Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 October 2023

Day 4/15 - Life changes

Sebelum-sebelum ni aku banyak bercerita tentang aku dah berhenti kerja kan? Aku tak cerita kan apa terjadi selepas aku berhenti kerja. Peh, perit mat. Healing healing. 

Macam tak sangka aku akan melalui zaman catuan sekali lagi. Dulu pernah sekali aku mencatu wang belanja. Masa tu tahun pertama aku bersama kereta baru. Kereta tu, belum sampai setahun aku dah eksiden kan kat Temerloh. NCD auto 0 balik. Jadi first year renew road tax tu memang suffer. Habis semua duit-duit angpow yang aku kumpul-kumpul aku korek balik. Sengkek betul masa tu. Allahu. Sedih kalau di ingat-ingat. 

Dia punya sengkek tu, lebih sengkek dari zaman aku mula-mula kerja. Masa aku mula kerja. Komitmen aku time tu hanyalah rumah sewa .. itu pun RM80 per month. (Rumah tu RM400 sebulan, share 5 orang) kereta tak de. Paling-paling perlu sangat duit public transport (bas/teksi/tren) ngan duit makan lah kan. Itu pun aku bukan makan sangat zaman tu, zaman-zaman berat 38kg mencecah 40kg an, Platform shopping online pun belum rancak zaman tu.. Bila orang bising sengkek hujung bulan, tak sempat paham lagi la time tu. wkwkwk

Aku last kerja adalah Mac 2023, masa tu dah masuk Ramadhan, 9 Ramadhan to be exact. Sempatlah company awalkan iftor supaya kitorang dapatlah attend the last dinner with company. Eheh. Selepas berhenti aku tak terus apply kerja baru. Masa tu aku fikir, nanti masuk kerja baru susah pulak nak apply cuti raya kan. Dah dekat sangat pun nak raya. Jadi bulan April tu aku habiskan masa di kampung halaman. Ingatkan perform, peh macam sampah mat hidup aku. Teruk betul.

Mei aku pun kembali ke PJ. Nak cari kerja tapi ter bata-bata. Jadi aku lepak je kat rumah PJ, enjoy jadi penganggur tanpa arah. Tapi enjoy ke? memang idak lah. Aku sebenarnya bukan tanak cari kerja, tapi aku tak rasa aku compatible lagi untuk bekerja dalam bidang IT. Tambahan plak, the last job yang aku handle adalah more to management less in technical.   

Sekitar Mei aku pergi interview, untuk jawatan web programmer. Dapat. Masuk separuh hari je gais (tak sempat sign offer letter pun), lepas lunch tu boss panggil semula dan bagitau dia ada change of mind, tak jadi ambik aku kerja. WHAT?! Aneh? iye tetapi kes ni real ya teman2. Bertambah down lagi aku untuk mengiklankan pengalaman aku dalam bidang IT ni. Simpan je lah. 

Aku menyambung hidup bersantai hingga akhirnya dah masuk bulan 8 aku pergi interview. Then dapatlah satu kerja ni, kerja kontrak 6 bulan, start September, kerja admin gitu. Dah tak memerlukan kepakaran IT lagi. Bolehlah buat escape dan cubaan menyara diri sendiri di bandor besar ni kan.

Tapi nak ceritanya, gaji dia sempit sama macam zaman aku mula-mula kerja dulu. Gaji sama macam mula-mula kerja tapi komitmen aku sekarang dah lebih. Faham kan?

Kekayaan aku yang di simpan runcit2 selama 14 tahun zaman pekerjaan di industri korporat dah pun tamat, 5 bulan tak kerja kan. Simpanan sikit je. Ada orang punya simpanan sampai boleh beli rumah. Aku boros agaknya masa kerja dulu. 

Nak jadikan cerita, Oktober ada lagi 3 minggu kedepan. Dan kesempitan ini telah memaksa aku mencatu perbelanjaan untuk pertama kalinya setelah 12 tahun. Not bad jugaklah, aku suka je matematik.

Tapi tu lah, macam mana syoknya kita buat kira-kira bila soal rezeki ni. Dia dah tak sesuai dah dengan ilmu matematik. Contohnya semalam, berjaya aku tak beli apa-apa masa teman Kak Nora ke kafe masa lunch, sampai je kat meja, sorang office mate bawa balik karipap sardin dan pisang goreng. uhui rejeki! 

Percayalah, dalam kesempitan lah Allah nak mengajar kita apa sebenarnya makna rezeki. Allahu.

ok, itu je lah gais nak story. 

#15dayswrittingchallenge

Till then.
UM.

No comments: