Dulu aku amaze dengan status ada sorang public figure ni (pada zaman tersebut) Masa tu dia baru kawen, then kawan-kawan dia tanya. Kenapa tak pernah nampak dia up kan status pasal bini dia. or even atleast dia dengan bini. Jawapan dia simple, tapi aku ingat sampai sekarang.
"Sebab saya pun pernah bujang"
Simple, sebab dia pun pernah bujang, dia pun pernah rasa macam mana orang bujang bila tengok orang berpasangan. Macam tu lah lebih kurang. Satu tu je lah pun aku ingat twit dia time tu. Sebab aku takdela follow dia, tapi sebab status dia yang satu tu aku ingat dia.
Pada aku masa tu ada benarnya kata brader tu.
Seiring beredarnya waktu. Aku selalu nampak jugak lah, bila orang share moment2 mahligai bahgia ni, ada lah yang komen
"Hormatlah sikit orang single"
Gahaha
I guess, life is like that.
Di penuhi dengan pelbagai pandangan dan persepsi manusia untuk berekspresi. Ada manusia sejenis reserve. Ada yang suka expose. Maybe dia expose hanya sekadar nak cerita tentang kebahagiaan dia. Memang tu kan tugas socmed? Tapi ye la yang tengok tu tak semua tengah bahagia, so bitter la kawan yang sedang berduka tu.
Cadangan saya untuk yang tak berapa nak bahagia tu, takyah ar bitter. Ko hide je lah. Haha.
Oh ya, untuk pengalaman bujang selama 36 tahun ni. Kalau ada yang nak mai interview silalah, haha. Agak senior jugak lah kiranya usia itu. Besar tu pengalaman.
* 2 tahun lepas punya draf, amende lah yang ada dalam otak aku time nih. Rancak citer pasal orang bujang, tengah bitter kut time ni. Lol.
#15dayswrittingchallenge
pen off,❤ Kg Gajah
No comments:
Post a Comment