.]

11 January 2011

Amnesia

Salam semua!

semalam aku dah ketagihan menonton Para Pencari Tuhan siri 4. Ni ekoran melayan Para Pencari Tuhan kat Astro Prima bulan puasa lepas... Kalau siapa² free dan rasa nak layan something hiburan ringan di YouTube, bolehlah layan cerita Indon yang ni. Memang tak total bagus.. tapi adalah usaha untuk membuat cerita berunsur Islam. ^___^

Ni lagu tema untuk siri 4, Amnesia. sila ambil pengajaran dan jangan jadi begini k!

Gigi – Amnesia lyrics

Berbuat baik jika kau dilihat orang
Berkata halus jika kau didengar orang
Menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan
Dzolimi orang pun selalu dilakukan

Kadang kau beramal
Kadang kau memfitnah
Padahal Tuhan selalu melihat

Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia

Berbuat baik jika kau dilihat orang
Berkata halus jika kau didengar orang
Menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan
Dzolimi orang pun selalu dilakukan

Kadang kau beramal
Kadang kau memfitnah
Padahal Tuhan selalu melihat

Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia
Pagi beriman, siang lupa lagi
Sore beriman, malam amnesia

Selamat menonton dan melayan lagu..

8.34pagi,
RumahVista

10 January 2011

Andai Ku Pergi

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunan
NyaAndai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati

PadaMu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Tajuk Nasyid : Andaiku Pergi
Artis : Mirwana

08 January 2011

.persaudaraan.

hurm.

alhamdulillah, hari ni rasa macam ada satu energi baru.. (oh dlm masa yang sama perasaan semakin tua pun ada sket²)

bila tengok muka adik² UM dengan pimpinan pelapisnya..


bila berjumpa balik dengan adik² UIAPJ yang kini dah ke Kuantan .. (asma, aisyah, ainul, shahira, husna, aliya!-oh yg ni memang tak sangka anda belum habis mengaji lagi..)

juga adik² yang da ke Gombak..

jumpa sahabat² yang dulu seperjuangan.. sekarang ni pun dah ramai muka² baru.

adik² IPBM yang susah nak dibawa keluar dari maktab mereka, alhamdulillah dipermudahkan urusan kali ni.. ^^,


and the most..

Alhamdulillah.

syukran.

terima kasih Allah!

.

.

.

.

jumpa penggerak² UM semula! Kak As dan Kak Shira, yang skarang dah jauh di Utara tanah air. Alhamdulillah terlerai sudah rindu nak menyakat both of them. hihihi. Oh tak lupa Asiyah, tapi Asiyah tadi tak duduk sama, jadi tak banyak sembangnya. *Kak Shira bila nak tukar Xperia ni?

bergambar dengan Myvi Kak As

jangan dilupakan Honda City Kak Shira ^__^

eh gambar Asiyah tak bersama kereta? InsyaAllah, kita doakan sama² eh!

dan balik dari program berkesempatan pulak lajak sikit ke Putrajaya, guess what? yeah true!! jumpa Kak Sal! my first ever naqibah lepas sampai di UM. sekarang dah mengandung anak ke-2. Tapi tak sempat lak tangkap gambar Kak Sal. duk main klik² ngan anak die, habis lak bateri. huhu~

Batrisya.
sangat mudah bergaul dengan orang, xyah agah la pendek kata, dia datang sendiri duk atas riba..

kalo ikut tadi nak ajak kak kamila gather sekali. tapi mak dia datang putrajaya .. tak dapat la bersama-sama kami. mungkin lain kali InsyaAllah.

(sebenarnya da lama sangat berkira-kira untuk melawat Kak Sal. Alhamdulillah Allah permudahkan.. )

Fasa kebangkitan Islam ini, aku harap tidak akan keciciran dari menjadi mata rantai perjuangan. Walau apapun nama, dan jenama. InsyaAllah jika misi kita jelas, semua itu tidak menjadi masalah.

Kak Shira, nanti2 kita jumpa lagi k.

rumah KJ.

07 January 2011

today

Alhamdulillah! ^___^
[hari ini masih bernafas. mesti terus berusaha. belum sampai masanya untuk berehat.]

