Jika semua sudah tak seperti biasanya,
maka terbiasalah tanpa semuanya.
Kadang-kadang letih juga kan, kena bermula berkali-kali. But i guess memang begitulah hidup kan. Sentiasa ada next step, pastu bila nak masuk step or peringkat berikutnya, nak tak nak memang kena mula balik. Tak mestinya bermula tu kena from scratch. Kadang-kadang boleh jadi jugak a new commitment. Kalau orang bertukar kerja mungkinlah betul bermula kenal orang baru. Tapi kalau orang naik pangkat tapi masih dalam company yang sama, orang pasti sama, tapi role dah berbeza, maka kenalah belajar lagi bermula lagi untuk tanggungjawab yang lebih besar dan berbeza dari sebelumnya.
So done with the grieving. Rasanya dah strong enough untuk kembali menghadap dunia. Menikmati pelbagai warna yang terbentang kedepannya. Kita semua berhak bahagia, kita kan mukmin. Syukur dan sabar selalu.
teaser: view sunset dari Pelawangan Sembalun |
Every end is a new beginning. ^^, lets do this!
Jom bersemangat teman-teman! Semoga menjadi Sarah dengan versi yang lebih rajin, baik, solehah, suka membantu dan tidak bersangka buruk apatah berkata buruk kepada orang lain.
#15dayswrittingchallenge
Finally,
💖UMKL.
No comments:
Post a Comment