06 January 2011

mak or kakak bilik?

ini sekadar sembang santai bukan ilmiah. jadi feel free untuk skip. (episod ni khas utk SERATAians)
perbincangan SarahB dengan 2 orang kakak biliknya. RHBA 2001. Serius ngeri!

05 January 2011

Kanser

hari ni selepas kisah kanser abg long, aku dengar satu lagi cerita kanser.. menjadikan ini kisah ketiga pengalaman orang yang rapat dengan aku, bercerita tentang kanser.

1. Abg Long - rektum
2. Ayah Jue - kolon
3. Mak Kak J - pankreas

ok persamaan yang aku nampak dalam ketiga-tiga kanser ni ialah, bila sakit, bawa jumpa doc xde masalah, 2nd cek.. diagnose kanser stage 4. tak lebih tak kurang.

T_T betullah kanser ni memang untuk orang yang terpilih. sign awal memang sukar dikesan.. kan?

mohon dijauhkan.

Tambahan info:

Statistik
Setiap tahun, 10 juta daripada lelaki dan wanita di dunia ini mengidap kanser dan 5 juta daripadanya telah mati. Jikalau negara maju masih terdiri daripada kes kanser yang paling banyak (yang dikesan!), maka negara kurang maju mungkin kekurangan kemudahan untuk pengesanan awal. Dalam Negara tersebut, frekuensi penyakit ini meningkat disebabkan oleh kadar hidup yang lebih panjang, masalah persekitaran dan pencemaran yang meningkat.

Risiko Kanser dalam hidup seseorang (Source: American Cancer Society):
1 daripada 2 lelaki mungkin menghidap kanser dalam kehidupannya (Kekerapan kanser pada lelaki : paru-paru 31%, prostat 10%, kolon-rektum 10%)
1 daripada 3 wanita mungkin menghidap kanser dalam kehidupannya (kekerapan kanser pada wanita: paru-paru 25%, payudara 15%, kolon-rektum 11%)

sumber: www.screneoncancer.com

Syukur

dalam kehidupan sehari-hari kita selalunya jarang bersyukur. bersyukur ni kepada Allah, jika sesama manusia perbanyakkanlah berterima kasih.

macammana kita nak tahu kita ni bersyukur ke tak? boleh lihat sahaja kadar kita berterima kasih. adakah kita selalu mengucapkan terima kasih setiap kali orang berbuat baik kepada kita? jika ya, sejauh mana kita meletakkan nilai dalam ucapan terima kasih itu. Adakah sekadar basa-basi dipinggir bibir, atau jelas memaknakan dari hati apa yang kita ucapkan dibibir itu?

Renunglah sendiri eh.

itu baru satu bab iaitu berterima kasih, sekarang soal bersyukur. tanda² bersyukur boleh kita lihat dalam kehidupan sehari-hari. orang yang bersyukur takkan datang bersamanya rasa amarah, dengki atau sakit hati. syukur akan lahir bersama perasaan kasih dan sayang.

kerana mereka bersyukur, jadi rasa itu mereka ingin kongsikan kepada orang sekeliling. mana boleh perasaan kesyukuran itu diresapi oleh hati² lainnya, jika tidak bersamanya perasaan kasih.

lagi satu, tentang marah. Berhati-hatilah bila perasaan marah itu muncul, kerana marah itu selalunya menyebabkan kita terasa lebih besar dari orang yang kita marah, menyebabkan kita rasa kita lebih betul dari orang yang kita marah. lupakah kita yang lebih baik dan Maha Baik itu adalah Allah? jadi, kenapa pulak kita nak rasa kita lebih baik/hebat dari orang lain. kan? So, tak perlulah marah².

syukur pula akan memberikan kita hidup yang lebih baik. Bersyukur dengan apa yang kita ada menyebabkan kita berlapang dada dengan setiap yang terjadi kepada kita hari-hari. Jangan sesekali kita sesal dengan apa yang kita peroleh hari ini, kerana semuanya telah ditetapkan.

Belajarlah bersyukur, untuk hidup yang lebih baik ^______________^!

*mujahadah itu perit kan? kerana syurga itu mahal harganya..

PileoD,
12.44pm

04 January 2011

7 golongan

diperkongsikan perkongsian ustaz Zul ketika tazkirah subuh 1 Januari 2011 yang lalu, semoga bermanfaat dan membuah muhasabah kepada kita semua T_T

7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat

1. Pemimpin (imam) yang adil.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

baca lanjut: source

*berita kematian Faizal Yusoff betul² bagi aku shock. Sungguh, mati itu pasti. Sampai masa nanti giliran kita pula.
*terima kasih Alia, lu buat gua bertambah insaf di pagi hari ini.

10.43am,
Phileo D

Lembaran Tahun Baru

*aku punya gaya bahasa dah semakin merosot bila masuk bab² puitis ni, jadi aku kongsikan puisi indah ini untuk pembaca sekalian!

Membelek lembaran tahun baru,
seperti membelek helai usia di kamus waktu,
setiap babak memapar cerita,
setiap cerita tersembunyi makna,
di hujung tinta hari
yang terus merakam
episod kehidupan yang tiada titiknya.

Kita tinggalkan nota pada lembaran semalam
yang tertulis seribu kisah di wajah sejarah
menjadi kenangan yang kekal terakam di lukisan perasaan
ketika pena terus menukil bahasa cinta,
berlirik indah di jambangan hati,
menjadi taman rindu yang sesekali kita singgah,
tatkala sunyi bertamu.

Lembaran tahun baru,
biar notamu kekal dalam kalimah syahdu.

Husna Nazri,
Kemaman, Terengganu.
Harian Metro 4 Januari 2011.

01 January 2011

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Salam ol!.

semalam telah berlangsung Himpunan 1000 jiwa 1 hati.
random point: bravo - 426 peserta - wardina - maher zain - umi rose - bicara orang muda - imam muda azhar - qiam - insaf -

ok. nak citer banyak. tapi banyak lak kerja. nanti sampai seru aku update, harap esok2 dapatlah spirit untuk menulis.

Slamat tahun baru georgian semua!

SarahB

-------- edisi update ----------

Alhamdulillah, di penghujng 2010 berjaya jugak aku menghadirkan diri ke program sambutan tahun baru :P yang lain dari yang lain. boleh kira setiap tahun, aku akan melibatkan diri dengan sambutan tahun baru. Yang membezakan tahun ni dengan tahun2 lepas ialah, tahun lepas² aku sambut di KLCC dan tahun ni aku sambut di Masjid Negara. whoa~ what a blast!

perancangan untuk program himpunan 1000 jiwa 1 hati ni dah lama sebenarnya.. merely 2 month from date atau mungkin lebih awal dari itu aku agaklah kan.. sebab program grand macam ni mana bleh perancangan singkat. siap nak bagi suprise kehadiran Maher Zain lagi tu. Artis antarabangsa tu, ingat senang nak dapat?! hehe.

ok, tapi aku nampak.. kalau betul tujuan kita, memang Allah akan pemudahkan. program yang start hari Jumaat kan, memang susah lah untuk para fasi/peserta yang bekerja nak hadir. Tapi, nak dijadikan cerita cuti bola kan! Nampak tak Allah mudahkan disitu? tinggal kita nak datang or tak saja.

oh, untuk pengetahuan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati anjuran Raudatus Sakinah (RS) ini sebenarnya nak mengumpulkan para peserta yang pernah menghadiri / terlibat dalam program kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) sepanjang 2010. so-called a reunion jugaklah. tapi kemudiannya dibuka untuk umum juga.

Overall.
7 star la aku bagi. pengisian yang santai tapi sungguh mengesan di jiwa InsyaAllah. Nak nak yang jadi MC kan wardina, dan dia pernah melalui kehidupan bersama kawan2 yang mungkin terjebak dengan kegiatan2 yang tak bermoral kan. ada part bila kak dina begitu sebak sehingga getar suaranya saja sudah menyebabkan kami juga tersentuh. T_T

dan pagi 1 Januari kami mulakan dengan qiamullail yang di imamkan oleh Imam Muda kita IM Azhar. dan seterusnya tazkirah Subuh pagi itu disampaikan oleh Ustaz Zul "Hari Baru Pagi Tahun Baru"

till then,
*ujung tahun ni kalau RS nak anjurkan lagi.. aku nak jadi peserta pulak lah.. ^____^